7 Cara Menjaga Luka Pembedahan Agar Cepat Sembuh

Penjagaan luka selepas pembedahan seperti luka bersalin, luka apendiks, luka cyst dan lain-lain lagi, adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Ini kerana jika luka tersebut tidak dijaga rapi ia mungkin akan dijangkiti oleh kuman.

Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau jika tidak berhati-hati dan menjaga luka dengan baik.

Pembedahan

 

Kenapa Luka Lambat Sembuh?

Banyak faktor yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh. Antara sebab luka pembedahan lambat sembuh disebabkan oleh cara membersihkan luka yang tidak betul. Tindak balas tubuh badan pesakit untuk cepat sembuh juga antara sebab luka pembedahan lambat sembuh.

Antara golongan pesakit yang berisiko tinggi luka pembedahan lambat sembuh dan berisiko mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan adalah :-

  • Warga Emas (orang yang berumur lebih 60 tahun)
  • Pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kekurangan nutrisi seimbang
  • Pesakit yang kurang Vitamin C
  • Pesakit kronik seperti pesakit diabetes, pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi & kimoterapi
  • Pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan steroid
  • Penghisap rokok

Luka pembedahan yang lambat sembuh, berkemungkinan akan dijangkiti kuman dan membuatkan keadaan luka tersebut menjadi lebih teruk dan bernanah di bahagian dalam.

 

7 Tips Penjagaan Luka Selepas Pembedahan

 

1. Bergerak seawal yang mungkin

Walaupun selepas pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Jadi, bagi yang bersalin secara pembedahan jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.

 

2. Minum banyak air

Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda. Kalau anda kurang minum air nanti anda mungkin mendapat sembelit (sukar membuang air besar). Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

Drinking Water

 

3. Jangan ambil ubat lain

Pengambilan apa-apa ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana kemungkinan besar ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.

 

4. Ambil Suplimen

Pengambilan suplimen seperti multivitamin, vitamin B, zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar menambah suplimen zink, vitamin C dan protein tambahan kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

 

5. Pastikan luka kering dan bersih

Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru.

 

6. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan

Lazimnya anda yang menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik dengan perlahan- lahan dan sangat digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut kemampuan anda. Jangan paksa diri anda tau

 

7. Minta bantuan ahli keluarga

Anda bukanlah superwoman/superman. So, janganlah segan untuk meminta bantuan ahli keluarga anda.

 

Apa akan terjadi jika luka pembedahan dijangkiti kuman?

Luka pembedahan yang kecil lebih mudah dan cepat sembuh. Namun bagi luka pembedahan yang besar (major surgery), mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Jadi, risiko untuk dijangkiti kuman lebih tinggi. Antara tanda-tanda luka sudah dijangkiti kuman ialah :-

  • Luka membengkak
  • Rasa sakit
  • Warna luka berubah menjadi lebih gelap
  • Bernanah

Bila luka pembedahan dah mula dijangkiti kuman, masalah yang lebih besar akan berlaku. Dan terpaksa menanggung sakit akibat jangkitan. Bertindaklah supaya luka pembedahan anda lebih cepat sembuh dan elakkan daripada dijangkiti kuman.

Untuk mengelakkan luka pembedahan lambat sembuh dan dijangkiti kuman, pastikan tips yang saya kongsikan di atas tadi dibuat sepenuhnya. Dan pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan seimbang supaya tubuh badan anda lebih mudah bertindakbalas untuk proses penyembuhan.

 

Bagaimana Set Pembedahan Shaklee boleh membantu anda yang baru selesai pembedahan?

1. Vivix

Mengimpak mekanisma utama penuaan selular. Satu-satunya suplemen yang boleh membaiki sel sehingga ke peringkat DNa. Sangat disarankan pengambilannya, terutamanya bagi pesakit-pesakit kronik.

Vivix shaklee

2. Energize Soy Protein ( ESP)

ESP merupakan protein yang berasaskan dari soya yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain ia diperbuat dari soya non-Gmo yang berkualiti, ia juga mempunyai protein lengkap dan terbaik serta rendah indeks glisemik.

ESP membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.

ESP Shaklee

3. Vitalea

Vitalea merupakan multivitamin yang tertua di dunia. Ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

Biasanya orang yang baru menjalani pembedahan akan berpantang daripada makan macam-macam makanan. Jadi bagi mengelakkan mereka daripada kekurangan nutrisi, Vitalea amat membantu untuk melengkapkan keperluan zat tersebut setiap hari.

Vitalea Shaklee

4. Sustainable Release Vita C (Vitamin C)

Vitamin C membantu membaik pulih tisu, penyembuhan luka, serta menigkatkan sistem imun pesakit. Sebiji Vitamin C Shaklee, mngandungi 500mg akan dilepaskan secara berterusan selama 5 jam, iaitu menyamai 7 biji buah oren

Ia juga membantu pembentukan kolagen dalam badan serta turut membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita.

vitamin C Shaklee

5. B Complex

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B Complex yang sangat penting untuk keperluan badan. Mampu mengatasi kelesuan pada tubuh, penting untuk kesihatan mental bagi mengelakkan kemurungan dan juga bertindak sebagai penenang. Ia juga penting untuk saraf.

