Bolehkah penyakit kanser diubati?

Gadis berumur 25 tahun dihidapi kanser payudara! Lelaki berumur 40 tahun meninggal dunia kerana kanser usus! Allahhu akhbar! Makin ramai yang dihidapi penyakit kanser. Apa itu kanser? Kenapa makin ramai yang menghidapi kanser? Bolehkah penyakit kanser dirawat? Bagaimanakah kanser boleh dirawat? Semua persoalan ini akan Kak Ni kongsikan dalam artikel ini.
 Apa itu kanser?
Kanser yang juga dikenali sebagai barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan kanser (benign) ataupun kanser (malignant). Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Kanser pula terdiri daripada sel-sel kanser yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel kanser boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi pada tubuh badan yang menyebabkan kehilangan fungsi multi organ dan juga boleh menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan kanser merebak ini adalah dikenali sebagai kanser sekunder atau metastasis. Perkataan kanser juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Kanser
Bolehkah penyakit kanser dirawat?
Ada yang tanya Kak Ni, ada ke ubat untuk kanser, kanser ni bahaya, ramai yang meninggal dunia bila menghidap kanser? Ada juga yang bertanya kenapa ye ramai yang berpenyakit pada zaman sekarang ini?
Kak Ni ni bukanlah ustazah atau pun doktor, tetapi Kak Ni yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan penyakit datang atas kecuaian, kelalaian, bala atau ujian daripada Allah swt seperti hadis Nabi di bawah:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Kita kena yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Jadi penyakit apa pun macam penyakit kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi, ekzema dan lain, semuanya ada ubatnya.
Dulu Kak Ni ada terfikir juga kenapalah orang zaman dulu-dulu sihat dan boleh hidup lama. Bila Kak Ni kaji, rupa-rupanya penyakit yang menimpa kita yang hidup pada zaman sekarang ini adalah disebabkan oleh wabak, bala, ujian, kelemahan atau kelalaian kita sendiri. Kak Ni tak mahu cerita lebih lanjut tentang wabak, bala dan ujian tetapi Kak Ni nak tekankan tentang Kelemahan atau Kelalaian kita terhadap tubuh badan kita sendiri. Pada zaman sekarang ini, makanan harian kita kebanyakkannya tidak berkhasiat, banyak yang dah tercemar dan mengandungi racun. Klik disini untuk mengetahui tentang 10 Makanan Penyebab Utama Kanser.
Malah ada diantara kita yang makan melebihi keperluan badan. Sebaliknya, kita perlu mengambil makanan dan minuman yang halal, bersih, suci dan tidak secara berlebihan kerana sikap berlebih-lebihan akan mendatangkan pelbagai mudharat atau penyakit.
Allah s.w.t juga telah mengingatkan kita dalan Surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud:
“Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan”
Oleh itu, mencari ubat atau penawar bagi menyembuhkan penyakit adalah usaha dan ikhtiar kita. Dengan teknologi yang ada, pelbagai bidang perubatan boleh kita cuba sebagai ikhtiar penyembuh penyakit seperti Perubatan Moden, Homeopati, Perubatan Cina, Tradisional, Rawatan Islam, Makanan Tambahan (supplimen) dan berbagai-bagai lagi yang mungkin Kak Ni tidak tahu. Yang penting rawatan tersebut mengikut syariat Islam.
Di sini Kak Ni nak tegaskan bahawa ubat bukanlah penyembuh kepada penyakit. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah swt. Nak tahu bagaimana Kanser boleh dirawat? Klik di sini ya Kak Ni kongsikan untuk semua.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

17 Amalan Berpantang Selepas Bersalin Secara Traditional

Amalan berpantang secara tradisional

Dalam post kali ini, Kak Ni nak berkongsi amalan-amalan berpantang orang Melayu bagi yang bersalin. Maklumlah Kak Ni dah berpengalaman berpantang bersalin sebanyak 3 kali. Kak Ni berharap post ini membantu ibu-ibu muda yang akan bersalin nanti. Pastikan ilmu cukup agar kita berpantang dengan selesa dan betul agar kesihatan di masa tua terjaga.

Sebelum Kak Ni berkongsi dengan lebih lanjut, Kak Ni nak menerangkan bahawa penjagaan orang Melayu semasa berpantang adalah untuk membantu memulihkan keadaan ibu yang keletihan dan lemah selepas melahirkan bayi. Selalunya masa berpantang kita perlu berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas,  memakan jamu dan banyak lagi. Bawah ini ialah Kak Ni akan terangkan dengan lebih lanjut amalan-amalan berpantang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu:

1. Berurut

Berurut bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yang tegang dan juga putus selepas melahirkan bayi. Selain itu, berurut juga dapat membuang angin dan memecahkan lemak yang terkumpul. Proses sengkak semasa berurut ialah ‘mengangkat’ salur peranakan ke tempatnya dan dapat menyingkirkan darah kotor yang masih ada dalam rahim.

