Awet Muda 10 Tahun dengan Youth Complex, 8 Tahun Ujian Klinikal

Apa itu Youth Complex?

Youth Complex adalah produk skin yang dihasilkan oleh Shaklee setelah melalui 8 tahun penyelidikan. CEO Shaklee, Mr Roger yang meminta Scientist Shaklee untuk mencipta skin care khas untukmembantu wanita supaya kelihatan lebih muda.

Youth Complex ialah Revolutionary Breakthrough!

Shaklee menggelarkan Youth Complex ini sebagai Revolutionary Breakthrough! Ini kerana ia merupakan penemuan yang sangat unggul ke atas dunia sains dan kecantikan. Dan Shaklee telah menjalankan 8 tahun penyelidikan sebelum melancarkan Youth Complex ini dipasaran. Hebatkan?

8 tanda utama penuaan dengan klinikal data adalah seperti berikut:

1) Wrinkles / Kedutan

2) Saiz pores

3) Skin Tone

4) Keanjalan kulit / firmness

5) Skin texture

6) Pigmentasi

7) Radiance / keserian kulit

8) Sagging / kendur

Hasil daripada ujian, 100% wanita yang melalui ujian ini terbukti memiliki kulit yang lebih muda dalam masa 7 hari! 100% tau .. bukan 99%, bukan 98%. Selain itu, penggunaan Youth yang berterusan, sebanyak 2/3 dari wanita ini mengalami perubahan kulit muda 10 tahun!

Skin Agen Index yang Shaklee buat ini bukan berdasarkan testimoni atau maklum balas (feedback) pengguna. Contoh testimoni atau maklum balas (feedback) pengguna ialah merekaakan tanyakan soalan tentang produk mereka, seperti berikut:
Apakah perasaan awak tentang produk ini?
Adakah awak rasa lebih muda?
Adakah awak rasa 10 tahun lebih muda?

Jadi, cara testimoniatau maklum balas(feedback)pengguna ini sebenarnya berdasarkan perasaan atau pemikiran manusia.

Shaklee juga tidak menggunakan Skin Analysis. Skin Analysis ini ialah mesin yang meganalisis tahap kulit kita. Tetapi Shaklee menggunakan Mathematical Equation (Persamaan Metamatik) daripada data saintifik. Ini bermaksud ia bukan berdasarkan perasaan pengguna tentang Youth. Clinical Study Shaklee melibatkan data sebanyak 100 wanita yang terdiri daripada Caucasians dan Asians serta 20 wanita yang terdiri daripada yang berumur, 20, 30, 40,50 dan 60 tahun setiap satu.

Selain itu juga Shaklee bekerjasama dengan International Clinical Research yang terletak di Texas, USA yang merupakan organisasi yang mempunyai kebolehan di taraf dunia seperti di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Shaklee bekerjasama dengan organisasi untuk untuk membuktikan secara klinikal bahawa Youth Complex boleh menukarkan kulit yang tua kepada yang lebih muda.

5 Bahan Utama Dalam Youth Complex

1. Muscadine Grapes
Muscadine Grapes ialah bahan yang terdapat dalam Vivix. Ia mengandungi polifenol yang dapat melindungi, memperbaiki DNA sel dan menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit.

2. Schisandra Chinensis Fruit Extract
Schisandra Chinensis Fruit Extract ialah sejenis herba yg selalu digunakan oleh orang China, Jepun dan Korea utk melegakan keradangan dan kegatalan kulit.

3. Lotus Japonicus
Nutrien dalam Lotus Japonicus membantu aktifkan kulit untuk menjana semula sel supaya dapat menghasilkan lebih kolagen, elastin & firbrillin. Firbrillin ini ialah sejenis protein. Apabila Lotus Japonicus ini digabungkan dengan Schisandra Chinensis Fruit Extract, lebih banyak nutrien dan tenaga akan disalurkan kepada kulit kita

4. Apple Stem cell extract
Apple Stem cell extract berfungsi untuk mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit supaya kulit nampak lebih muda. Ia juga mengekalkan dan memperbaiki tisu kulit supaya kulit lebih berseri dan lembut dengan lebih lama

5. Vital Repair Complex
Vital Repair Complex memberikan nutrien anti oksidan kepada kulit. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yg sihat

Setiap satu produk YOUTH tu, ia diformulasi khas untuk menghalang pelbagai faktor penuaan seperti, cara hidup kita (selalu stress, kurang tidur), faktor pesekitaran yg tercemar dan juga penuaan semulajadi. Setiap bahan yang terkandung dalam Youth diformulasi khusus untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Youth Complex terdiri daripada 6 produk:

1. Luminous Gel Oil Cleanser (Pencuci Gel Minyak)
Luminous Gel Oil Cleanser ini tidak mengandungi sabun. Uniknya ia adalah gabungan pencuci minyak (cleaning oil) dan pencuci gel (cleaning gel). Pencuci minyak kerana ia membantu mencuci mencuci make up dan habuk. Manakala pencuci gel pula membantu untuk mengelakkan kelembapan dan ia tidak akan menghilangkan kelembapan kulit kerana cara pembersihannya sangat lembut. Oleh yang demikian,ia sangat sesuai untuk kulit kering dan berminyak. Dalam Luminous Gel Oil Cleanser ini ada Muscadine grape yang membantu untuk melindungi DNA kita. Selain itu ia juga mengandungi Green Algae yang berfungi membuang selkulit yang telah mati.

Youth Oil Cleansing Gel

 

2. Perfecting Skin Toner
Perfecting Skin Toner mencuci sebanyak dua kali (double cleansing). Ia membantu membersihkan kulit mati, menghidrat (melembap), membekalkan nutrisi, menutup liang pori. Dalam toner ini juga ada Green Algae, tapi dalam toner terdapat 2 jenis Green Algae yang membantu melembapkan, mengurangkan keradangan (reduce inflammation) dan mengurangkan sensitivity kulit (reduce sensistivity)

Youth Serum3. Youth Activating Serum
Youth Activating Serum adalah produk yang paling penting dalam Youth Complex. Ia mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk membantu pembaharuan sel. Maksudnya bahan-bahan yang terdapat dalam cleanser, toner dan moisturizer juga terdapat dalam Youth Activating Serum tetapi kandungan dalam Youth Activating Serum ialah 10x ganda kepekatan. Jadi kalau nak cantik jangan skip pakai serum ya

Youth Toner

4. Day Cream @ Age Defense Moisturizer with SPF 50
Day Cream @ Age Defense Moisturizer with SPF 50 ini mengandungi vitamin dan yang membantu untuk melembapkan kulit. Ia juga melindungi kulit dari sinaran UV. Ia juga mengandungi UVA dan UBV dan Day Cream @ Age Defense Moisturizer with SPF 50 mengandungi SPF 50 yang sesuai dengan UV di Malaysia yang sangat tinggi. UVA ialah pancaran cahaya yang masuk ke dalam lapisan kulit (dalam) manakala UVB akan menyerang permukaan luar kulit contohnya sunburn di sebabkan UBV.

Youth SPF 50

5. Advanced Renewal Night Cream
Advanced Renewal Night Cream untuk menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur. Ia bantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin. Kolagen dan elastin ini terdapat dalam lapisan kulit. Jika tidak dilindungi ia akan musnah dan kulit akan menjadi tua.