Mereka yang baru lepas menjalani pembedahan, biasanya akan berasa lesu dan lemah akibat kesan daripada ubat bius yang digunakan semasa pembedahan. Jadi, mereka sangat perlukan B Complex untuk mencegah kelesuan dan mengelakkan kemurungan akibat kesakitan yang dialami. Apabila kita gembira, luka kita juga akan cepat sembuh.

B complex shaklee

6. Zink Complex

Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun – semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka. Zink Complex Shaklee lebih mudah diserap oleh tubuh dan akan mempercepatkan proses baik pulih luka anda.

Zink Complex

7. Ostematrix

Membekalkan kalsium yang mencukupi untuk badan, di samping membantu pesakit agar sentiasa sihat kerana ia juga berfungsi mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan mengurangkan masalah sembelit.

Ostematrix

 

Pilihan Set Pembedahan

1. Vivix + ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex + Ostematrix

2. Vivix

3. ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex

4. ESP + Zink Complex / Vitalea + Vitamin C

Set mana yang bagus untuk saya? Sudah tentu set no 1. Tetapi jika anda ada masalah budget, anda boleh pilih set yang lain.

Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Pesanan Kak Ni jagalah luka pembedahan anda baik-baik. Pastikan ia tidak dapat jangkitan kuman. Kerana bila kuman dah jangkiti, amat susah kerana luka anda akan dicuci dan dijahit semula (bagi sesetengah kes) yang akan menyebabkan anda mengalami kesakitan banyak kali.

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/601116424898

Cara merawat dan mencegah gout dengan berkesan!

Hari ni Kak Ni nak cerita sedikit tentang sejenis penyakit yang selalu dihidapi oleh orang lelaki iaitu penyakit Gout.
Sakit ni bila terkena akan mengalir ait mata.  Susah nak kata tetapi hanya pesakit gout yang tahu betapa sengsaranya penyakit yang dialami. Bengkak sana sini, nak bergerak pun sikda. Sebelum Kak Ni ceritakan dengan lebih lanjut tentang rawatan Gout, Kak jelaskan dulu apa itu penyakit gout.
Apakah penyakit Gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun, bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Penyakit gout ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Ia berlaku di dalam 1% daripada populasi manusia. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.Gout

 

Apakah tanda pengidap penyakit gout?

Di dalam kes-kes serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan yang amat sangat.

Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki, sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga biasanya mengalami kekangan  sendi pada waktu pagi.

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

 

Komplikasi pesakit gout

Dalam jangkamasa panjang, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi serta kecacatan rupa atau kebengkokan (deformity) pada sendi-sendi ini.

Sekiranya kita lihat pesakit Gout ini, kita akan dapat lihat benjolan-benjolan  di bawah kulit pesakit. Benjolan ini dikenali sebagai ‘tophi’ atau ‘Rheumatoid nodules’. Ia juga disebabkan oleh pengumpulan asid urik. Ia biasanya terbentuk pada bahagian siku, cuping telinga, jari-jari tangan dan buku lali kaki. Ia juga boleh berkumpul membentuk ’batu karang’ dalam saluran air kencing. Selain itu, penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Apakah punca Gout?
Faktor penyebab utama gout di dalam 95% pesakit ialah faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.
Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan. Bila asid urik di mendap, lama-kelamaan akan jadi hablur garam yang mencetuskan rasa sakit sendi tu.
 Gout

Bagaimana cara rawat Gout?

Rawatan bagi pesakit Gout boleh dibahagikan kepada dua. Pertama semasa serangan Gout Akut, dan yang kedua iaitu, cara-cara mengelakkan serangan Gout.

Semasa serangan Gout Akut, pesakit akan diberikan sejenis ubat yang dikenali sebagai Colchicine dan juga ubat tahan sakit. Di samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki yang diserang perlu diangkat tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan. Pesakit perlu minum lebih air masak bagi mempercepatkan proses penyembuhan kerana lebihan asid urik akan dikumuhkan melalui air kencing.

Setelah serangan reda, pesakit akan diberi ubat yang dikenali sebagai Allupurinol (Zyloric) bagi mengawal kandungan asid urik di dalam badan.

 

Makanan yang harus dielakkan oleh pesakit gout

Terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi  kandungan Purine (sejenis asid amino) di mana boleh menyebabkan penghasilan asid urik yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat serangan Gout.

Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti:

  • Ikan – bilis, sardin, salmon, kembong
  • Isi Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab,  khinzir
  • Ibu roti
  • Organ dalaman seperti hati, buah pinggang jantung, otak
  • Kerang, kepah, ketam, udang galah
  • Kekacang – kacang panjang, kacang pea, kacang tanah
  • Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus, bunga kubis
  • Cendawan
  • Minuman beralkohol
  • Daging cincang, ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Roti dan bijirin

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ini tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka tidak boleh makan sesuatu sehinggalah mereka terkena serangan Gout ini setelah memakan makanan tersebut.