2. Mandian Herba

Antara dedaun herba yang perlu direbus untuk dijadikan herba mandian ialah daun nangka, daun pandan, daun inai dan serai wangi adalah antara bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak bagi menyegarkan lagi tubuh ibu. Pada zaman moden ini daun-daun herba ini juga boleh didapati dalam bentuk herba yang dikeringkan atau dalam bentuk serbuk. Mandian herba ini dilakukan pada waktu pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.Mandi herba

3. Bertungku

Amalan bertungku masyarakat Melayu hampir sama seperti teknik ‘hot stone massage’ di kalangan masyarakat Barat. Ia biasa dilakukan sebelum memakai bengkung. Sebiji batu sungai atau tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain akan dituam ke seluruh bahagian badan. Ia adalah amalan yang baik semasa dalam pantang. Bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.form-5

4. Berbengkung

Seluruh badan ibu akan disapu dengan herba dan dibalut dengan kain bengkung yang diperbuat daripada kain kapas dari paras bawah dada hingga bawah punggung setiap hari sepanjang tempoh berpantang.berbengkung

5. Bertangas

Terdapat 5 jenis tangas iaitu tangas duduk, tangas kering, tangas basah, tangas wangi dan tangas rempah. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan ramuan herba yang berlainan.

6. Tapel

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung. Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis. Tapel dapat mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / stretch mark, membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut. Tapel juga menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya dan menegangkan kulit perut yang menggeleber.

Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Jika ibu menjalani pembedahan Caesarean, pastikan luka pada perut telah diyakini kering dan tidak bermasalah. Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.

7. Param

Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan. Pada asasnya, param terdiri daripada beras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi. Param dapat membantu melancarkan peredaran darah, mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan, memberi kehangatan dan kesegaran kepada tubuh dan menjaga kecantikan luaran kulit

8. Pilis

Pilis pula adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi. Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kencur, kunyit, kenanga,daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya. Seperti param, pilis juga seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang. Pilis dapat meredakan pening kepala, melancarkan peredaran darah, menyegarkan mata, memberi keselesaan pada ubun, mengurangkan rasa pitam / ‘gelap mata’ / pandangan kabur dan mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi.

9. Kepala beralas semasa tidur

Tidur yang tidak menggunakan bantal ketika pantang, akan mengakibatkan seorang mengalami sakit kepala. Darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. Manakala tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang.

10. Memakai sarung kaki/ ‘stoking’

Semasa berpantang, anda perlu memakai sarung kaki. Ia bertujuan supaya kaki tidak sejuk dan dimasuki angin yang akan membuatkan badan berangin. Jika badan dimasuki angin, kesihatan ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Stoking hendaklah tidak terlalu ketat agar peredaran darah ibu berjalan lancer.005

11. Memakai baju tebal dan berlengan panjang

Semasa dalam pemulihan diri, badan anda amat lemah dan mudah dimasuki angin. Elok memakai baju tebal dan berlengan panjang serta tidur dengan udara yang cukup nyaman.  Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar badan tidak masuk angin.

12. Mandi secara duduk dan mandi air panas

Semasa berpantang anda tetap perlu mandi. Ibu hendaklah mandi dengan air panas dan duduk di bangku. Mandi air panas dapat mengelakkan ibu dari sejuk dan dapat mengeluarkan angin dalam badan, manakala mandi secara duduk bertujuan untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

13. Kaki rapat semasa tidur 

Untuk memastikan peranakan sembuh semula ibu hendaklah merapatkan kaki ketika tidur. Ibu juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu. Jika ibu mempunyai pembantu, biarkan dia menguruskan bayi dan rumah tangga. Ibu boleh duduk berehat untuk memulihkan tenaga kembali supaya badan kembali sihat dan bertenaga.