Youth Renewal Night Cream

6. Radiance C + E (di dalam kapsul emas)
Radiance C + E adalah 20% concentration Vitamin C & Vitamin E. Nutrien dlm kapsul ini membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan garisan halus dan kedutan pada kulit. Ia juga membaiki tona kulit secara keseluruhan. Kapsul emas ini berasaskan tumbuh-tumbuhan dan vegan. Ia 100% terbiodgrasi dan diformulasi tanpa sebarang bahan pengawet.

Youth - Radiance C + E

Hebatkan Youth Complex ni! Youth Complex ini baru dilancarkan di Malaysia pada 1 Mac 2018. Dalam masa 2 hari stok Youth Complex di Malaysia adalah sedikit. Maksudnya ramai sangat orang di Malaysia ini hendak mencuba Youth Complex yang merupakan Revolutionary Breakthrough dalam bidang skin care. Ia nya Selamat, bebas bahan kimia dan pengawet dan kesan yang optimum iaitu kelihatan lebih muda 10 tahun! Kalau korang nak muda dan cantik, Kak Ni cadangkan korang cuba set Youth Complex.

Ada dua jenis set Youth Complex:

1. Youth Starter Set
Youth Starter Set mengandungi 4 jenis produk iaitu Luminous Gel Oil Cleanser, Perfecting Skin Toner, Day Cream @ Age Defense Moisturizer with SPF 50 dan Advanced Renewal Night Cream. Set ini berharga RM901.00, tetapi dapat harga RM791.00 (jimat RM110). Korang juga dapat keahlian Shaklee dan postage secara percuma. Selain itu,jika korang beli set ini, korang juga akan dapat cash back RM23 dan percuma Two-Way Manififying Mirror. Cermin ini dapat zoom muka kita 5 kali ganda, hahaha habis nampak segala benda yang tak elok dimuka tu dan cermin ini bernilai RM20. Ini bermakna korang akan jimat RM243 jika membeli set ini.

2. Youth Intensive Treatment and Repair Set
Youth Intensive Treatment and Repair Set mengandungi 6 jenis produk iaitu Luminous Gel Oil Cleanser, Perfecting Skin Toner, Day Cream @ Age Defense Moisturizer with SPF 50, Advanced Renewal Night Cream, Youth Activating Serum dan Radiance C + E. Harga set ini ialah RM1338.35. Tetapi korang akan dapat harga ahli iaitu RM1070.60 (jimat RM267.65). Korang juga dapat Radiance C + E yang berharga RM349 (jika beli berasingan) dan beg Youth yang bernilai RM50. Selain itu,jika korang beli set ini, korang juga akan dapat cash back RM48 dan percuma keahlian Shaklee dan postage. Ini bermakna korang akan jimat RM795 jika membeli set ini.

Set Complete Youth

 

Kesimpulannya, Kak Ni sarankan kalau korang ada budget lebih, korang ambil la Youth Intensive Treatment and Repair Set kerana banyak sangat untung dank orang akan dapat kulit yang sangat cantik.

Tetapi jika korang ada kekurangan budget, korang boleh cuba dulu Youth Starter Set, nanti bulan May 2018, Shaklee mungkin akan menjual produk Youth satu per satu dan masa itu korang boleh top up yang mana yang belum ada.

Untuk sesiapa yang beli Youth Complex set dengan Kak Ni, Kak Ni bagi bayaran secara ansuran sebanyak 2- 3 kali. Bila bayaran cukup, Kak Ni akan berikan set. Insyaallah Kak Ni nak tolong korang cantik sama-sama. Konsultansi sebelum dan selepas pembelian/penggunaan Youth Complex juga Kak Ni sediakan secara percuma. Jom order Youth Complex sekarang!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

21 Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Anda

 

 


1.Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik tetapi ialah vitamin semulajadi
Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin semulajadi termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas!

Vitamin C Shaklee2. Vitamin C Shaklee ialah ‘Sustained Release’/pelepasan masa
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Vitamin larut air seperti B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang mudah larut di dalam air (sebab itu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja. Bukankah membazir jika semua yang kita ambil `terbuang` begitu saja tanpa sempat dimanfaatkan oleh tubuh kita?

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!

Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?4. Vitamin C Shaklee mengandungi “bioflavonoids”.
Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar.
Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Kesemua suplemen vitamin C berfungsi lebih baik dengan kehadiran bioflavonoid. Fungsi bioflavonoid :

– Mencegah vitamin C daripada termusnah oleh pengoksidaan.
– Menguatkan dinding kapilari/saluran darah, seterusnya mengelakkan pendarahan dan lebam-lebam daripada berlaku.
– Membantu membina rintangan terhadap sebarang jangkitan.
– Membantu mencegah dan juga menyembuhkan gusi berdarah.
-Membantu vitamin C dalam memastikan kesihatan tisu-tisu penghubung di dalam badan.
– Membantu memelihara paras kolesterol yang normal.
– Membantu melawan alahan/ Asthma, dll.

 

 

Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji Oren

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Semuanya semulajadi! Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

 

  1. Tidak Silika Gel dalam Vitamin C Shaklee

Dalam Vitamin C Shaklee ini tiadak Silika Gel ataupun dipanggil sebagai absorbent chemicals tidak seperti vitamin C lain di pasaran.. Silika gel tujuan dia sebagai zat penyerap, pengering. Garam- garam kobalt dapat diserap oleh gel ini. Ini kerana vitamin C Shaklee ialah 100% semulajadi. Oleh itu, tidak berlakunya pencairan pada vitamin tersebut. Maka kita tidak salah pilih dalam mengambil supplimen tambahan untuk badan yg pastinya baik untuk kesihatan.

 

Sejarah Penemuan Vitamin C

 

Tak kenal maka tak cinta. Vitamin C merupakan vitamin larut air yang mungkin juga adalah vitamin yang paling banyak dikenal. Bahkan jauh sebelum penemuan struktur kimianya oleh Haworth dan King pada tahun 1932, para ahli telah menemukan sebuah senyawa dalam buah jeruk yang memiliki kemampuan mencegah dan menyembuhkan penyakit skorbut. Penyakit skorbut adalah satu penyakit disebabkan kekurangan vitamin C dengan tanda perdarahan pada gusi, kulit dan usus, berasa lemah, nyeri sendi, dan kekurangan darah.

 

 

Fakta Menarik Tentang Vitamin C

 

Dari ekspedisi yang dilakukan oleh Vasco da Gama pada tahun 1497, ditemukan bahwa buah-buahan memiliki khasiat menyembuhkan skorbut setelah sekitar 75% anak kapalnya meninggal karena terkena penyakit tersebut. Gejala yang mereka alami berupa mulut dan gusi berdarah, bau mulut tidak sedap, luka besar di kulit, bengkak di persendian, feces BAB berdarah, badan lemas, panas tinggi dan akhirnya meninggal dunia. Ketika kapalnya tiba di Filipina, sisa anak kapal yang masih hidup diberi makan buah segar dan ternyata sembuh dari skorbut.

 

 

21 Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Anda

 

  1.  Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebihanjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan stakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu. Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.

 

  1. Membantu , meningkatkan imunisasi badan
    Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus serta jangkitan.

 

  1. Demam biasa
    Mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

 

  1.  Membantu dalam menyembuhkan luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.

 

  1.  Melindungi dari penyakit yang disebabkan oleh tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

 

  1. Membantu menurunkan paras kolestrol

Vitamin C mainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ia membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang daripada badan.