Pesakit yang menghidapi penyakit Gout disarankan supaya elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi kandungan Purine yang tinggi serta mengambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor.

10 Cara mencegah gout

 

1.Rehatkan sendi semasa serangan gout.

2. Ubat-ubatan anti-radang. Pesakit gout dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor bagi mendapat ubat yang bersesuaian. Doktor mungkin akan berikan pesakit gout colchicine, seroid dan banyak lagi.

3.  Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

4. Menjaga berat badan kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan

5. Mengelakkan minuman keras atau beralkohol

6. Mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

7. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

8. Minum banyak air

 

Kesan Penyakit Gout

Jika penyakit gout ini dibiarkan berlanjutan serangan sakit sendi yang berulang-ulang akan menyebabkan terjadinya kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Selain itu akan terhasil pembentukan batu karang yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan akan mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Selain mendapat rawatan daripada Doktor pesakit gout juga boleh mencuba rawatan alternatif dengan pengambilan supplement Shaklee. Tujuan rawatan yang diambil adalah penting untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan kekerapan serangan dan mengelakkan berlakunya komplikasi penyakit gout seperti yang Kak Ni ceritakan di atas.

Apakah suplimen yang sesuai untuk membantu pesakit gout?

1. Vivix

Vivix memperbaiki DNA dan membantu membaiki kerosakan dalam sel darah dengan menstabilkan asid urik kepada tahap yang normal. Ia mengurangkan inflamasi dengan cara membaiki sel yang rosak dan bengkak dan kemudian menghasilkan sel baru yang sihat.
Selain itu Vivix juga meningkatkan penghasilan tenaga supaya pesakit rasa bertenaga. Ia juga dapat membantu mengelakkan pengumpulan protein AGE (Advanced Glytacon End Product ) hasil pengikatan gula & protein berlebihan dalam badan yang mengundang penyakit salur darah. Pesakit gout mengalami kerosakan dalam sel darah, dan jika salur darah rosak maka pesakit gout akan menjadi lebih kritikal.
Vivix shaklee
2. Alfafa Complex
Alfafa membantu menyingkirkan toksik secara lembut dari badan secara semulajadi dan selamat dan dapat menyingkarkan asid urik dalam darah. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox.
Alfafa Shaklee
3. Omega guard
Kandungan Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yanh merupakan asid lemak 3 dalam Omega Guard mampu mengurangkan keradangan sendi dan memberi keselesaan kepada sendi ke arah lebih baik.
Omega Guard
 4. Performance Drink
Performance drink dapat membantu memelihara dan mengekalkan keseimbangan kandungan air dalam badan anda supaya tidak berlaku dehidrasi. Ia juga dapat menggantikan air yang hilang ini kerana pesakit gout perlu lebih kerap kencing bagi menyingkirkan asid urik.
 Performance Drink
Perlukah pesakit gout makan kesemua suplimen ini? Di sini Kak Ni nyatakan 3 pilihan kepada pesakit gout seperti di bawah.
Set 1: Vivix
Set 2: Alfafa Complex, Omega Guard dan Performance Drink
Set 3: Vivix, Alfafa Complex, Omega Guard dan Performance Drink
Set manakah yang bagus untuk pesakit gout? Set yang terbaik ialah set yang mengandungi Vivix (Set 1 atau Set 3) kerana ia memperbaiki sel dan DNA pesakit agar sembuh sepenuhnya. Namun jika anda ada masalah budget, anda boleh cuba Set 2 yang juga boleh membantu pesakit gout. Ianya juga berkesan cuma akan ambil sedikit masa. Lambat sikit berbanding Vivix.

Pesakit gout disarankan mendapatkan rawatan segera agar kerosakan sendi dapat dielakkan. Jom ikhtiar sembuhkan penyakit gout anda dengan Set Gout Shaklee!

Jika anda menjadi ahli akan dapat harga istimewa iaitu jimat sehingga 25% dan kos menjadi ahli hanyalah RM79.50 (Semenanjung Malaysia) sahaja seumur hidup. Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Cara Merawat Darah Tinggi Dengan Shaklee

Apa itu Darah Tinggi?

Darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi adalah penyakit berkaitan kardiovaskular yang paling biasa berlaku. Tekanan darah merujuk kepada tekanan darah ke atas dinding arteri . Ia berdasarkan jumalah darah yang dipam oleh jantung dan jumlah darah ini ada had tertentu. Darah tinggi juga adalah tanda jantung dan saluran darah bekerja lebih.

Makin tinggi tekanan darah makin banyak darah di pam dan makin sempit arteri. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh membawa kepada masalah jantung dan stroke.

Di Malaysia berdasarkan kajian kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (Jan 2010), sebanyak 4.8 juta orang (43%) rakyat yang berumur 30 tahun ke atas menghidapi penyakit darah tinggi.

