15 Cara Kuruskan Badan Dengan Berkesan!

 

Ada diantara kita yang ada masalah berat badan yang susah nak turun. Ada yang sejak kecil lagi sudah mengalami masalah berat badan. Ada yang ketika bujang, ada yang selepas berkahwin, selepas melahirkan anak dan banyak lagi. Janganlah terlalu bimbang kerana di bawah ni Kak Ni kongsikan cara-cara agar anda dapat turunkan berat badan sehingga ke berat ideal. Jom kita tengok apa cara-caranya!

1. Makan dalam kuantiti yang kecil, perlahan-lahan menyunyah makanan dan kunyah sehinhha cebisan yang kecil.
Makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan banyak sekali gus.
Makan makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
2. Elakkan makan di waktu malam
Waktu yang cukup ideal untuk makan malam ialah sebelum atau selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, maka lemak akan banyak terkumpul dalam badan anda yang menyebabkan berat badan meningkat.
3. Elakkan makanan dan minuman bergula
Terdapat dua jenis gula:
1. Gula semulajadi (good) – gula yang sudah wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Gula tambahan (bad) – gula yang ditambah di dalam makanan untuk menaikkan perasa seperti di dalam kek, makanan ringan, air berkarbonat, jus di dalam tin, gula-gula, air kordial, aiskrim.
Berdasarkan American Heart Association (AHA), jumlah maksimum yang dibenarkan untuk pengambilan gula dalam sehari:
• Lelaki: 150 kalori per hari
• Wanita: 100 kalori per hari
Sebagai contoh, air tin minuman bergas 355ml mengandungi 140 kalori yang datang dari gula. Jadi, jika anda ingin kuruskan badan dan sihat, tinggalkan segala jenis makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan.
4. Tukarkan kepada makanan yang rendah lemak
Pilih menu harian yang kurang berminyak dan berlemak. Teliti juga kalori dan lemak dalam makanan yang dibeli.
5. Banyakkam makan buah buahan dan sayur sayuran
Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan dan sayur sayuran. Selain nutrien, buah-buahan dan sayur sayuran membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
Sayuran dan buahan adalah makanan terbaik wujud di muka bumi – rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.
Banyak hasil kajian menunjukkan, individu yang makan lebih banyak sayur dan buah didapati lebih sihat berbanding mereka yang tidak. Kebanyakan sayur sangat rendah kalori manakala buahan tinggi dengan serat yang menyebabkan anda terasa lebih kenyang kerana serat tidak dicerna oleh badan kita. Apabila rasa kenyang, secara automatik anda tak perlu risau tentang pengambilan kalori.
6. Banyakkan Minum Air Masak
Tidak ada satu pun kajian sains yang dapat membuktikan berapa banyak jumlah air perlu diambil dalam sehari.
Jika anda seorang yang aktif atau jenis kuat berpeluh, pastikan anda minum lebih banyak air untuk gantikan air dalam badan yang telah hilang tersebut.Tetapi, jika anda kurang aktif  seperti bekerja di pejabat, kurang bersenam, pastikan anda minum air tidak kurang daripada 8 gelas sehari.
Untuk menurunkan berat badan, satu kajian menunjukkan seorang yang sedang diet dan minum 500ml air sebelum makan berjaya turun 44% lebih berat dalam masa dua minggu berbanding mereka yang tidak. Satu lagi kajian, menyarankan untuk minum dua gelas air (500 ml) setengah jam sebelum makan supaya terasa lebih kenyang dan secara automatik mengawal pengambilan kalori. Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, anda hendaklah minum air masak.
7. Minum Teh Hijau
Untuk membakar lemak di dalam badan, lemak tersebut perlu dihancurkan oleh sel lemak dan dihantar ke saluran darah untuk digunakan sebagai tenaga. Dengan meminum teh hijau, sejenis hormon norepinephrine di dalam badan anda akan meningkat dan memaksa sel lemak membakar lemak dengan lebih efektif. Anda akan berjaya kuruskan badan dengan cepat apabila anda amalkan meminum teh hijau setiap hari.