 

  1.  Melancarkan peredaran darah

Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada salur darah semasa serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh salur darah tidak dapat mengembang dengan baik dan menghalang peredaran darah. Sakit dada, susah nak bernafas (angina pectoris) juga disebabkan oleh arteri koronari iaitu arteri yang membawa darah ke jantung tidak dapat mengembang dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.

 

  1.  Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

 

  1.  Mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

 

  1.  Membantu dalam merawat kanser

Ciri-ciri anti-oksida yang ada pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi dan mengelak sel barah tertentu terbentuk. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel kanser sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan agar dapat melawan sel kanser.

 

  1.  Membantu mengurangkan masalah pernafasan

Terdapat kajian dari Univerisity of Helsinki, Finland yang mencadangkan vitamin C untuk mengurangkan masalah sistem pernafasan seperti batuk, nafas berbunyi dan juga semput.

 

  1.  Mengurangkan simptom asma

Orang yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.

 

  1.  Membantu dalam mengurangkan simptom arthritis

Arthritis disebabkan oleh kegagalan proses sel yang membantu dalam penghasilan, penyelenggaraan dan pemulihan tisu tulang rawan. Tekanan fizikal ke atas tulang rawan memusnahkan kolagen dan juga memberi kesan pada penghasilannya. Disebabkan vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen,ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi bagi orang yang menghidap arthritis.

 

  1.  Mengurangkan risiko katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, punca kepada penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang atau mengurangkan risiko katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

 

  1. Mengandungi anti-oksida dan memberi perlindungan dari matahari
    Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat serta berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat” yang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan kanser kulit.

 

  1. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
    Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko menghidap tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

 

  1. Mengurangkan risiko keracunan plumbum.
    Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

 

  1. Membantu untuk kurus dan mengekalkan berat ideal
    Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

 

  1. Meningkatkan tenaga dalam badan
    Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

 

  1. Memperbaiki tekstur kulit dan warna kulit
    Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit menjadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit lebih gebu.

 

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C mencerahkan kulit berpunca dari masalah jeragat serta tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

 

  1. Mengurangkan Keguguran Rambut, melebatkan rambut, melawan masalah rambut dan mengelakkan dari uban dan kelumumur

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur serta menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon.

 

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah (penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat. Vitamin C adalah nutrien penting merawat rambut rosak dan menangani masalah rambut.

 

Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki. Vitamin C bukan sahaja mengatasi rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

 

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.Ia mengatasi masalah kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

 

 

Berapa harga Vitamin C Shaklee dan tahan berapa lama?

Satu botol Sustainable Release Vita-C Plus mengandungi 180 tablet. Disarankan makan 1-2 biji sehari untuk menampung keperluan vitamin C harian. Maka satu botol dapat tahan selama 3-6 bulan mengikut cara pemakanan masing-masing.

 

Harga vitamin C Shaklee ini sangat murah iaitu hanya RM0.57 sebiji jika dbandingkan dengan kelebihannya. Tetapi jika anda berdaftar sebagai ahli, anda boleh mendapat penjimatan sehingga 25- 30%.

Feedback / Maklum balas Pelanggan

 

 

Feedback Pelanggan - Vitamin C 2

Feedback Pelanggan - Vitamin C 1

Feedback Pelanggan - Vitamin C 4

Kesimpulannya, kita perlu pastikan badan kita mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi untuk mencegah daripada sebarang penyakit. Vitamin C ni larut air dan mudah musnah dalam badan. Kita perlu makan setiap hari untuk pastikan badan kita ni cukup vitamin C. Jika tak mampu cukupkan keperluan vitamin C melalui makanan, anda boleh mengamalkan Vitamin C Shaklee ni setiap hari. Boleh hubungi Kak Ni untuk tempahan Vitamin C Shaklee atau penerangan lanjut ya.

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

 

 

 

Vita-lea Shaklee Multivitamin Pertama Di Dunia dan Kebaikannya

Apa itu Vitalea Shaklee?

Vitalea merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. 90 tahun dahulu ianya adalah dalam bentuk cecair dan hasil peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai VitaLea.

Vitalea Multivitamin Pertama Di Dunia

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Tablet Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
Vitalea

 

Kenapa Vitalea Shaklee Adalah Multivitamin terbaik ??

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon.. hati.. mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

 

Vita-Lea Shaklee menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

✯ 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
✯ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
✯ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
✯ 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
✯ 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
✯ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
✯ 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
✯ 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga
 

Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee

✯ Sebagai penambahan tenaga segera.. kecergasan tubuh dan kekuatan mental.. sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
✯ Pelengkap kepada kekurangan nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
✯ Penting kepada remaja yang sedang membesar
✯ Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
✯ Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
✯ Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati

✯ Diformulasikan dengan zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah terutamanya untuk ibu hamil, dalam pantang dan yang menyusukan anak

 

Siapa Memerlukan Multivitamin?

✯ Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang

✯ Individu yang tidak lengkap diet hariannya

✯ Individu yang ingin meningkatkan sistem imun

✯ Remaja yang sedang membesar

✯ Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka

✯ Lelaki – semua peringkat umur dewasa lelaki

✯ Individu yang menopous

✯ Wanita yang baru bersalin

✯ Wanita yang menyusukan anak

✯ Wanita yang hamil/ mengandung

✯ Warga tua (yang masih boleh telan tablet)

 

 

Berapa lama Satu Botol Vitalea Shaklee dapat bertahan?

Dalam satu botol Vitalea ada 120 tablet. Disarankan agar mengambil 2 biji sehari bagi kesihatan optimum. Oleh itu,satu botol vitalea boleh tahan selama 2 bulan. Vitalea ini hanya untuk orang dewasa sahaja. Untuk Kanak-Kanak bawah 2 tahun ke atas, Shaklee ada Mealshake dan bagi kanak-kanan 4 tahun ke atas, Shaklee ada Vitalea Kids yang merupakan pelengkap nutrisi kanak-kanak.

 

Cara Makan Vitalea?

Disarankan makan vitalea bersama-sama hidangan seharian, iaitu makan vitalea selepas makan pagi atau tengah hari. Air hendaklah diminum sebanyak 2-3 liter sehari.

 

Nutrisi penting dalam Vitalea

Berikut ialah senarai nutrisi penting dalam Vitalea

 

vitalea content

Moga artikel diatas bermanfaat untuk semua. Jika hendak mencuba Vitalea Shaklee boleh hubungi Kak Ni ya.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

12 Kebaikan Herbal Blend Shaklee

Apakah itu Herbal Blend Shaklee

Krim Herbal Blend Shaklee sudah berada di pasaran sejak 15 tahun dan ia terbukti selamat dan berkesan . Ia bebas paraben dan steroid, diperbuat daripada shea butter. Shaklee menggunakan African Shea Butter yang kaya dengan natural moisturizer. Shea butter selamat digunakan ke atas bayi kerana ia adalah bebas toksin dan cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif. Herbal Blend Shaklee

 

4 Bahan Utama Dalam Herbal Blend Shaklee

  1. Horse Chestnut / Buah berangan 

Buah ni kita selalu jumpa di Utara Malaysia, biasanya mereka suka disalai dengan biji kopi dan makan . Membantu melawan tanda-tanda penuaan  pada kulit, ciri-cirinya yang anti radang seperti mengurangkan bengkak, lebam di kulit, dan memperbaiki lebam dan kebiruan pada kulit akibat kapilari darah pecah di bawah kulit.