Darah tinggi

 

Bacaan Darah Tinggi

Kebanyakan dari kita tidak sedar bahawa kita mempunyai sakit darah tinggi kecuali melalui pemeriksaan dengan pakar. Dengan menggunakan peralatan untuk memeriksa tekanan darah tinggi, 2 jenis bacaan akan diambil iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure.

  • Systolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.
  • Diastolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.

Bacaan tekanan darah ditulis dengan cara nombor Sistolik di atas nombor Diastolik. Contohnya, 118/75 mmHg. 118 ialah bacaan Sistolik, manakala 75 ialah bacaan Diastolik. Tekanan darah yang lebih tinggi dari 120/80 mmHg di kategorikan sebagai tekanan darah luar biasa.

Blood pressure reading

 

Tanda Tekanan Darah Tinggi

Di antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah

  • Biasanya tidak ada gejala yang jelas
  • Ada yang sakit kepala, pening pada waktu pagi, bahagian belakang kepala rasa berdenyut
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Denyutan jantung tak sekata
  • Masalah penglihatan
  • Ada darah dalam urin

 

Siapa yang berisiko mendapat darah tinggi?

  • Ahli keluarga yang ada sejarah tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau diabetes
  • Berumur lebih 55 tahun
  • Obesiti / berat berlebihan
  • Individu yang kurang aktif
  • Merokok
  • Diet tinggi garam
  • Minum alkohol
  • Menggunakan ubatan seperti aspirin, ibuprofen, dadah kokain, etc

Komplikasi Pesakit Darah Tinggi

  • Kegagalan fungsi jantung, serangan jantung & boleh bawa kematian
  • Pembuluh darah menjadi keras
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Stroke, angin ahmar
  • Pendarahan dan kerosakan mata di kawasan yang sensitif dengan cahaya
12 Amalan untuk pesakit darah tinggi

Anda boleh juga amalkan 12 perkara ini untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi:

  1. Turunkan berat badan berlebihan
  2. Lakukan senaman dengan kerap
  3. Makan makanan yang seimbang
  4. Kurangkan pengambilan garam
  5. Kurangkan pengambilan alkohol
  6. Berhenti merokok
  7. Kurangkan pengambilan kafein
  8. Kurangkan stress
  9. Sentiasa periksa tekanan darah di rumah dan berjumpalah doktor selalu
  10. Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan
  11. Makan ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  12. Set Darah Tinggi Shaklee
Bagaimana Set Darah Tinggi bantu pesakit darah tinggi?

Inilah di antara vitamin dan mineral penting yang Kak Ni sarankan untuk bantu mengawal tekanan darah tinggi.

1. Omega Guard

Asid lemak Omega 3 dalam Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, mencegah pembekuan darah dalam badan, melambatkan pembentukan plak di dalam salur arteri, serta meregulasikan kadar degupan jantung supaya tidak menjadi luar biasa.

Omega Guard

2. Garlic Complex

Bawang putih bantu mencairkan darah, membersihkan darah, dan melancarkan pengaliran darah. Kajian perubatan membuktikan bawang putih bantu menenangkan saraf dan menguatkan jantung. Pengambilan suplemen bawang putih (Garlic Complex) dalam jumlah yang sesuai, bantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dalam badan, sekaligus bantu menurunkan tekanan darah tinggi. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

Garlic Shaklee

3. Coqtrol

Kandungan Coqtrol adalah CoQ10 yang penting kepada badan kita. CoQ10 adalah bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah.

Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Coqtrol

4. Phytocol

Phytocol- ST adalah antara produk terbaru dari Shaklee yang dihasilkan khas untuk menurunkan kolestrol yang tinggi. Phytocol mengandungi 2000mg fitosterol. Fitosterol menjaga keseimbangan membran fosfopid dari sel tumbuhan, seperti kolesterol pada membran sel manusia. Ia memiliki kemampuan untuk berkompetisi dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kompetisi ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh.
Selain tu, ia juga dapat berperanan dalam mencegah terjadinya kanser. Ia juga bermanfaat sebagai anti pembentukan plak dalam pembuluh darah, anti radang, anti oksidan dan anti kanser

Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan penambahan 2000mg fitosterol ke dalam diet harian boleh merendahkan paras kolestrol secara semulajadi. Fitostetol membantu menghalang penyerapan kolestrol secara semulajadi dengan cara menjadi benteng dari penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah.Mekanismenya adalah melalui fitosterol dalam bentuk micelle akan bergabung dengan komplek  lemak bebas, monogliserida dan garam hempedu yang akan diserap oleh mukosa sel usus halus

5. Vivix

Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Gerontologi: tekanan darah. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam vivix boleh membantu dengan tekanan darah yang boleh membantu mencegah strok. Bagaimana? Dengan meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil manusia oksida nitrik endothelial synthase yang kemudiannya menghasilkan nitrik oksida-ejen yang meluaskan saluran darah dan kawalan tekanan darah .

Tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, boleh membawa kepada serangan jantung, kegagalan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Vivix

 

Bagaimana set Darah Tinggi membantu pesakit darah tinggi

Untuk menurunkan darah tinggi, Kak Ni ada sarankan beberapa set yang boleh membantu pesakit darah tinggi. Anda boleh ambil semua atau pilihan secara berasingan, namun memanglah saya syorkan pengambilan set lengkap terus.

1. Vivix
2. Vivix + Coqtrol + Omega
3. Omega + Garlic

4. Omega + Garlic + Phytocol
5. Vivix + Omega + Garlic

6. Coqtrol + Phytocol

7. Vivix + Omega

8. Vivix + Phytocol+ Coqtrol + Omega + Garlic

Anda disarankan merawat darah tinggi segera supaya risiko komplikasi darah tinggi seperti strok, sakit jantung dan lain-lain dapat dielakkan. Jom ikhtiar sembuhkan darah tinggi anda dengan Set Darah Tinggi Shaklee!

Jika anda menjadi ahli akan dapat harga istimewa iaitu jimat sehingga 25% dan kos menjadi ahli hanyalah RM79.90 (Semenanjung Malaysia) sahaja seumur hidup. Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma!

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Bagaimana Set Kanser Shaklee boleh membantu pesakit kanser?

