Tentang Saya

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua

Nama saya Murni Yahya dan and boleh memanggil saya dengan gelaran “Kak Ni”. Kak Ni merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee yang aktif dan merupakan ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor.
Pengalaman Makan Produk Shaklee
Pertama sekali Kak Ni ingin berkongsi dengan anda, bagaimana Kak Ni mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Kak Ni mula menggunakan produk Shaklee ketika Kak Ni dalam pantang anak pertama Kak Ni iaitu pada Mac 2014. Ketika itu Kak Ni membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea).
Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi Kak Ni terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Kak Ni juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi Kak Ni cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit.

Setelah itu, Kak Ni mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain.

Pengedar Shaklee dan Impian Saya

Sehingga kini, Kak Ni adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka Kak Ni telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini.

Kak Ni juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan Kak Ni berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran.

Impian Kak Ni untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki Kak Ni bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui Kak Ni. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi .

Setelah daftar ahli, Kak Ni akan masukkan anda ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z.

Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898