14. Duduk bersimpuh

Tidak mengira ibu bersalin secara normal atau pembedahan, ibu perlu duduk bersimpuh dan merapatkan dua belah lutut adalah baik bagi yang dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

15. Makan jamu

Pelbagai jenis rempah dan herba digabungkan dalam bentuk jamu. Bagaimanapun, ibu yang menyusukan bayi digalakkan berhati-hati kerana memberi kesan kepada susu dan juga kesihatan bayi (terutama bayi yang ada demam kuning yang juga dikenali sebagai “Jaundis”. Oleh yang demikian, memakan jamu disarankan selepas habis tempoh berpantang.jamu

16. Pantang makan dan makan makanan seimbang

Ibu pantang hendaklah makan makanan yang seimbang. Ibu dalam pantang hendaklah mengelakkan makanan yang berbisa, sejuk, angin dan gatal. Contohnya, ikan keli, sembilang dan pari adalah ikan yang mengandungi bisa yang boleh menyebabkan turun darah dan bentan. Oleh itu ibu dalam pantang harus elakkan diri dari makan ikan ini. Sayur-sayuran sejuk dan angin seperti terung, petola, kangkung harus dielakkan kerana ia boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

17. Mengambil vitamin / suplimen

Ibu dalam pantang memerlukan bantuan suplimen agar luka bersalin cepat sembuh dan sembuh sepenuhnya. Protein, vitamin C, vitamin B, zink dan banyak lagi diperlukan tubuh agar luka bersalin cepat sembuh dan emosi ibu stabil dan tenang. Berikut ialah vitamin yang ada dalam Set Berpantang Shaklee serta fungsinya:

  • Vitalea (multivitamin) – membekalkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Oleh kerana ibu dalam pantang tidak dapat makan banyak jenis makanan, maka mengambil multivitamin sangatlah digalakkan agar tubuh mendapat semua nutrisi, vitamin dan mineral agar ibu sihat kembali.
  • Sustainable Release Vita-C (vitamin C) – vitamin C penting agar luka ibu cepat sembuh dan menguatkan antibodi ibu dan bayi dari jangkitan penyakit seperti demam, selsema dan batuk. Memakan ESP dan vitamin C secara konsisten boleh mengurangkan ‘strechmark’ bagi ibu bersalin.
  • Energize Soy Protein (ESP) – ESP membekalkan sumber protein yang selamat kepada ibu. Ia juga memeriah dan membanyakkan susu ibu. Ibu tidak lagi runsing apabila susu banyak dan bayi kenyang. Memakan ESP dan vitamin C secara konsisten boleh mengurangkan ‘strechmark’ bagi ibu bersalin.
  • B-Complex – membekalkan vitamin B kepada tubuh ibu dan memberikan rasa tenang kepada ibu.
  • Ostematrix – membekalkan kalsium, Vitamin D dan magnesium yang secukupnya kepada ibu. Kalsium yang cukup penting bagi ibu menyusu dan dapat mengelakkan osteoporosis dihari tua kelak. Ostematrix juga dapat mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu dalam pantang.
  • Alfafa Complex – Milk booster kepada ibu. Juga pengganti kepada Kacip Fatimah. Disarankan makan selepas berpantang kerana ia tidak sesuai bagi sesetengah bayi yang mengalami demam kuning “Jaundis”.
  • Omega Guard – Membekalkan Omega 3 yang baik untuk perkembangan otak bayi. Amat digalakkan makan bagi ibu yang menyusukan anak.

PicsArt_10-31-03.56.11

Diharap informasi diatas bermanfaat untuk ibu-ibu. Selamat mencuba!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

13 Makanan Penyebab Kanser

Sebelum ni Kak Ni ada bercerita sebenarnya antara punca kanser ialah disebabkan makanan itu sendiri. Di sini Kak Ni kongsikan sedikit ilmu tentang makanan yang menjadi penyebab kanser. Senarai ini tidak bertujuan untuk memburukkan manaa-mana jenama atau syarikat tetapi ia merupakan senarai yang berguna unttuk kebaikan kita semua. Senarai 13 Makanan Penyebab Kanser ialah seperti berikut:

1. Donat
Kalau kita lihat bahan untuk membuat donat iaitu gula, karbohidrat (tepung), dan minyak, semua ni adalah bahan yang boleh kanker. Anak-anak kita sangat sukakan donut. Namun Kak Ni sarankan agar ada baiknya jika anda untuk tidak setiap hari mengkonsumsi donat terutama bagi anak anda.

Doughnut

2. Daging bakar
Daging bakar ternyata masuk dalam salah satu makanan penyebab kanser yang menyerang sistem pencernaan. Contoh daging bakar yang selalu kita makan ialah daging satay dan daging barbeku. Daging yang dibakar selalunya kurang masak secara sempurna, yang menyebabkan munculnya zat-zat mutagenik yang dapat memberikan efek buruk bagi tubuh. Daging bakar juga tidak baik untuk ibu hamil dikarenakan kematangan yang tidak sempurna dapat memasukkan bakteri ke dalam tubuh.