Seperti yang Kak Ni terangkan dalam artikel sebelum ini  bahawan setiap penyakit ada penawarnya. Oleh itu, penyakit kanser juga ada penawarnya. Dalam artikel ini Kak Ni akan menceritakan tentang penyakit kanser dan bagaimana Shaklee dapat membantu pesakit kanser.
Rawatan kanser yang paling popular buat masa ini ialah rawatan perubatan moden. Rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser, bahagian anggota tubuh yang dihidapi kanser dan juga sekiranya kanser telah merebak. Malah faktor jenis rawatan kanser ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan kanser dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi kanser.
Apa itu Kemoterapi?
Kemoterapi ialah satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti kanser dalam merawat kanser. Ubat-ubatan ini diberi untuk memusnahkan dan mengawal sel kanser. Terdapat hampir 50 jenis ubat anti kanser dan di kategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan atau pun sumbernya. Ubat ini boleh diberikan secara bersendirian atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat sekaligus.
KemoterapiBagaimana kemoterapi bertindak?
Ubat yang diterima akan memasuki sistem peredaran darah dan kemudian disebarkan ke seluruh bahagian badan. Seterusnya, ubat tersebut akan bertindak merosakkan sel-sel kanser daripada terus membahagi dan membesar. Kaedah ini dinamakan rawatan sistemik.
Tetapi, ubat ini juga akan memberi kesan terhadap sel normal yang mempunyai pertumbuhan dan membahagi dengan cepat seperti sel kuku dan rambut. Kerosakan inilah yang akan menyebabkan terjadinya kesan sampingan. Keadaan ini biasanya berlaku sementara sahaja kerana sel yang sihat akan kembali kepada normal dengan cepat.
Bila kemoterapi diberikan?
Kemoterapi boleh diberikan secara bersendirian jika sel kanser bertindak balas dengan baik semasa rawatan. Namun begitu, kemoterapi biasanya diberikan bersama-sama kaedah rawatan lain mengikut kesesuaian jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan rawatan. Berikut adalah beberapa jenis kemoterapi yang diberikan:
1.Terapi neo-adjuvant
Kemoterapi diberikan sebelum pembedahan atau radioterapi bagi mengecilkan saiz tumor.
2. Terapi adjuvant
Kemoterapi diberikan selepas pembedahan atau radioterapi bagi memastikan semua sel kanser yang tertinggal dimusnahkan. Tujuan terapi ini ialah untuk mengurangkan kemungkinan kanser daripada berulang pada masa hadapan.
3. Kemoradiasi
Kemoterapi juga boleh digabungkan dan diberikan  bersama radioterapi untuk merawat kanser. Tujuan kombinasi ialah menyasarkan lebih banyak jenis sel kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
4.Kemoterapi paliatif
Jika sel-sel kanser telah pun merebak ke bahagian badan yang lain, ubat kemoterapi akan dibawa melalui saluran darah pesakit supaya sampai ke semua sel kanser tersebut. Tujuannya ialah melegakan gejala yang disebabkan oleh kanser sahaja.
Apakah Jenis rawatan kemoterapi?
Doktor yang merawat anda biasanya akan mengambil kira beberapa faktor  sebelum menyarankan bentuk kemoterapi yang akan diberikan. Antaranya ialah :
• Jenis kanser yang dihidap.
• Lokasi kanser pada badan anda.
• Adakah sel kanser telah tersebar (metastasis)
• Kesihatan anda secara amnya.
Berdasarkan faktor di atas, doktor akan menyarankan bentuk rawatan yang paling sesuai untuk anda. Oleh itu, anda mungkin akan dapati ada pesakit yang menghidap kanser yang sama tetapi mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.
Kesan Sampingan Kemoterapi
Seseorang pesakit kanser mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan akibat ubat kanser.Antaranya:
1. Anemia
Anemia berlaku kepada lebih daripada 50% pesakit yang menjalani kemoterapi. Kemoterapi mengurangkan keupayaan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah mereh yang membawa oksigen ke seluruh badan. Apabila kekurangan sel darah merah, badan anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi untuk berfungsi. Akibatnya pesakit mungkin akan mengalami kelesuan yang keterlaluan, kelemahan, keletihan, wajah pucat dan pening.
2. Sembelit
Kemoterapi boleh menyebabkan perubahan dalam sistem usus yang biasa, justeru pesakit mungkin mengalami sembelit.
3. Kemurungan
Mengetahui diri dijangkiti kanser mungkin boleh mengganggu cara hidup dan impian anda. Tekanan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh kanser dan rawatannya pada badan boleh menyebabkan kemurungan.
Kemurungan
4. Cirit birit
Cirit birit boleh berlaku apabila rawatan kemoterapi merosakkan sel yang melapisi usus. Jika pesakit mengalami kesakitan dan kekejangan serta cirit birit melebihi 24 jam, segeralah berhubung dengan doktor.
5. Kelesuan
Pesakit kanser akan berasa lemah atau penat lebih cepat daripada biasa selepas setiap aktiviti fizikal, mental atau emosional.
6. Keguguran rambut
Rambut gugur (alopesia) boleh berlaku pada semua bahagian badan.
Keguguran rambut
7. Jangkitan
Kemoterapi boleh menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan. Ini kerana kebanyakan ubat anti kanser mengurangkan keupayaan menghasilkan sel darah putih yang membantu pesakit melawan jangkitan.
8. Kehilangan Selera makan
Sebahagian ubat kanser mungkin mempengaruhi sistem penghadaman di mana boleh menyebabkan kehilangan selera makan, loya dan cirit birit.
9. Masalah mulut, gusi dan kerongkong
Penjagaan oral yang baik adalah penting semasa rawatan kemoterapi kerana ubat anti kanser boleh menyebabkan kerengsaan dalam mulut atau kerongkong anda. Selain kesakitan, kerengsaan mulut boleh menyebabkan mulut pesakit dijangkiti kuman.
10. Loya dan muntah
Pesakit mungkin akan mengalami loya dan montah-muntah disebabkan oleh rawatan kemoterapi.
Loya dan muntah
11. Masalah seksual
Rawatan kemoterapi mungkin akan mempengaruhi sel sperma (bagi lelaki) yang boleh menyebabkan ketidaksuburan sementara atau kekal. Bagi wanita pula, kitaran haid mungkin tidak menentu atau terhenti sepenuhnya semasa menjalani kemoterapi. Wanita juga boleh mendapat jangkitan pada vagina dan mungkin mengalami simptom menopos seperti berasa panas badan.Namun begitu, kesan sampingan ini biasanya adalah kesan jangka masa pendek dan akan hilang juga selepas tamat rawatan
Bagaimana Set Kanser Shaklee boleh membantu pesakit kanser?
Vivix
Vivix membantu merencat pertumbuhan sel kanser, memelihara sel yang normal dan mempercepatkan proses penyembuhan. Resveratrol dalam Vivix telah terbukti dalam banyak kajian saintifik mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser di samping membantu memberikan tenaga dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas sesi kemoterapi.
Resveratrol dalam Vivix membuatkan tisu yang normal (tidak dijangkiti kanser) kurang sensitif terhadap radiasi. Ini membantu mengurangkan kesan sampingan radiasi pada tisu yang normal. Sebaliknya, ia bertindak sebagai bahan yang sensitif kepada tumor, ia menjadikan sel yang malignan lebih sensitif terhadap terapi radiasi. Resveratrol juga membantu meningkatkan kesan kemoterapi yang membuatkan kadar lebih tinggi untuk mematikan sel kanser.
Vivix3
Nutriferon
Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon yang memperbaiki sistem imun bagi melawan punca kanser. Pesakit kanser mempunyai sistem imun yang lemah. Walaupun mereka kuat, mereka tetap perlukan sistem imun yang lebih kuat untuk melawan sel kanser. Terutama saat melalui rawatan kemoterapi, sel darah putih akan menurun dengan mendadak dan mereka mudah jatuh sakit seperti demam. Ini akan menyebabkan mereka sukar untuk sembuh.
Nutriferon
Energize Soy Protein (ESP)
Disebabkan pesakit kanser akan mengalami hilang selera makan ketika menjalani rawatan kemoterapi, ESP diperlukan oleh pesakit kanser untuk membantu memastikan protein dan kalori yang mencukupi serta mendapat nutrisi protein yang penting untuk pembinaan sel badan.
ESP
Sustainable Release Vita-C (Vitamin C)
Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dan membantu merangsang sistem imun. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.Dr. Gladys melaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, statistik menunjukkan pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencegah daripada kanser.
Pengambilan Vitamin C dapat merangsang pengeluaran sel darah putih dan sel yang dihasilkan akan mengandungi extra vitamin C dimana dapat mengelakkan berlakunya mutasi pada sel.  Pada kebiasaannya tanpa pengambilan vitamin C, sel amat mudah untuk mutasi dan ini akan berlakunya kanser.
  VitaminC
Carotomax
Dalam carotomax mengandungi vitamin A yang mengawal perkembangan sel sihat selepas kemoterapi. Suplemen ini sangat penting bagi pesakit kanser. Carotomax membantu mengurangkan kesan radikal bebas, mengurangkan risiko kanser dan penyakit arteri koronari.
Carotomaxjuga  adalah salah satu sumber yang ada antioksidan yang mengandungi Carotenoids, Beta Carotene, Lycopene dll. Tisu membrane mukus memerlukan banyak carotenoids untuk memulihkan tisu-tisu yang rosak.Carotomax
Set ini hanyalah cadangan untuk memastikan keperluan zat makanan kepada pesakit kanser. Ia bukan bertujuan untuk menyembuhkan pesakit kanser. Berbincanglah dengan doktor yang merawat sebelum anda mengambil mana-mana suplemen. Namun saya boleh membantu anda membuat pilihan suplemen yang mungkin anda perlukan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Bolehkah penyakit kanser diubati?

