Cara Merawat Darah Tinggi Dengan Shaklee

Apa itu Darah Tinggi?

Darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi adalah penyakit berkaitan kardiovaskular yang paling biasa berlaku. Tekanan darah merujuk kepada tekanan darah ke atas dinding arteri . Ia berdasarkan jumalah darah yang dipam oleh jantung dan jumlah darah ini ada had tertentu. Darah tinggi juga adalah tanda jantung dan saluran darah bekerja lebih.

Makin tinggi tekanan darah makin banyak darah di pam dan makin sempit arteri. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh membawa kepada masalah jantung dan stroke.

Di Malaysia berdasarkan kajian kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (Jan 2010), sebanyak 4.8 juta orang (43%) rakyat yang berumur 30 tahun ke atas menghidapi penyakit darah tinggi.

Darah tinggi

 

Bacaan Darah Tinggi

Kebanyakan dari kita tidak sedar bahawa kita mempunyai sakit darah tinggi kecuali melalui pemeriksaan dengan pakar. Dengan menggunakan peralatan untuk memeriksa tekanan darah tinggi, 2 jenis bacaan akan diambil iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure.

  • Systolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.
  • Diastolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.

Bacaan tekanan darah ditulis dengan cara nombor Sistolik di atas nombor Diastolik. Contohnya, 118/75 mmHg. 118 ialah bacaan Sistolik, manakala 75 ialah bacaan Diastolik. Tekanan darah yang lebih tinggi dari 120/80 mmHg di kategorikan sebagai tekanan darah luar biasa.

Blood pressure reading

 

Tanda Tekanan Darah Tinggi

Di antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah

  • Biasanya tidak ada gejala yang jelas
  • Ada yang sakit kepala, pening pada waktu pagi, bahagian belakang kepala rasa berdenyut
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Denyutan jantung tak sekata
  • Masalah penglihatan
  • Ada darah dalam urin

 

Siapa yang berisiko mendapat darah tinggi?

  • Ahli keluarga yang ada sejarah tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau diabetes
  • Berumur lebih 55 tahun
  • Obesiti / berat berlebihan
  • Individu yang kurang aktif
  • Merokok
  • Diet tinggi garam
  • Minum alkohol
  • Menggunakan ubatan seperti aspirin, ibuprofen, dadah kokain, etc

Komplikasi Pesakit Darah Tinggi

  • Kegagalan fungsi jantung, serangan jantung & boleh bawa kematian
  • Pembuluh darah menjadi keras
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Stroke, angin ahmar
  • Pendarahan dan kerosakan mata di kawasan yang sensitif dengan cahaya
12 Amalan untuk pesakit darah tinggi

Anda boleh juga amalkan 12 perkara ini untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi:

  1. Turunkan berat badan berlebihan
  2. Lakukan senaman dengan kerap
  3. Makan makanan yang seimbang
  4. Kurangkan pengambilan garam
  5. Kurangkan pengambilan alkohol
  6. Berhenti merokok
  7. Kurangkan pengambilan kafein
  8. Kurangkan stress
  9. Sentiasa periksa tekanan darah di rumah dan berjumpalah doktor selalu
  10. Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan
  11. Makan ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  12. Set Darah Tinggi Shaklee
Bagaimana Set Darah Tinggi bantu pesakit darah tinggi?

Inilah di antara vitamin dan mineral penting yang Kak Ni sarankan untuk bantu mengawal tekanan darah tinggi.

1. Omega Guard

Asid lemak Omega 3 dalam Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, mencegah pembekuan darah dalam badan, melambatkan pembentukan plak di dalam salur arteri, serta meregulasikan kadar degupan jantung supaya tidak menjadi luar biasa.

Omega Guard

2. Garlic Complex

Bawang putih bantu mencairkan darah, membersihkan darah, dan melancarkan pengaliran darah. Kajian perubatan membuktikan bawang putih bantu menenangkan saraf dan menguatkan jantung. Pengambilan suplemen bawang putih (Garlic Complex) dalam jumlah yang sesuai, bantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dalam badan, sekaligus bantu menurunkan tekanan darah tinggi. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

Garlic Shaklee

3. Coqtrol

Kandungan Coqtrol adalah CoQ10 yang penting kepada badan kita. CoQ10 adalah bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah.

Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Coqtrol

4. Phytocol

Phytocol- ST adalah antara produk terbaru dari Shaklee yang dihasilkan khas untuk menurunkan kolestrol yang tinggi. Phytocol mengandungi 2000mg fitosterol. Fitosterol menjaga keseimbangan membran fosfopid dari sel tumbuhan, seperti kolesterol pada membran sel manusia. Ia memiliki kemampuan untuk berkompetisi dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kompetisi ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh.
Selain tu, ia juga dapat berperanan dalam mencegah terjadinya kanser. Ia juga bermanfaat sebagai anti pembentukan plak dalam pembuluh darah, anti radang, anti oksidan dan anti kanser

Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan penambahan 2000mg fitosterol ke dalam diet harian boleh merendahkan paras kolestrol secara semulajadi. Fitostetol membantu menghalang penyerapan kolestrol secara semulajadi dengan cara menjadi benteng dari penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah.Mekanismenya adalah melalui fitosterol dalam bentuk micelle akan bergabung dengan komplek  lemak bebas, monogliserida dan garam hempedu yang akan diserap oleh mukosa sel usus halus

5. Vivix

Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Gerontologi: tekanan darah. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam vivix boleh membantu dengan tekanan darah yang boleh membantu mencegah strok. Bagaimana? Dengan meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil manusia oksida nitrik endothelial synthase yang kemudiannya menghasilkan nitrik oksida-ejen yang meluaskan saluran darah dan kawalan tekanan darah .

Tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, boleh membawa kepada serangan jantung, kegagalan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Vivix

 

Bagaimana set Darah Tinggi membantu pesakit darah tinggi

Untuk menurunkan darah tinggi, Kak Ni ada sarankan beberapa set yang boleh membantu pesakit darah tinggi. Anda boleh ambil semua atau pilihan secara berasingan, namun memanglah saya syorkan pengambilan set lengkap terus.

1. Vivix
2. Vivix + Coqtrol + Omega
3. Omega + Garlic

4. Omega + Garlic + Phytocol
5. Vivix + Omega + Garlic

6. Coqtrol + Phytocol

7. Vivix + Omega

8. Vivix + Phytocol+ Coqtrol + Omega + Garlic

Anda disarankan merawat darah tinggi segera supaya risiko komplikasi darah tinggi seperti strok, sakit jantung dan lain-lain dapat dielakkan. Jom ikhtiar sembuhkan darah tinggi anda dengan Set Darah Tinggi Shaklee!

Jika anda menjadi ahli akan dapat harga istimewa iaitu jimat sehingga 25% dan kos menjadi ahli hanyalah RM79.90 (Semenanjung Malaysia) sahaja seumur hidup. Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma!

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898