3. Kentang goreng
Kentang goreng juga dikenali sebagai ‘fries’ternyata sangat membahayakan tubuh kerana ia digoreng dengan susu yang tinggi dan menggunakan banyak minyak. Kita selalu juga kan berikan anak-anak kita makan kentang goreng. Namun Kak Ni sarankan agar ada baiknya jika anda untuk tidak setiap hari mengkonsumsi kentang goreng terutama bagi anak anda.

Fries

4. Daging olahan
Daging olahan ternyata sangat berbahaya, hal ini dikarenakan pada daging olahan terdapat kandungan natrium nitrit yang dapat membentuk nitrosamin pada tubuh dan memicu sel-sel kanker menjadi ganas. Contoh daging olahan ialah sosej, nugget, burger, fiskcake dan fishball Natrium nitrit digunakan dalam bahan makanan tersebut untuk memberikan warna merah segar.Kalau korang lihat daging olahan masih nampak baik dan segar walaupun dah lama diproses. Jika kata makan daging olahan kerap, ia boleh membahayakan tubuh. Daging olahan ini juga menjadi kegeramaran antara kita semua dan anak-anak kita. Oleh itu, ada baiknya jika daging olahan ini diganti dengan makanan pencegah kanser

5. Snek dan makanan ringan
Pada zaman sekarang ini, snek dan makanan ringan mudah didapati di kedai dan pasaraya ‘supermarket’. Menjadi cabaran untuk ibu bapa juga agar anak-anak kita tidak kerap memakan snek dan makanan ringan. Namun snek dan makanan ringan ini sebenarnya menjadi penyebab kanser. Snek dan makanan ringan mengandung banyak MSG atau penyedap makanan. Selain MSG, makanan tersebut juga mengandung bahan pengawet. Secara amnya, tubuh kita hanya dapat melawan keburukan MSG dan bahan pengawet jika dimakan dalam jumlah yang sedikit. Namun ketebalan tubuh tidak dapat menampung jika terlalu banyak dan kerap MSG dan bahan pengawet di dalam tubuh yang akhirnya boleh menyebabkan Kanser otak. Oleh itu sangat baik jika kita dan anak-anak kita mengurangkan makan snek dan makanan ringan.

6. Buah dan sayur yang tercemar pestisida
Buah dan sayur yang tercemar oleh pestisida (racun serangga perosak) dapat menyebabkan kanker. Kandungan racun pada tubuh akan semakin meningkat dan memicu hormon-hormon yang merugikan tubuh. Selain itu, dengan tercemarnya tubuh kita karena buah dan sayur yang mengandung pestisida, sel-sel tubuh juga akan mengalami kerusakan. Apel merupakan buah yang mengandung paling banyak pestisida. Sekitar 98% apel yang diteliti mengandung pestisida. Selain apel, buah-buahan lain yang 90% mengandung pestisida adalah jeruk, strawberi, dan anggur. Mencuci buah tidak dapat menghilangkan seluruh pestisida yang ada. Kak Ni sarankan korang rendam buah atau sayur yang korang beli dengan air garam supaya racun dikeluarkan. Selain itu bagi yang berkemampuan, korang boleh beli buah dan sayur organik (tanpa racun) ataupun jika ada minat dan masa boleh tanam sendiri buahan dan sayuran.

Buahan Sayuran

7. Tepung Putih
Tepung putih adalah bahan asas makanan dan juga memiliki indeks glikemik (GI) yang sangat tinggi, yang dapat meningkatkan kadar gula darah dalam waktu singkat sehingga meningkatkan risiko terjadinya diabetes. Oleh itu, Kak Ni sarankan korang pilih roti yang ada indeks GI yang rendah. . Selain itu, tepung putih pun dapat membantu proses penyebaran sel-sel kanker dengan cara memberi makan sel-sel kanker tersebut.

8. Microwave Popcorn
Para peneliti menemukan bahawa kantung popcorn mengandung berbagai zat kimia yang dapat menyebabkan terjadinya kanker hati, kanker pankreas, kemandulan, dan berbagai jenis tumor lainnya. Selain itu, zat kimia yang terdapat pada popcorn yaitu diasetil juga dapat menyebabkan terjadinya kanker dan kerosakan sel paru. Malah zat kimia pada popcorn itu sendiri iaitu karsinogenik boleh menyebabkan kanker.Popcorn

9. Salmon atau ikan Yang diternak
Walaupun ikan merupakan salah satu jenis makanan yang sehat, akan tetapi ikan yang diternak mungkin berbahaya karena berbagai makanan yang ikan konsumsi, berbagai zat kimia dan pestisida, serta berbagai bahan karsinogenik lain yang terdapat di dalamnya.