Gadis berumur 25 tahun dihidapi kanser payudara! Lelaki berumur 40 tahun meninggal dunia kerana kanser usus! Allahhu akhbar! Makin ramai yang dihidapi penyakit kanser. Apa itu kanser? Kenapa makin ramai yang menghidapi kanser? Bolehkah penyakit kanser dirawat? Bagaimanakah kanser boleh dirawat? Semua persoalan ini akan Kak Ni kongsikan dalam artikel ini.
 Apa itu kanser?
Kanser yang juga dikenali sebagai barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan kanser (benign) ataupun kanser (malignant). Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Kanser pula terdiri daripada sel-sel kanser yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel kanser boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi pada tubuh badan yang menyebabkan kehilangan fungsi multi organ dan juga boleh menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan kanser merebak ini adalah dikenali sebagai kanser sekunder atau metastasis. Perkataan kanser juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Kanser
Bolehkah penyakit kanser dirawat?
Ada yang tanya Kak Ni, ada ke ubat untuk kanser, kanser ni bahaya, ramai yang meninggal dunia bila menghidap kanser? Ada juga yang bertanya kenapa ye ramai yang berpenyakit pada zaman sekarang ini?
Kak Ni ni bukanlah ustazah atau pun doktor, tetapi Kak Ni yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan penyakit datang atas kecuaian, kelalaian, bala atau ujian daripada Allah swt seperti hadis Nabi di bawah:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Kita kena yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Jadi penyakit apa pun macam penyakit kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi, ekzema dan lain, semuanya ada ubatnya.
Dulu Kak Ni ada terfikir juga kenapalah orang zaman dulu-dulu sihat dan boleh hidup lama. Bila Kak Ni kaji, rupa-rupanya penyakit yang menimpa kita yang hidup pada zaman sekarang ini adalah disebabkan oleh wabak, bala, ujian, kelemahan atau kelalaian kita sendiri. Kak Ni tak mahu cerita lebih lanjut tentang wabak, bala dan ujian tetapi Kak Ni nak tekankan tentang Kelemahan atau Kelalaian kita terhadap tubuh badan kita sendiri. Pada zaman sekarang ini, makanan harian kita kebanyakkannya tidak berkhasiat, banyak yang dah tercemar dan mengandungi racun. Klik disini untuk mengetahui tentang 10 Makanan Penyebab Utama Kanser.
Malah ada diantara kita yang makan melebihi keperluan badan. Sebaliknya, kita perlu mengambil makanan dan minuman yang halal, bersih, suci dan tidak secara berlebihan kerana sikap berlebih-lebihan akan mendatangkan pelbagai mudharat atau penyakit.
Allah s.w.t juga telah mengingatkan kita dalan Surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud:
“Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan”
Oleh itu, mencari ubat atau penawar bagi menyembuhkan penyakit adalah usaha dan ikhtiar kita. Dengan teknologi yang ada, pelbagai bidang perubatan boleh kita cuba sebagai ikhtiar penyembuh penyakit seperti Perubatan Moden, Homeopati, Perubatan Cina, Tradisional, Rawatan Islam, Makanan Tambahan (supplimen) dan berbagai-bagai lagi yang mungkin Kak Ni tidak tahu. Yang penting rawatan tersebut mengikut syariat Islam.
Di sini Kak Ni nak tegaskan bahawa ubat bukanlah penyembuh kepada penyakit. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah swt. Nak tahu bagaimana Kanser boleh dirawat? Klik di sini ya Kak Ni kongsikan untuk semua.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

13 Makanan Penyebab Kanser

Sebelum ni Kak Ni ada bercerita sebenarnya antara punca kanser ialah disebabkan makanan itu sendiri. Di sini Kak Ni kongsikan sedikit ilmu tentang makanan yang menjadi penyebab kanser. Senarai ini tidak bertujuan untuk memburukkan manaa-mana jenama atau syarikat tetapi ia merupakan senarai yang berguna unttuk kebaikan kita semua. Senarai 13 Makanan Penyebab Kanser ialah seperti berikut:

1. Donat
Kalau kita lihat bahan untuk membuat donat iaitu gula, karbohidrat (tepung), dan minyak, semua ni adalah bahan yang boleh kanker. Anak-anak kita sangat sukakan donut. Namun Kak Ni sarankan agar ada baiknya jika anda untuk tidak setiap hari mengkonsumsi donat terutama bagi anak anda.