 

  1. Sage

Herba ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembaharuan sel-sel. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan kalsium serta antioksidannya membantu memerangi radikal bebas pada kulit.

 

  1. Rosemary

Rosemary merupakan sumber zat besi , kalsium, dan vitamin B6 yang menyokong tahap kolagen yang sihat . Kaya dengan mangan dan mineral yang membantu mengurangkan kedutan dan mengelakkan kulit menjadi rosak. Apabila adanya radikal bebas pada kulit kita ia bukan sahaja merosakkan kulit malah membawa kedutan, tona tidak sekata serta kendur.

 

  1. Yarrow 

Yarrow ini pula mengandungi bahan anti radang dan anti septik. Di mana, ia dapat memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan . Ia boleh dipraktikkan bagi kegunaan luar , menyembuhkan luka , luka terbakar , ulser , alahan kulit  dan juga bengkak .

4 Bahan Utama Herbal Blend

 

Siapa yang Sesuai Menggunakan Herbal Blend Cream

✔ Bayi

✔ Lelaki mahupun wanita

✔ Pesakit Ekzema ( masalah kulit )

✔ Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi

✔ Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut

✔ Mereka yang sering demam

✔ Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal

✔ Warga emas`

✔ Mereka yang mempunyai masalah demam campak, alahan dan sebagainya

Mahalkah Herbal Blend ini?
Harga runcit untuk 1 tiub Herbal Blend Shaklee hanyalah RM39.75. Harganya murah, Selamat, halal dan merupakan krim serba guna yang mesti ada dalam setiap rumah.

 

12 Kebaikan Herbal Blend Shaklee

  1. Gigitan nyamuk

Krim ni juga bertindak sebagai krim penghalang ggigitan nyamuk. Ia nya sesuai bagi sesiapa yang suka menjalankan aktiviti di hutan dan yang nak bawa anak-anak pulang ke kampung. Caranya menggunakannya mudah sahaja, hanya sapukan Herbal Blend Shaklee ini di seluruh badan terutamanya bahagian yang terdedah dengan nyamuk. Ini adalah salah satu cara bagi mengelakkan dari digigit nyamuk. Bahagian yang dah kena gigitan nayamuk juga boleh disapu. Rasa gatal dan bengkak gigitan nyamuk akan cepat hilang.

  1. Terkena minyak panas atau melecur

Korang pernah tak kalau menggorang ikan di dapur, tiba-tiba sahaja meletup minyak panas tu ke tangan korang atau ke muka korang. Jangan gelabah, terus ambil Herbal Blend Shaklee dan sapu kat pipi tu, tak pedih pun rasa sejuk sebab ada mint

  1. Luka

Kadang-kadang anak-anak kita bermain basikal atau dengan kawan-kawan, ada terjauh dan terluka. Cuci luka bagi bersih dulu, lepas tu sapu krim ni, berdenyut je sikit, nanti luka tu cepat kering dan kulit akan bercantum dengan cepat.

  1. Jerawat yang tidak banyak

Kalau korang ada jerawat kat muka sebiji-dua biji, boleh je sapu krim Herbal Blend Shaklee ni dimuka. Walaupun arahan dia tak kata boleh sapu dimuka tetapi Kak Ni pernah cuba, jerawat hilang dan parut jerawat pun makin berkurangan. Kena rajin-rajin sapu, baru jerawat kering. Selain itu, korang juga boleh ambil Set Kecantikan Shaklee (nak makan pun boleh, nak luaran pun boleh). Korang boleh hubungi Kak Ni ya kalau nak tahu lebih lanjut.

  1. Bibir kering Merekah

Bila musim panas je sesetengah orang bibir die akan merekah dan kering. Sesetengah bibir orang pula kering kera kurang minum air. , lagi yang kurang minum air. Alang-alang dah beli krim Herbal Blend Shaklee ni, korang sapu je kat keliling bibir tu nipis-nipis je. Kalau masuk mulut krim ni macam mana pulak? Jangan risau, sebab tu la saya pilih krim yang tak gunakan bahan kimia, jadi tidak merbahaya

  1. Gatal-gatal

Kak Ni pernah berkebunkat tepi rumah, lepas habis berkebun, tiba-tiba je habis gatal satu badan. Jangan panik, korang mandi dulu, kemudian sapu Herbal Blend Shaklee di tempat yang gatal tu. Nak sapu satu badan pun boleh.Tapi kalau gatal tak hilang jugak, sila jumpa doktor ya, sebab krim ni bukan la ubat, tapi krim serbaguna yang dapat membantu kurangkan rasa gatal.

  1. Kulit kering

Untuk yang mempunyai jenis kulit kering krim Herbal Blend Shaklee memang sesuai kerana ia memberikan sedikit kelembapan kepada kulit. Bila disapu pada kulit, kulit akan menjadi lembap dan makin lembut.

  1. Tumit merekah

Sesetengah orang ketika berpantang mengalami kulit merekah. Ada juga yang mengalami kulit mereka ketika usia sudah lanjut. Ada juga yang kakinya akan merekah jika memijak simen. Individu demikian perlu memakai selipar jepun di rumah. Jika keluar rumah, mereka perlu memakai kasut dan sarung kaki nak tutup tumit merekah. Namun Herbal Blend mampu menghilangkan tumit yang merekah jangkamasa yang singkat dengan syarat konsistan dan rajin sapu tumit kaki dengan Herbal Blend Shaklee.

  1. Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit alahan kulit. Kebanyakan ibu-ibu yang mana anaknya ada masalah Ekzema akan membeli krim Herbal Blend ini. Herbal Blend ini diperbuat dari bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia yang sesuai digunakan pada bayi yang ada masalah kulit seperti yang ekzema. Walaupun anak-anak terjilat atau pegang pipi mereka, krim Herbal Blend Shaklee ini tidak beracun. Sapu krim nipis-nipis (Tidak di sarankan utuk Ekzema berair)

  1. Ruam /melecet

Kebiasaannya bayi yang akan alami ruam lampin sampaikan kulitnya menjadi kemerah-merahan hingga melecet. Sapu Herbal Blend Shaklee di sekitar ruam secara nipis-nipis setiap kali membersihkan serta menukar lampin. Untuk orang dewasa yang ada masalah ruam pun perlu lalukan cara yang sama juga

11.Chickenpox / Cacar air

Chickenpox atau cacar air boleh sembuh dengan cara tradisional iaitu daun bambu. Namun pada zaman sekarang ini,bagi sesetengah tempat daun bambu sukar dicari. Oleh yang demikian, krim Herbal Blend ini boleh digunakan sebagai pengganti kepada daun bambu.  Sapu krim Herbal Blend Shaklee satu badan dari awal sampai tapak cacar dia kering, pada masa yang sama parut cacar yang kecil akan cepat hilang dan yang ibu-ibu/ kawah yang lain ambil masa yang lebih untuk hilang.