10. Minuman Bersoda
Minuman bersoda mengandung banyak gula, pewarna buatan, dan zat kimia yang semuanya dapat meningkatkan risiko kanker. Selain itu, minuman bersoda juga membuat tubuh anda lebih asam, yang baik bagi perkembangan sel-sel kanker.

11. Gula Halus
Gula halus tidak hanya dapat meningkatkan kadar insulin, tetapi juga merupakan sumber makanan utama bagi sel-sel kanker sehingga dapat membantu perkembangan sel kanker.
Sel-sel kanker lebih menyukai pemanis fruktosa seperti sirup jagung yang tinggi fruktosa, karena lebih mudah dan lebih cepat dicerna oleh sel kanker.

Gula Halus

12. Pemanis Buatan
Banyak orang menggunakan pemanis buatan untuk menurunkan berat badan atau karena menderita diabetes dan harus menghindari konsumsi gula. Akan tetapi, berdasarkan berbagai penelitian, pemanis buatan yang terdapat pada minuman bersoda atau pemanis kopi dapat menyebabkan peningkatan berat badan. Selain itu, pemanis buatan pun membuat anda semakin ingin makan pelbagai jenis makanan manis. Zat kimia (aspartam) yang digunakan untuk membuat pemanis buatan pun beracun bagi tubuh dan dapat menyebabkan terjadinya kanker. Aspartam boleh ditemukan pada berbagai makanan rendah lemak, termasuk diet soda. Selain kanker, aspartam juga dapat menyebabkan kelainan bawaan pada bayi dan berbagai gangguan jantung

13. Makanan yang Diawetkan
Berbagai jenis makanan yang diawetkan, baik dengan cara diasinkan, diasamkan (acar), atau diasapi (smoked beef) dapat meningkatkan risiko terjadinya kanker lambung.

Di atas ini ialah antara makanan yang menyebabkan penyakit kanser. Kak Ni berharap artikel ini bermanfaat kepada kita semua dan tidak mengambil makanan ini selalu dan dengan kerap demi menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga tersayang. Ada lebih baik jika kita semua mengambil makanan yang segar, tanpa diawet, diubahsuai dan organik.

Jika ada antara pembaca artikel ini yang menghidapi penyakit kanser dan masih mencari-cari bagaimana cara untuk mengubati penyakit kanser, boleh baca artikel selanjutnya di sini atau hubungi Kak Ni terus di nombor di bawah.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

 

Tentang Saya

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua

Nama saya Murni Yahya dan and boleh memanggil saya dengan gelaran “Kak Ni”. Kak Ni merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee yang aktif dan merupakan ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor.
Pengalaman Makan Produk Shaklee
Pertama sekali Kak Ni ingin berkongsi dengan anda, bagaimana Kak Ni mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Kak Ni mula menggunakan produk Shaklee ketika Kak Ni dalam pantang anak pertama Kak Ni iaitu pada Mac 2014. Ketika itu Kak Ni membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea).
Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi Kak Ni terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Kak Ni juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi Kak Ni cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit.

Setelah itu, Kak Ni mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain.

Pengedar Shaklee dan Impian Saya

Sehingga kini, Kak Ni adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka Kak Ni telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini.

Kak Ni juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan Kak Ni berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran.

Impian Kak Ni untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki Kak Ni bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui Kak Ni. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi .

Setelah daftar ahli, Kak Ni akan masukkan anda ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z.

Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Penafian (Disclaimer)



Penafian atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Disclaimer”. Penafian ini berkaitan blog saya yang memaparkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan, kecantikan dan produk-produk Shaklee adalah seperti berikut:

  • Produk yang disebut dalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
  • Testimoni/ kisah yang dikongsi bukan bermaksud untuk digunakan untuk diagnos atau rawatan penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan.
  • Saya bukanlah seorang doktor mahupun pakar perubatan. Blog ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah oleh mana-mana negara.
  • Maklumat dalam blog ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor atau pakar pemakanan mahupun dianggap sebagai preskipsi.
  • Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor dan pakar nutrisi/pemakanan untuk diagnosis dan rawatan susulan.
  • Testimoni/ kisah yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan.
  • Maklumat dalam blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan.
  • Tiada jaminan (“claims”, “guarantee”, “warranty” atau “assurance”) yang dijanjikan.
  • Pengedar/ penulis tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi atau salah guna maklumat dalam blog ini.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898