21 Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Anda

 

 


1.Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik tetapi ialah vitamin semulajadi
Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin semulajadi termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas!

Vitamin C Shaklee2. Vitamin C Shaklee ialah ‘Sustained Release’/pelepasan masa
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Vitamin larut air seperti B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang mudah larut di dalam air (sebab itu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja. Bukankah membazir jika semua yang kita ambil `terbuang` begitu saja tanpa sempat dimanfaatkan oleh tubuh kita?

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!

Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?4. Vitamin C Shaklee mengandungi “bioflavonoids”.
Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar.
Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Kesemua suplemen vitamin C berfungsi lebih baik dengan kehadiran bioflavonoid. Fungsi bioflavonoid :

– Mencegah vitamin C daripada termusnah oleh pengoksidaan.
– Menguatkan dinding kapilari/saluran darah, seterusnya mengelakkan pendarahan dan lebam-lebam daripada berlaku.
– Membantu membina rintangan terhadap sebarang jangkitan.
– Membantu mencegah dan juga menyembuhkan gusi berdarah.
-Membantu vitamin C dalam memastikan kesihatan tisu-tisu penghubung di dalam badan.
– Membantu memelihara paras kolesterol yang normal.
– Membantu melawan alahan/ Asthma, dll.

 

 

Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji Oren

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Semuanya semulajadi! Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

 

  1. Tidak Silika Gel dalam Vitamin C Shaklee

Dalam Vitamin C Shaklee ini tiadak Silika Gel ataupun dipanggil sebagai absorbent chemicals tidak seperti vitamin C lain di pasaran.. Silika gel tujuan dia sebagai zat penyerap, pengering. Garam- garam kobalt dapat diserap oleh gel ini. Ini kerana vitamin C Shaklee ialah 100% semulajadi. Oleh itu, tidak berlakunya pencairan pada vitamin tersebut. Maka kita tidak salah pilih dalam mengambil supplimen tambahan untuk badan yg pastinya baik untuk kesihatan.

 

Sejarah Penemuan Vitamin C

 

Tak kenal maka tak cinta. Vitamin C merupakan vitamin larut air yang mungkin juga adalah vitamin yang paling banyak dikenal. Bahkan jauh sebelum penemuan struktur kimianya oleh Haworth dan King pada tahun 1932, para ahli telah menemukan sebuah senyawa dalam buah jeruk yang memiliki kemampuan mencegah dan menyembuhkan penyakit skorbut. Penyakit skorbut adalah satu penyakit disebabkan kekurangan vitamin C dengan tanda perdarahan pada gusi, kulit dan usus, berasa lemah, nyeri sendi, dan kekurangan darah.

 

 

Fakta Menarik Tentang Vitamin C

 

Dari ekspedisi yang dilakukan oleh Vasco da Gama pada tahun 1497, ditemukan bahwa buah-buahan memiliki khasiat menyembuhkan skorbut setelah sekitar 75% anak kapalnya meninggal karena terkena penyakit tersebut. Gejala yang mereka alami berupa mulut dan gusi berdarah, bau mulut tidak sedap, luka besar di kulit, bengkak di persendian, feces BAB berdarah, badan lemas, panas tinggi dan akhirnya meninggal dunia. Ketika kapalnya tiba di Filipina, sisa anak kapal yang masih hidup diberi makan buah segar dan ternyata sembuh dari skorbut.

 

 

21 Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Anda

 

  1.  Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebihanjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan stakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu. Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.

 

  1. Membantu , meningkatkan imunisasi badan
    Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus serta jangkitan.

 

  1. Demam biasa
    Mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

 

  1.  Membantu dalam menyembuhkan luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.

 

  1.  Melindungi dari penyakit yang disebabkan oleh tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

 

  1. Membantu menurunkan paras kolestrol

Vitamin C mainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ia membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang daripada badan.

 

  1.  Melancarkan peredaran darah

Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada salur darah semasa serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh salur darah tidak dapat mengembang dengan baik dan menghalang peredaran darah. Sakit dada, susah nak bernafas (angina pectoris) juga disebabkan oleh arteri koronari iaitu arteri yang membawa darah ke jantung tidak dapat mengembang dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.

 

  1.  Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

 

  1.  Mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

 

  1.  Membantu dalam merawat kanser

Ciri-ciri anti-oksida yang ada pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi dan mengelak sel barah tertentu terbentuk. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel kanser sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan agar dapat melawan sel kanser.

 

  1.  Membantu mengurangkan masalah pernafasan

Terdapat kajian dari Univerisity of Helsinki, Finland yang mencadangkan vitamin C untuk mengurangkan masalah sistem pernafasan seperti batuk, nafas berbunyi dan juga semput.

 

  1.  Mengurangkan simptom asma

Orang yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.

 

  1.  Membantu dalam mengurangkan simptom arthritis

Arthritis disebabkan oleh kegagalan proses sel yang membantu dalam penghasilan, penyelenggaraan dan pemulihan tisu tulang rawan. Tekanan fizikal ke atas tulang rawan memusnahkan kolagen dan juga memberi kesan pada penghasilannya. Disebabkan vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen,ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi bagi orang yang menghidap arthritis.

 

  1.  Mengurangkan risiko katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, punca kepada penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang atau mengurangkan risiko katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

 

  1. Mengandungi anti-oksida dan memberi perlindungan dari matahari
    Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat serta berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat” yang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan kanser kulit.

 

  1. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
    Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko menghidap tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

 

  1. Mengurangkan risiko keracunan plumbum.
    Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

 

  1. Membantu untuk kurus dan mengekalkan berat ideal
    Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

 

  1. Meningkatkan tenaga dalam badan
    Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

 

  1. Memperbaiki tekstur kulit dan warna kulit
    Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit menjadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit lebih gebu.

 

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C mencerahkan kulit berpunca dari masalah jeragat serta tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

 

  1. Mengurangkan Keguguran Rambut, melebatkan rambut, melawan masalah rambut dan mengelakkan dari uban dan kelumumur

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur serta menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon.

 

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah (penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat. Vitamin C adalah nutrien penting merawat rambut rosak dan menangani masalah rambut.

 

Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki. Vitamin C bukan sahaja mengatasi rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

 

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.Ia mengatasi masalah kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

 

 

Berapa harga Vitamin C Shaklee dan tahan berapa lama?

Satu botol Sustainable Release Vita-C Plus mengandungi 180 tablet. Disarankan makan 1-2 biji sehari untuk menampung keperluan vitamin C harian. Maka satu botol dapat tahan selama 3-6 bulan mengikut cara pemakanan masing-masing.

 

Harga vitamin C Shaklee ini sangat murah iaitu hanya RM0.57 sebiji jika dbandingkan dengan kelebihannya. Tetapi jika anda berdaftar sebagai ahli, anda boleh mendapat penjimatan sehingga 25- 30%.

Feedback / Maklum balas Pelanggan

 

 

Feedback Pelanggan - Vitamin C 2

Feedback Pelanggan - Vitamin C 1

Feedback Pelanggan - Vitamin C 4

Kesimpulannya, kita perlu pastikan badan kita mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi untuk mencegah daripada sebarang penyakit. Vitamin C ni larut air dan mudah musnah dalam badan. Kita perlu makan setiap hari untuk pastikan badan kita ni cukup vitamin C. Jika tak mampu cukupkan keperluan vitamin C melalui makanan, anda boleh mengamalkan Vitamin C Shaklee ni setiap hari. Boleh hubungi Kak Ni untuk tempahan Vitamin C Shaklee atau penerangan lanjut ya.

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898