  1. Demam

Zaman sekarang ini ramai yang gunakan pelekat gel di dahi untuk turunkan suhu badan. Alang-alang ada Herbal Blend Shaklee di rumah, sapu sahaja krim ini disendi-sendi badan ke atas orang yang demam. Krim Herbal Blend Shaklee ini membantu menurunkan suhu badan dari luaran. Jika demam terlalu panas, disarankan berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian.

 

Maklum balas/ Feedback Pelanggan Tentang Herbal Blend

Feedback Pelanggan - Herbal Blend - 1

 

Feedback Pelanggan - Herbal Blend - 2

Moga artikel diatas bermanfaat untuk semua. Jika hendak mencuba Herbal Blend Shaklee boleh hubungi Kak Ni ya.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

3 Doa Untuk Memudahkan Mendapat Zuriat

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Kak Ni harap semua sihat dan ceria selalu. Bagi sahabat-sahabat yang masih belum mendapat zuriat walaupun dah usaha pelbagai cara dan rawatan, apa kata korang amalkan 3 doa di bawah ni. Rezeki semua ialah kepunyaan Allah swt. Mohonlah kepadaNya insyallah dipermudahkan mendapat zuriat.

Doa Meminta Keturunan

doa agar cepat hamil

Robbana hablana min azqajinaa wa zurriyatina qurrota’ayunin, waj’alna lil muttaqiina imaama.

Artinya:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Furqan: 74)

Doa Nabi Zakaria

Doa Nabi Zakaria

Robbi hablii miladunka dzuriyyatan thoyyibatan innaka samii’uddu’aa

Artinya:

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa” (Ali-Imraan:38).

Doa Nabi Ibrahim

doa nabi ibrahim

Robbi hablii minasholihiin

Artinya:

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” (As-Shaffat: 100)

Moga doa-doa diatas bermanfaat untuk semua. Jika hendak mencuba Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee boleh hubungi Kak Ni ya.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee

Sebelum ini Kak Ni ada menceritakan tentang punca pasangan sukar mendapat zuriat dan amalan yang boleh membantu pasangan mendapatkan zuriat. Salah satu amalan yang pasangan suami isteri boleh mencuba ialah dengan mengamalkan pemakanan suplimen/ vitamin. Set Kesuburan Shaklee ini terdiri daripada Set Suami dan Set Isteri. Ia adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan meningkatkan fungsi pembiakan  dalam tubuh.

 

Set Kesuburan Suami

Set Kesuburan Suami terdiri daripada:

  • Zinc Complex / Vitalea
  • Vitamin E Complex 

Vita-Lea (Multivitamin) atau Zinc Complex

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum. Dalam Vitalea atau Zinc Complex mengandungi zink yang merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, kekurangan sperma dan penyakit prostat. Vitalea Shaklee

Vitamin E Complex

Vitamin E yang juga dikenali sebagai ‘Vitamin Cinta’ dapat menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen selenium yang terdapat dalam Vitamin E Complex Shaklee dapat membantu hubungan seksual bagi lelaki. 

Vitamin E ShakleeSet Kesuburan Isteri

Set Kesuburan Isteri terdiri daripada:

  • GLA Complex
  • Omega Guard
  • B-Complex

 

GLA Complex

GLA Complex sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. GLA Complex juga mengandungi Vitamin E yang membantu memerangi radikal bebas dan menghalang ovum teroksida di dalam Rahim. Biji borage yang terdapat dalam GLA Complex mampu membetulkan hormon yang tidak seimbang dan membetulkan kitaran haid. Ia juga melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut dan memperbaiki masalah haid tidak teratur.

GLA Complex Shaklee

 Omega Guard

Omega Guard adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia. Ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 adalah asid lemak penting. Namun ia tidak dapat dihasilkan badan kita. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Asid lemak Omega 3 boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita. Omega Guard

B-Complex 

B – Complex membantu memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress. Tubuh dan otak yang stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan. B6 dalam B-Complex juga penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan. Selain itu B-Complex Shaklee juga mengandungi asid folik yang diperlukan sepanjang kehamilan bagi membantu kehamilan yang sihat dan mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

 B complex shaklee

 

Vitamin Tambahan Untuk Kesuburan Suami Isteri

 Energize Soy Protien (ESP) 

Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein.

 

Sustainable Release Vita-C (Vitamin C) 

Vitamin C membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan.

vitamin C Shaklee

Alfalfa Complex

Alfafa Complex sangat baik diamalkan oleh wanita kerana ia membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur dan PMS atau senggugut (makan Alfalfa bersama Ostematrix). Ia juga bertindak sebagai Kacip Fatimah yang mengetat dan membersihkan vaniga. Di samping itu, ia mengatasi masalah rasa sakit kepada isteri ketika hubungan seks.Alfafa Shaklee

Vivix

Resveratrol yang terdapat dalam Vivix membantu melindungi Ovum telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hidup, membesar dan disyenawakan. Selain itu, Vivix juga memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, setiap pasangan mempunya punca ketidaksuburan yang berlainan. Pasangan dikehendaki berjumpa doctor atau pakar untuk mengetahui punca ketidaksuburan tersebut. Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee dapat membantu menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung. JIka anda mengalami masalah ketidaksuburan ini,hubungilah Kak Ni,kita boleh bincang dan dapatkan penyelesaian yang terbaik untuk anda dan pasangan anda.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

 

11 Punca Kenapa Pasangan Sukar Mendapat Zuriat

Mendapat anak ialah idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua yang beruntung untuk dikurniakan dengan cahaya mata kerana ianya merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t Ada pasangan yang mudah dapat anak, ada juga pasangan yang perlu tunggu sampai bertahun-tahun untuk dapat anak. Ada yang dah cuba macam-macam cara, tetapi masih lagi belum ada rezeki. Berikut Kak Ni kongsikan beberapa punca pasangan lambat atau sukar anak. Jom kita lihat satu per satu apakah puncanya

1.Kecelaruan Ovulasi

Ovulasi tu adalah proses ovari keluarkan telur untuk disenyawakan. Ia berlaku sebulan sekali. Ovulasi berlaku 2 minggu sebelum haid biasanya. Biasanya ia berlaku pada hari ke 14 jika kiraan normal. Bila ovulasi tidak stabil , maka bilangan hari haid jadi tak normal. Ada yang haid beberapa hari aje, ada pula yang lama sampai berbulan-bulan. Bilangan hari haid yang normal adalah 28 hari. Hormon yang tak stabil adalah punca utama berlakunya ovulasi yang tak betul dan tak normal ni. Banyak faktor yang menyebabkan hormon tak stabil ni seperti telur tidak sihat, masalah pada kelenjar endokrin, kurang nutrisi, stress, Xenohormones, Gaya hidup yang tak sihat, kurang berat badan, terlebih berat badan (obesity), penggunaan ubatan yang mempunyai hormone (contoh pil perancang) dan masalah genetik

2.Bilangan Sperma yang Kurang

Bilangan sperma yang sihat adalah 20 juta dalam satu mL. Kurang daripada jumlah itu termasuk dalam sebab tidak subur kerana bilangan sperma yang kurang. Punca masalah sperma yang kurang adalah seperti

  • Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pemakanan tidak terjaga, stress, pencemaran, masalah pakaian yang ketara
  • antibodi yang anti-sperma
  • masalah genetic
  • organ peranakan yang rosak
  • sedang membuat kemoterapi barah

3.Sperma yang tidak sihat

Sperma yang tidak sihat adalah termasuk motility (gerakan sperma, ekornya) dan morphology (bentuk sperma dan DNA). 25% kes ketidaksuburan adalah disebabkan sperma yang tidak sihat. Sebab ini lebih kurang sama dengan sebab kurang sperma walaupun tidak semua lelaki yang kurang bilangan sperma mengalami sperma yang tidak sihat dan sebaliknya.

