Set Ramadhan Shaklee Bantu Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Pejam celik pejam celik, sekarang dah bulan Rejab, lagi beberapa bulan Ramadhan nak tiba. Bulan Rejab dan Syaaban ni, kebiasaannya kebanyakan wanita akan berpuasa qada’ menggantikan puasa yang tertinggal Ramadhan lepas. Tidak kurang juga ramai yang berpuasa sunat untuk melatih diri berpuasa menjelang Ramadhan nanti.
Kenapa Set Ramadhan Shaklee?

Di sini Kak Ni nak kongsikan kebaikan Set Ramadhan Shaklee dan macam mana ia membantu kita untuk berpuasa.

Set Ramadhan Shaklee ini sangat membantu kita untuk berpuasa dengan lebih bertenaga, mengelakkan badan letih lesu akibat dari dehidrasi, serta membantu badan memperolehi nutrisi harian yang mencukupi walaupun sedang berpuasa.

Set Ramadhan Shaklee ini terdiri daripada 4 produk utama iaitu Energizing Soy Protein, Performance Drink Orange, Meal Shakes dan Lecithin. Berikut ialah kebaikan setiap satu produk:

1. Energized Soy Protien (ESP)

ESP ialah sumber protien yang berasaskan soya yang selamat kerana ia menggunakan soya Non-GMO. ESP diperlukan untuk menjaga kecantikan dan  sel-sel dalam tubuh sesaorang. Sel adalah ibarat batu-bata pada sebuah dinding. Kekuatan sesebuah dinding itu terletak pada kualiti setiap unit batu bata tersebut. Begitu dengan tubuh kita, mestilah bermula dengan sel-sel, unit terkecil dalam tubuh kita.

ESP juga berkhasiat memberi rasa kenyang, mengelakkan sakit perut disebabkan gastrik, keracunan makanan dan angin yang kerap terjadi sepanjang berpuasa.

ESP Shaklee

2. Mealshake

Mealshake mengandungi 24 vitamin dan mineral lengkap untuk memberikan tenaga yang lebih di siang hari dan mengelakkan kelesuan akibat kekurangan vitamin dalam badan.

Rasanya yang sangat enak seperti aiskrim memberikan aroma baru pada yang mengamalkannya.

Mealshake ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Jadi kalau korang nak bantu anak-anak korang berpuasa boleh berikan Mealshake supaya cukup keperluan makanannya ketuka berpuasa.

Mealshake

 

3. Performance Drink (PD)

PD berfungsi untuk menghilang dahaga ketika berpuasa. Menurut kajian klinkal, PD membantu untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

PD juga sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Bayangkan PD mampu membantu kepada korang dan keluarga korang menjalani ibadah puasa sepenuhnya.

Performance Drink

4. Lecithin

Bila kita puasa kita akan makan macam-macam makanan yang sedap. Lecithin bertindak sebagai pengemulsi minyak. Jadi walaupun makan macam-macam tidaklah kita risau sangat lemak yang akan bertapa dalam badan nanti.

Lecithin

 

Siapakah yang memerlukan Set Ramadhan Shaklee

Set Ramadhan Shaklee ini boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat, dari yang muda sehinggalah warga emas.

Malah, amat sesuai diamalkan untuk kanak-kanak yang sedang belajar berpuasa juga. Untuk kanak-kanak, memadai pengambilan Meal Shakes dan Performance Drink.

Lebih penting, set Ramadhan Shaklee ini sangat digalakkan untuk ibu-ibu yang sedang hamil ataupun sedang menyusu bayi. Ia sangat membantu ibu-ibu menyusu (terutama ibu-ibu yang mengepam susu) mengekalkan penghasilan susu ibu sepanjang berpuasa.

Berikut ialah senarai individu yang sangat digalakkan mengambil Set Ramadhan Shaklee:

1. Orang yang sedang menjalankan ibadah berpuasa.

2. Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan.

3. Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.

4. Individu yang memerlukan lebih tenaga.

5. Individu yang kurang minum air.

6. Individu melakukan aktiviti lebih tenaga seperti ahli sukan, yang bekerja berat

7. Individu yang perihatin terhadap kesihatan dengan mementingkan

8. Individu yang selalu kena berjemur dibawah matahari seperti pekerja di bahagian pembinaan

Insyallah dengan Set Ramadhan Shaklee, anda akan lebih bertenaga, kurang lesu sepanjang berpuasa dan masih dapat melakukan ibadah solat sunat seperti Tarawih, Tahajud dan sebagainya.

Jika anda menjadi ahli akan dapat harga istimewa iaitu jimat sehingga 25% dan kos menjadi ahli hanyalah RM79.50 (Semenanjung Malaysia) sahaja seumur hidup. Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898