Mendapat anak ialah idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua yang beruntung untuk dikurniakan dengan cahaya mata kerana ianya merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t Ada pasangan yang mudah dapat anak, ada juga pasangan yang perlu tunggu sampai bertahun-tahun untuk dapat anak. Ada yang dah cuba macam-macam cara, tetapi masih lagi belum ada rezeki. Berikut Kak Ni kongsikan beberapa punca pasangan lambat atau sukar anak. Jom kita lihat satu per satu apakah puncanya
1.Kecelaruan Ovulasi
Ovulasi tu adalah proses ovari keluarkan telur untuk disenyawakan. Ia berlaku sebulan sekali. Ovulasi berlaku 2 minggu sebelum haid biasanya. Biasanya ia berlaku pada hari ke 14 jika kiraan normal. Bila ovulasi tidak stabil , maka bilangan hari haid jadi tak normal. Ada yang haid beberapa hari aje, ada pula yang lama sampai berbulan-bulan. Bilangan hari haid yang normal adalah 28 hari. Hormon yang tak stabil adalah punca utama berlakunya ovulasi yang tak betul dan tak normal ni. Banyak faktor yang menyebabkan hormon tak stabil ni seperti telur tidak sihat, masalah pada kelenjar endokrin, kurang nutrisi, stress, Xenohormones, Gaya hidup yang tak sihat, kurang berat badan, terlebih berat badan (obesity), penggunaan ubatan yang mempunyai hormone (contoh pil perancang) dan masalah genetik
2.Bilangan Sperma yang Kurang
Bilangan sperma yang sihat adalah 20 juta dalam satu mL. Kurang daripada jumlah itu termasuk dalam sebab tidak subur kerana bilangan sperma yang kurang. Punca masalah sperma yang kurang adalah seperti
- Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pemakanan tidak terjaga, stress, pencemaran, masalah pakaian yang ketara
- antibodi yang anti-sperma
- masalah genetic
- organ peranakan yang rosak
- sedang membuat kemoterapi barah
3.Sperma yang tidak sihat
Sperma yang tidak sihat adalah termasuk motility (gerakan sperma, ekornya) dan morphology (bentuk sperma dan DNA). 25% kes ketidaksuburan adalah disebabkan sperma yang tidak sihat. Sebab ini lebih kurang sama dengan sebab kurang sperma walaupun tidak semua lelaki yang kurang bilangan sperma mengalami sperma yang tidak sihat dan sebaliknya.
4.Polysystic Ovary Syndrome (PCOS)
Tidak semua wanita yang dikesan ada PCOS ada semua simptom, ada yg ada 2 – 3 simptom sahaja. Ia dikesan dialami oleh 4-18% wanita. Sindrom ini terjadi adalah dari hormon badan yang tidak stabil. Bila hormon tak stabil, kitaran period terganggu, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah kulit, cysts kecil di ovari dan hirsutism (lebihan bulu pada badan/rambut gugur).
5.Endometriosis
35-50% ketidaksuburan pada wanita adalah disebabkan oleh endometriosis. Endometriosis adalah lebihan salutan endometrium pada uterus yang biasanya membesar bagi persediaan penerimaan telur yang disenyawakan, tetapi tidak keluar habis ketika period. Bila ia melekat pada bahagian badan yang lain dan kadang-kadang berlaku berdarahan di tempat tersebut.
6.Tiub Fallopio Tersumbat
Tiub fallopio adalah laluan membawa telur dari ovari ke uterus, jika ia tersumbat, telur tidak boleh keluar. 25% daripada kes ketidaksuburan adalah disebabkan tiub fallopio yang tersumbat Antara sebab tiub fallopio tersumbat adalah Penyakit Inflamasi Pelvik (PID), Endometriosis, fibroid dan mengandung luar rahim
7.Antibodi yang anti-sperma.
Antibodi terbentuk secara automatik oleh sistem imun badan yang boleh bunuh sperma. Bila antibodi ini banyak dalam badan, sperma susah nak sampai ke telur, peluang telur disenyawakan sangat tipis. Antibodi ni pun boleh bertindak kepada sperma yang berjaya mensenyawakan telur, maka berlaku keguguran.
Badan seorang lelaki boleh menghasilkan antibodi yang anti-sperma ini bila sperma ini bersentuh dengan sel imun badan mereka. Ia berlaku bila testikel luka seperti lepas pembedahan atau ada jangkitan pada kelenjar prostat. Testikel lindungi sperma dari sel imun, bila ia luka, sperma boleh mati. Lebih 70% lelaki yang mengalami vasektomi akan membentuk antibodi ini.
Sesetengah wanita ada tindakan alahan/alergi kepada sperma pasangannya. Ia mengaktifkan sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi yang anti-sperma yang serang sperma pasangan. Antara kes yang wujud adalah apabila tisu vagina terkena sperma dan timbul ruam atau kesakitan sebabkan oleh alahan itu.
8.Vas Deferens yang tersumbat.
Vas Deferens tersumbat juga dikenali epididymis yang tersumbat. Vas Deferens ni adalah tiub yang bawa sperma yang subur. Salur Varicose pada testikel adalah punca utama ia tersumbat. Penyakit kelamin juga boleh menyebabkan ia tersumbat.
9.Terlalu Banyak Makan Asid Lemak Trans
Asid lemak trans adalah lemak dan ia digunakan untuk bantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan sekaligus membaiki tekstur dan rasa banyak makanan yang diproses. Biarpun begitu, ia sebenarnya ramuan yang berbahaya buat tubuh badan manusia dan jika memakannya terlalu banyak, tubuh akan lemah seterusnya terdedah pada keradangan atau inflamasi saluran darah, kolesterol tinggi, sakit jantung koronari, strok, diabetes, kanser dan darah tinggi. Bagi wanita, jika terus mengambil makanan seperti donut, kek, biskut, makanan bergula, mentega, popcorn gelombang mikro, makanan segera bergoreng dan pizza beku umpamanya, anda akan menghidap penyakit ovulasi yang menyebabkan anda sukar untuk mendapat zuriat.
10.Masalah Keputihan Berlebihan
Keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Keputihan berpenyakit biasanya berwarna kuning pekat atau kehijauan, berbau yang busuk dan gatal. Lebih teruk lagi jika suami mula mengeluh kerana tidak selesa ketika ‘bersama’. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat. Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan ini akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Apabila kawasan penghasilan ovum terganggu, ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ovum yang tidak normal tidak akan mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat.
11.Bersenam lebih daripada kemampuan tubuh
Bersenam secara sihat memang membantu untuk menggalakkan kesuburan tetapi sangat penting untuk anda melakukannya dengan betul mengikut kemampuan. Ini kerana, apabila senaman dilakukan secara berlebihan, ia akan memberi impak negatif pada tubuh serta kitaran reproduktif seseorang. Kajian mendapati, senama berat yang dilakukan setiap hari mampu mengurangkan peluang kehamilan.
Kak Ni berharap senarai ini membantu pasangan yang masih belum mendapat zuriat agar berusaha mencari penawar atau rawatan yang sesuai. Kak Ni sarankan pasangan suami isteri pergi berjumpa dengan doktor atau pakar terlebih dahulu sebelum memcuba sebarang ubat atau rawatan lain. Set Suami Isteri Shaklee boleh membantu pasangan suami isteri,namun ia adalah makanan tambahan/ suplimen yang membantu tubuh agar bersedia untuk proses persenyawaan.
Salam sayang
Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves https://www.wasap.my/01116424898