4.Polysystic Ovary Syndrome (PCOS)

Tidak semua wanita yang dikesan ada PCOS ada semua simptom, ada yg ada 2 – 3 simptom sahaja. Ia dikesan dialami oleh 4-18% wanita. Sindrom ini terjadi adalah dari hormon badan yang tidak stabil. Bila hormon tak stabil, kitaran period terganggu, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah kulit, cysts kecil di ovari dan hirsutism (lebihan bulu pada badan/rambut gugur).

5.Endometriosis

35-50% ketidaksuburan pada wanita adalah disebabkan oleh endometriosis. Endometriosis adalah lebihan salutan endometrium pada uterus yang biasanya membesar bagi persediaan penerimaan telur yang disenyawakan, tetapi tidak keluar habis ketika period. Bila ia melekat pada bahagian badan yang lain dan kadang-kadang berlaku berdarahan di tempat tersebut.

6.Tiub Fallopio Tersumbat

Tiub fallopio adalah laluan membawa telur dari ovari ke uterus, jika ia tersumbat, telur tidak boleh keluar. 25% daripada kes ketidaksuburan adalah disebabkan tiub fallopio yang tersumbat Antara sebab tiub fallopio tersumbat adalah Penyakit Inflamasi Pelvik (PID), Endometriosis, fibroid dan mengandung luar rahim

7.Antibodi yang anti-sperma.

Antibodi terbentuk secara automatik oleh sistem imun badan yang boleh bunuh sperma. Bila antibodi ini banyak dalam badan, sperma susah nak sampai ke telur, peluang telur disenyawakan sangat tipis. Antibodi ni pun boleh bertindak kepada sperma yang berjaya mensenyawakan telur, maka berlaku keguguran.

Badan seorang lelaki boleh menghasilkan antibodi yang anti-sperma ini bila sperma ini bersentuh dengan sel imun badan mereka. Ia berlaku bila testikel luka seperti lepas pembedahan atau ada jangkitan pada kelenjar prostat. Testikel lindungi sperma dari sel imun, bila ia luka, sperma boleh mati. Lebih 70% lelaki yang mengalami vasektomi akan membentuk antibodi ini.

Sesetengah wanita ada tindakan alahan/alergi kepada sperma pasangannya. Ia mengaktifkan sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi yang anti-sperma yang serang sperma pasangan. Antara kes yang wujud adalah apabila tisu vagina terkena sperma dan timbul ruam atau kesakitan sebabkan oleh alahan itu.

8.Vas Deferens yang tersumbat. 

Vas Deferens tersumbat juga dikenali epididymis yang tersumbat. Vas Deferens ni adalah tiub yang bawa sperma yang subur. Salur Varicose pada testikel adalah punca utama ia tersumbat. Penyakit kelamin juga boleh menyebabkan ia tersumbat.

9.Terlalu Banyak Makan Asid Lemak Trans

Asid lemak trans adalah lemak dan ia digunakan untuk bantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan sekaligus membaiki tekstur dan rasa banyak makanan yang diproses. Biarpun begitu, ia sebenarnya ramuan yang berbahaya buat tubuh badan manusia dan jika memakannya terlalu banyak, tubuh akan lemah seterusnya terdedah pada keradangan atau inflamasi saluran darah, kolesterol tinggi, sakit jantung koronari, strok, diabetes, kanser dan darah tinggi. Bagi wanita, jika terus mengambil makanan seperti donut, kek, biskut, makanan bergula, mentega, popcorn gelombang mikro, makanan segera bergoreng dan pizza beku umpamanya, anda akan menghidap penyakit ovulasi yang menyebabkan anda sukar untuk mendapat zuriat.

10.Masalah Keputihan Berlebihan

Keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Keputihan berpenyakit biasanya berwarna kuning pekat atau kehijauan, berbau yang busuk dan gatal. Lebih teruk lagi jika suami mula mengeluh kerana tidak selesa ketika ‘bersama’. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat. Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan ini akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Apabila kawasan penghasilan ovum terganggu, ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ovum yang tidak normal tidak akan mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat.

11.Bersenam lebih daripada kemampuan tubuh

Bersenam secara sihat memang membantu untuk menggalakkan kesuburan tetapi sangat penting untuk anda melakukannya dengan betul mengikut kemampuan. Ini kerana, apabila senaman dilakukan secara berlebihan, ia akan memberi impak negatif pada tubuh serta kitaran reproduktif seseorang. Kajian mendapati, senama berat yang dilakukan setiap hari mampu mengurangkan peluang kehamilan.

Kak Ni berharap senarai ini membantu pasangan yang masih belum mendapat zuriat agar berusaha mencari penawar atau rawatan yang sesuai. Kak Ni sarankan pasangan suami isteri pergi berjumpa dengan  doktor atau pakar terlebih dahulu sebelum memcuba sebarang ubat atau rawatan lain. Set  Suami Isteri Shaklee boleh membantu pasangan suami isteri,namun ia adalah makanan tambahan/ suplimen yang membantu tubuh agar bersedia untuk proses persenyawaan.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves https://www.wasap.my/01116424898

 

11 Cara Agar Mudah Hamil

Anak adalah impian indah setiap pasangan suami isteri. Namun, ada pasangan yang mudah dapat anak, ada juga pasangan yang perlu tunggu sampai bertahun-tahun untuk dapat anak. Ada yang dah cuba macam-macam cara, tetapi masih lagi beluma ada rezeki. Berikut Kak Ni kongsikan 11 cara untuk membantu pasangan suami isteri agar lebih mudah mendapat zuriat.

1.Jaga pemakanan

Jaga pemakanan amat penting dalam mendapatkan zuriat. Pasangan perlu sentiasa mengambil makan yang berkhasiat untuk memastikan badan sentiasa sihat dan cergas. Badan yang lesu dan tidak sihat akan memberi kesan kepada hubungan suami isteri. Korang pernah dengan asid folik menambah kesuburan? Kalau ibu hamil, doktor akan memberikan adik folik di awal kehamilan. Tetapi sebelum mengetahui anda hamil, bagaimana nak dapatkan  asid folik? Ya, memalui pemakanan yang sihat secara tidak langsung akan menambah asid folik secara neutral. Yang penting amalan makan sihat perlu dipraktikkan.

2.Jaga berat badan

Berat badan yang berlebihan merupakan salah satu faktor melambatkan wanita untuk hamil. Dalam pemakanan korang kena lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan makan berlemak. pastikan berat badan sentiasa ideal agar sentiasa sihat.

Berat Badan Ideal

3.Doa

Setiap orang mempunyai Tuhan mereka sendiri. Mohonlah kepada Tuhan masing-masing agar dipermudahkan dalam mendapat zuriat, mendapat zuriat yang beriman dan sihat. Sebagai orang islam doa ialah senjata yangpaling penting dalam kehidupan.  Jangan jemu untuk terus meminta kepada Allah swt. Hanya Dia tempat kita bergantung dan mengharap.Selain itu, korang juga boleh amalkan doa-doa yang ada dalam al-Quran.