Ini kerana teh hijau juga membantu pembakaran kalori walaupun anda dalam keadaan rehat/ tidak bergerak. Satu kajian telah dijalankan ke atas 240 orang lelaki dan wanita selama 12 minggu. Dalam kajian ini, kumpulan yang meminum teh hijau menunjukkan penurunan pada lemak badan, lemak di bahagian perut, dan ukur lilit pinggang lebih slim.
8. Buat Sedikit Senaman Aerobik (Cardio)
Senaman aerobik sangat berkesan untuk anda kuruskan badan dengan cara betul dan membakar lemak terutama di bahagian perut.
Dalam satu kajian, senaman selama 6 minggu yang fokus pada bahagian abdomen semata-mata tidak menunjukkan sebarang perubahan pada ukur lilit pinggang dan tiada penurunan lemak yang ketara. Tetapi, dengan melakukan senaman cardio seperti berjalan, berlari, berenang – telah menunjukkan pengurangan lemak di bahagian perut menurut beberapa kajian.
9. Tidur Dengan Cukup (8 jam Sehari)
Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup memberi risiko 89% untuk terjadinya obesiti pada kanak-kanak dan 55% pada dewasa.Tidur yang tidak cukup juga antara punca kenaikan berat badan.
Jadi, cuba usahakan untuk tidur yang secukupnya (lebih kurang 8 jam) setiap hari dan waktu yang paling sesuai untuk masuk tidur adalah antara 10-12 malam.
10. Guna Pinggan Lebih Kecil
Hahaha, pelikkan tapi ia memang berkesan. Menggunakan pinggan lebih kecil amat membantu ini kerana anda akan makan kurang kalori.
11. Banyakkan protein dalam makanan
Protein digunakan untuk membina otot, tendon, organ, enzyme, hormon dan banyak lagi. Protein juga memainkan peranan utama dalam proses anda mengurangkan berat badan.
Kenapa perlu makan lebih protein? Ini kerana Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak dan meningkatkan metabolisma sehingga 80-100 kalori per hari.  Di samping itu selera makan anda akan berkurang apabila mengambil protein dalam diet.
Dalam satu kajian pada seorang yang obesiti,  protein pada 25% kalori memberi rasa lebih kenyang, mengurangkan keinginan makan lewat malam dan kurang berfikir pasal makanan setinggi 60%.
12. Lupakan diet dan makan makanan seimbang
Bertambah pelik tips Kak Ni kan. Tapi secara psikologi,  apabila setiap masa terlalu memikirkan pasal diet, lama-lama anda akan berputus asa dan akan protes dengan makan lebih banyak. Betul tak?  Oleh itu, fikir dan fokus untuk makan makanan yang lebih sihat sahaja insyallah sangat membantu.
13. Mesti bersarapan pagi
Ramai yang beranggapan dengan tidak mengambil sarapan pagi, berat badan boleh dikurangkan dengan efektif. Sebenarnya, tindakan ini akan melambatkan metabolisme tubuh.   Pemakanan sarapan pagi yang betul dan seimbang juga akan membantu anda untuk kempiskan perut, malahan anda lebih bertenaga.
14. Banyakkan pergerakan
Banyak bergerak seperti larian, berjongging, berjalan, berenang, berbasikal, naik turun tangga adalah satu senaman yang mudah selain untuk kesihatan yang baik ia juga mampu membakar kalori atau lemak di dalam tubuh selepas pergerakan badan seperti larian dan senaman sering dilakukan.
15. Mengambil Set Kuruskan Badan Shaklee
Shaklee ada 6 jenis suplimen yang sesuai untuk menurunkan berat badan dengan efektif. Set kurus Shaklee menawarkan konsep 3B iaitu BAKAR, BUANG dan BINA. Jom kita lihat satu-satu suplimen Shaklee ini.
BAKAR
1. Omega Guard
Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mampu menjadi Booster untuk menguruskan badan dengan cepat. Ia berfungsi membakar lemak-lemak yang dah lama termendap dalam badan dan menjadi agen pembakar lemak untuk bantu turunkan berat badan.