4.Kurangkan minum minuman berkafein

Minuman seperti kopi, nescafe dan teh perlu dikurangkan. Ini kerana kandungan kafein yang tinggi tidak bagus untuk kesuburan. Kawal pengambilan kafien harian.

Coffee

5.Waktu subur

Setiap wanita perlu tahu waktu subur masing-masing. Waktu subur setiap wanita adalah berbeza-beza. Cara yang paling mudah kita ialah waktu subur ialah antara hari ke 12 hingga ke 18 selepas hari haid yang pertama. Selain itu, korang juga dan boleh install apps ke dalam handphone dan catat tarikh haid setiap bulan. Apps tersebut akan membantu mengira mewaktu subur korang.

6.Hubungan intim dengan kerap

Lakukan hubungan intim dengan lebih kerap di waktu subur kerana peluang untuk hamil lebih tinggi di waktu subur. Tidak semestinya di luar waktu subur, aktiviti itu dihentikan.

7.Jumpa pakar

Jika tempoh menunggu terlalu lama, pasangan perlu mendapatkan nasihat atau rawatan doktor pakar. Jangan rasa malu atau rendah diri untuk berjumpa doktor pakar.

8.Posisi seks yang betul

Tips ini pun penting juga untuk memastikan sperma sampai kepada ovum untuk berlaku persenyawaan. Tidak perlu malu kerana anda adalah pasangan yang sah

9.Jauhi rokok

Jauhi rokok untuk meningkatkan kesuburan di belah suami. Mungkin peratusnya tidak tinggi, tapi ia merupakan salah satu faktor juga

Berhenti merokok

10. Elak tekanan

Elakkan tekanan. Keadaan yang tenang, gembira dan sihat akan memberi peluang yang besar kepada pasangan untuk dapat anak. Tidak salah pergi honey moon untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

11. Pengamilan vitamin

Pengambilan vitamin memang penting untuk menambahkan kesuburan. Di sini Kak Ni menyarankan set kesuburan suami dan isteri untuk membantu  badan suami dan isteri menghasillkan telur sperma yang mencukupi, menstabilkan hormone isteri agar haid datang dengan teratur yang akan memudahkan pasangan mengetahui waktu subur dan banyak lagi.  Jika berminat, boleh hubungi Kak Ni untuk keterangan lanjut tentang set kesuburan suami isteri Shaklee ini.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Promosi Februari 2018 – Collagen Powder dan Sustainable Release Vita-C (Vitamin C)

Kak Ni nak beritahu berita gembira kat korang! Promosi bulan Februari 2018 iaitu jika korang beli 4 kotak Shaklee Collagen Powder dan 1 Vitamin C pada bulan Februari 2018:
1. Korang akan JIMAT sebanyak 10% (RM300+)
2. Korang juga dapat keahlian Shaklee PERCUMA seumur hidup.. kat sini korang dah JIMAT RM80
3. Korang juga dapat beli produk Shaklee dengan HARGA AHLI dan bukan harga retail.. maksudnya korang dapat JIMAT antara 15 – 25% (jimat RM200+ untuk Set promosi ni sahaja)
4. Pos juga PERCUMA
Cuba kira berapa banyak korang jimat kat sini.

Kenapa perlu pilih Collagen Powder Shaklee?

Bahan utamanya Collagen Powder ialah sisik ikan merah dari laut dalam. Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung. Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga  di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi

Selain daripada kelebihan collagen Shaklee yang tahan lasak, kebaikan lain ialah molekul collagen  juga ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja dan mudah diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton yang sekaligus menyukarkan penyerapan oleh tubuh. Bila mudah diserap, maknanya kesannya juga maksimum.

Kenapa perlu pilih Vitamin C Shaklee?

Vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid. Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan  secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam.

Kebanyakan vitamin c yang dijual di farmasi mempunyai perasa dan diawet. Namun tidak bagi Vitamin c Shaklee kerana tidak mengandungi pemanis tiruan.

Vitamin C Shaklee juga ialah vitamin semulajadi  dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Selain kualiti yang tinggi, kolagen dan vitamin C Shaklee juga berbaloi. Apa kata korang guna kan peluang harga promosi yang hebat bulan Februari 2018 ni untuk mencuba kolagen dan vitamin C Shaklee ni.  Kak Ni yakin kulit korang akan makin cantik, halus, hilang garis-garis halus, berseri-seri, sekata danhilang jerawat dan jeragat. Cepat order sebelum 28 Februari 2018 (selagi stok masih ada)!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Bagaimana Set Kanser Shaklee boleh membantu pesakit kanser?