Selain itu, Omega Guard juga boleh rangsang penghasilan hormon Leptin iaitu sejenis hormon yang beri signal kepada otak yang badan kita supaya kita tidak cepat lapar. Ia juga meningkatkan tahap metabolisma tubuh, mengurangkan penghasilan lemak perlindungan di pinggang, mengurangkan selera makan dan menukarkan lemak kepada tenaga.
 
Ibu menyusu yang nak kuruskan badan amat sesuai untuk ambil Omega Guard ini sebagai bahan pembakaran dalam badan.
 
2. Lecithin
Lecithin pula berfungsi sebagai pengemulsi lemak. Lecithin ini sesuai untuk lemak-lemak baru yang datang dari makanan kita setiap hari. Ia akan mengemulsikan lemak baru ni dalam erti kata lain memecahkan lemak kepada ketulan-ketulan kecil dalam bentuk cecair supaya tidak melekat didinding saluran darah. dan senang dibakar.
Di samping itu Lecthin membantu menurunkan paras kolesterol dengan mencarikan lemak dan menghalang mengumpulan kolesterol. Kolina yang terdapat dalam Lecihtin akan meningkatkan metabolisma dan membakar lemak dengan cepat. Lecithin juga membantu melindungi sel dengan memastikan pergerakan lemak, zat dan lebihan ke seluruhan badan.
BUANG
1. Alfafa Complex
Alfafa Complex pula membantu detox seluruh badan. Alfafa Complex akan membantu membuang toksin-toksin dan lemak yang dibakar oleh Omega Guard / Lecithin keluar dari badan.
Ibu menyusu yang nak kurus amat sesuai untuk ambil Alfafa Complex ini sebagai bahan detox dalam badan do samping menambahkan lagi susu badan dan bertindak sebagai Kacip Fatimah.
2. Herblax
Herb- Lax diperbuat dari 9 jenis herba yang berkesan dan selamat untuk memperbaiki tahap pencernaan perut.
Herblax lebih power dari Alfafa Complex. Ini kerana Herblax dispesifik untuk detox usus (organ penting untuk pastikan nutrien makanan terserap dengan sempurna. Jadi jika anda ada masalah sembelit, lebih elok mulakan detox dengan Herblax.
Selain itu, Herblax membantu mengoptimumkan prestasi pencernaan dan serapan zat dan mengeluarkan toksik daripada tubuh. Ia juga mengeluarkan air berlebihan yang disimpan dalam tubuh yang mengakibatkan perut buncit. Hasilnya bukan sahaja anda akan kurus tetapi perut akan sihat dan kempis!
BINA
1.Energized Soy Protein (ESP)

Pengambilan ESP akan memberi tenaga dan rasa kenyang kepada perut.  Ia akan membentuk otot yang tegang dan memberi bentuk tubuh yang sangat cantik dan tidak menggeleber. Selain itu, ESP juga akan mencantikkan lagi payudara (dan menegang) dan mencantikkan kulit dengan mencerahkan dan mengatasi jerawat.

Ibu menyusu yang nak kurus amat sesuai untuk ambil ESP ini kerana ia memberi rasa kenyang kepada ibu dan bayi serta menambahkan susu badan.

2. Cinch
Dalam satu hidangan Cinch ada nutrisi lengkap untuk satu hidangan orang dewasa. Cinch juga ada “Leucine”, yang bantu kekalkan jisim otot sewaktu dalam proses diet. Apabila jisim otot berkurangan, keupayaan metabolisma badan turut berkurangan dan memudahkan untuk kita turun berat badan
Kesimpulannya, ada cara untuk kuruskan badan dan anda tak perlu berputus asa. Set Kuruskan Badan Shaklee juga membantu anda mencapai berat badan ideal. Tapi supplimen yang mana yang sesuai untuk saya? Jangan risau hubungi je terus Kak Ni. Kak Ni akan tolong korang dapatkan set Shaklee yang sesuai, cara makan dan bantu sehingga anda dapat mencapai impian anda!
 
 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898