Seperti yang Kak Ni terangkan dalam artikel sebelum ini  bahawan setiap penyakit ada penawarnya. Oleh itu, penyakit kanser juga ada penawarnya. Dalam artikel ini Kak Ni akan menceritakan tentang penyakit kanser dan bagaimana Shaklee dapat membantu pesakit kanser.
Rawatan kanser yang paling popular buat masa ini ialah rawatan perubatan moden. Rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser, bahagian anggota tubuh yang dihidapi kanser dan juga sekiranya kanser telah merebak. Malah faktor jenis rawatan kanser ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan kanser dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi kanser.
Apa itu Kemoterapi?
Kemoterapi ialah satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti kanser dalam merawat kanser. Ubat-ubatan ini diberi untuk memusnahkan dan mengawal sel kanser. Terdapat hampir 50 jenis ubat anti kanser dan di kategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan atau pun sumbernya. Ubat ini boleh diberikan secara bersendirian atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat sekaligus.
KemoterapiBagaimana kemoterapi bertindak?
Ubat yang diterima akan memasuki sistem peredaran darah dan kemudian disebarkan ke seluruh bahagian badan. Seterusnya, ubat tersebut akan bertindak merosakkan sel-sel kanser daripada terus membahagi dan membesar. Kaedah ini dinamakan rawatan sistemik.
Tetapi, ubat ini juga akan memberi kesan terhadap sel normal yang mempunyai pertumbuhan dan membahagi dengan cepat seperti sel kuku dan rambut. Kerosakan inilah yang akan menyebabkan terjadinya kesan sampingan. Keadaan ini biasanya berlaku sementara sahaja kerana sel yang sihat akan kembali kepada normal dengan cepat.
Bila kemoterapi diberikan?
Kemoterapi boleh diberikan secara bersendirian jika sel kanser bertindak balas dengan baik semasa rawatan. Namun begitu, kemoterapi biasanya diberikan bersama-sama kaedah rawatan lain mengikut kesesuaian jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan rawatan. Berikut adalah beberapa jenis kemoterapi yang diberikan:
1.Terapi neo-adjuvant
Kemoterapi diberikan sebelum pembedahan atau radioterapi bagi mengecilkan saiz tumor.
2. Terapi adjuvant
Kemoterapi diberikan selepas pembedahan atau radioterapi bagi memastikan semua sel kanser yang tertinggal dimusnahkan. Tujuan terapi ini ialah untuk mengurangkan kemungkinan kanser daripada berulang pada masa hadapan.
3. Kemoradiasi
Kemoterapi juga boleh digabungkan dan diberikan  bersama radioterapi untuk merawat kanser. Tujuan kombinasi ialah menyasarkan lebih banyak jenis sel kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
4.Kemoterapi paliatif
Jika sel-sel kanser telah pun merebak ke bahagian badan yang lain, ubat kemoterapi akan dibawa melalui saluran darah pesakit supaya sampai ke semua sel kanser tersebut. Tujuannya ialah melegakan gejala yang disebabkan oleh kanser sahaja.
Apakah Jenis rawatan kemoterapi?
Doktor yang merawat anda biasanya akan mengambil kira beberapa faktor  sebelum menyarankan bentuk kemoterapi yang akan diberikan. Antaranya ialah :
• Jenis kanser yang dihidap.
• Lokasi kanser pada badan anda.
• Adakah sel kanser telah tersebar (metastasis)
• Kesihatan anda secara amnya.
Berdasarkan faktor di atas, doktor akan menyarankan bentuk rawatan yang paling sesuai untuk anda. Oleh itu, anda mungkin akan dapati ada pesakit yang menghidap kanser yang sama tetapi mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.
Kesan Sampingan Kemoterapi
Seseorang pesakit kanser mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan akibat ubat kanser.Antaranya:
1. Anemia
Anemia berlaku kepada lebih daripada 50% pesakit yang menjalani kemoterapi. Kemoterapi mengurangkan keupayaan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah mereh yang membawa oksigen ke seluruh badan. Apabila kekurangan sel darah merah, badan anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi untuk berfungsi. Akibatnya pesakit mungkin akan mengalami kelesuan yang keterlaluan, kelemahan, keletihan, wajah pucat dan pening.
2. Sembelit
Kemoterapi boleh menyebabkan perubahan dalam sistem usus yang biasa, justeru pesakit mungkin mengalami sembelit.
3. Kemurungan
Mengetahui diri dijangkiti kanser mungkin boleh mengganggu cara hidup dan impian anda. Tekanan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh kanser dan rawatannya pada badan boleh menyebabkan kemurungan.
Kemurungan
4. Cirit birit
Cirit birit boleh berlaku apabila rawatan kemoterapi merosakkan sel yang melapisi usus. Jika pesakit mengalami kesakitan dan kekejangan serta cirit birit melebihi 24 jam, segeralah berhubung dengan doktor.
5. Kelesuan
Pesakit kanser akan berasa lemah atau penat lebih cepat daripada biasa selepas setiap aktiviti fizikal, mental atau emosional.
6. Keguguran rambut
Rambut gugur (alopesia) boleh berlaku pada semua bahagian badan.
Keguguran rambut
7. Jangkitan
Kemoterapi boleh menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan. Ini kerana kebanyakan ubat anti kanser mengurangkan keupayaan menghasilkan sel darah putih yang membantu pesakit melawan jangkitan.
8. Kehilangan Selera makan
Sebahagian ubat kanser mungkin mempengaruhi sistem penghadaman di mana boleh menyebabkan kehilangan selera makan, loya dan cirit birit.
9. Masalah mulut, gusi dan kerongkong
Penjagaan oral yang baik adalah penting semasa rawatan kemoterapi kerana ubat anti kanser boleh menyebabkan kerengsaan dalam mulut atau kerongkong anda. Selain kesakitan, kerengsaan mulut boleh menyebabkan mulut pesakit dijangkiti kuman.
10. Loya dan muntah
Pesakit mungkin akan mengalami loya dan montah-muntah disebabkan oleh rawatan kemoterapi.
Loya dan muntah
11. Masalah seksual
Rawatan kemoterapi mungkin akan mempengaruhi sel sperma (bagi lelaki) yang boleh menyebabkan ketidaksuburan sementara atau kekal. Bagi wanita pula, kitaran haid mungkin tidak menentu atau terhenti sepenuhnya semasa menjalani kemoterapi. Wanita juga boleh mendapat jangkitan pada vagina dan mungkin mengalami simptom menopos seperti berasa panas badan.Namun begitu, kesan sampingan ini biasanya adalah kesan jangka masa pendek dan akan hilang juga selepas tamat rawatan
Bagaimana Set Kanser Shaklee boleh membantu pesakit kanser?
Vivix
Vivix membantu merencat pertumbuhan sel kanser, memelihara sel yang normal dan mempercepatkan proses penyembuhan. Resveratrol dalam Vivix telah terbukti dalam banyak kajian saintifik mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser di samping membantu memberikan tenaga dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas sesi kemoterapi.
Resveratrol dalam Vivix membuatkan tisu yang normal (tidak dijangkiti kanser) kurang sensitif terhadap radiasi. Ini membantu mengurangkan kesan sampingan radiasi pada tisu yang normal. Sebaliknya, ia bertindak sebagai bahan yang sensitif kepada tumor, ia menjadikan sel yang malignan lebih sensitif terhadap terapi radiasi. Resveratrol juga membantu meningkatkan kesan kemoterapi yang membuatkan kadar lebih tinggi untuk mematikan sel kanser.
Vivix3
Nutriferon
Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon yang memperbaiki sistem imun bagi melawan punca kanser. Pesakit kanser mempunyai sistem imun yang lemah. Walaupun mereka kuat, mereka tetap perlukan sistem imun yang lebih kuat untuk melawan sel kanser. Terutama saat melalui rawatan kemoterapi, sel darah putih akan menurun dengan mendadak dan mereka mudah jatuh sakit seperti demam. Ini akan menyebabkan mereka sukar untuk sembuh.
Nutriferon
Energize Soy Protein (ESP)
Disebabkan pesakit kanser akan mengalami hilang selera makan ketika menjalani rawatan kemoterapi, ESP diperlukan oleh pesakit kanser untuk membantu memastikan protein dan kalori yang mencukupi serta mendapat nutrisi protein yang penting untuk pembinaan sel badan.
ESP
Sustainable Release Vita-C (Vitamin C)
Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dan membantu merangsang sistem imun. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.Dr. Gladys melaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, statistik menunjukkan pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencegah daripada kanser.
Pengambilan Vitamin C dapat merangsang pengeluaran sel darah putih dan sel yang dihasilkan akan mengandungi extra vitamin C dimana dapat mengelakkan berlakunya mutasi pada sel.  Pada kebiasaannya tanpa pengambilan vitamin C, sel amat mudah untuk mutasi dan ini akan berlakunya kanser.
  VitaminC
Carotomax
Dalam carotomax mengandungi vitamin A yang mengawal perkembangan sel sihat selepas kemoterapi. Suplemen ini sangat penting bagi pesakit kanser. Carotomax membantu mengurangkan kesan radikal bebas, mengurangkan risiko kanser dan penyakit arteri koronari.
Carotomaxjuga  adalah salah satu sumber yang ada antioksidan yang mengandungi Carotenoids, Beta Carotene, Lycopene dll. Tisu membrane mukus memerlukan banyak carotenoids untuk memulihkan tisu-tisu yang rosak.Carotomax
Set ini hanyalah cadangan untuk memastikan keperluan zat makanan kepada pesakit kanser. Ia bukan bertujuan untuk menyembuhkan pesakit kanser. Berbincanglah dengan doktor yang merawat sebelum anda mengambil mana-mana suplemen. Namun saya boleh membantu anda membuat pilihan suplemen yang mungkin anda perlukan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898