Doughnut

2. Daging bakar
Daging bakar ternyata masuk dalam salah satu makanan penyebab kanser yang menyerang sistem pencernaan. Contoh daging bakar yang selalu kita makan ialah daging satay dan daging barbeku. Daging yang dibakar selalunya kurang masak secara sempurna, yang menyebabkan munculnya zat-zat mutagenik yang dapat memberikan efek buruk bagi tubuh. Daging bakar juga tidak baik untuk ibu hamil dikarenakan kematangan yang tidak sempurna dapat memasukkan bakteri ke dalam tubuh.

3. Kentang goreng
Kentang goreng juga dikenali sebagai ‘fries’ternyata sangat membahayakan tubuh kerana ia digoreng dengan susu yang tinggi dan menggunakan banyak minyak. Kita selalu juga kan berikan anak-anak kita makan kentang goreng. Namun Kak Ni sarankan agar ada baiknya jika anda untuk tidak setiap hari mengkonsumsi kentang goreng terutama bagi anak anda.

Fries

4. Daging olahan
Daging olahan ternyata sangat berbahaya, hal ini dikarenakan pada daging olahan terdapat kandungan natrium nitrit yang dapat membentuk nitrosamin pada tubuh dan memicu sel-sel kanker menjadi ganas. Contoh daging olahan ialah sosej, nugget, burger, fiskcake dan fishball Natrium nitrit digunakan dalam bahan makanan tersebut untuk memberikan warna merah segar.Kalau korang lihat daging olahan masih nampak baik dan segar walaupun dah lama diproses. Jika kata makan daging olahan kerap, ia boleh membahayakan tubuh. Daging olahan ini juga menjadi kegeramaran antara kita semua dan anak-anak kita. Oleh itu, ada baiknya jika daging olahan ini diganti dengan makanan pencegah kanser

5. Snek dan makanan ringan
Pada zaman sekarang ini, snek dan makanan ringan mudah didapati di kedai dan pasaraya ‘supermarket’. Menjadi cabaran untuk ibu bapa juga agar anak-anak kita tidak kerap memakan snek dan makanan ringan. Namun snek dan makanan ringan ini sebenarnya menjadi penyebab kanser. Snek dan makanan ringan mengandung banyak MSG atau penyedap makanan. Selain MSG, makanan tersebut juga mengandung bahan pengawet. Secara amnya, tubuh kita hanya dapat melawan keburukan MSG dan bahan pengawet jika dimakan dalam jumlah yang sedikit. Namun ketebalan tubuh tidak dapat menampung jika terlalu banyak dan kerap MSG dan bahan pengawet di dalam tubuh yang akhirnya boleh menyebabkan Kanser otak. Oleh itu sangat baik jika kita dan anak-anak kita mengurangkan makan snek dan makanan ringan.

6. Buah dan sayur yang tercemar pestisida
Buah dan sayur yang tercemar oleh pestisida (racun serangga perosak) dapat menyebabkan kanker. Kandungan racun pada tubuh akan semakin meningkat dan memicu hormon-hormon yang merugikan tubuh. Selain itu, dengan tercemarnya tubuh kita karena buah dan sayur yang mengandung pestisida, sel-sel tubuh juga akan mengalami kerusakan. Apel merupakan buah yang mengandung paling banyak pestisida. Sekitar 98% apel yang diteliti mengandung pestisida. Selain apel, buah-buahan lain yang 90% mengandung pestisida adalah jeruk, strawberi, dan anggur. Mencuci buah tidak dapat menghilangkan seluruh pestisida yang ada. Kak Ni sarankan korang rendam buah atau sayur yang korang beli dengan air garam supaya racun dikeluarkan. Selain itu bagi yang berkemampuan, korang boleh beli buah dan sayur organik (tanpa racun) ataupun jika ada minat dan masa boleh tanam sendiri buahan dan sayuran.

Buahan Sayuran

7. Tepung Putih
Tepung putih adalah bahan asas makanan dan juga memiliki indeks glikemik (GI) yang sangat tinggi, yang dapat meningkatkan kadar gula darah dalam waktu singkat sehingga meningkatkan risiko terjadinya diabetes. Oleh itu, Kak Ni sarankan korang pilih roti yang ada indeks GI yang rendah. . Selain itu, tepung putih pun dapat membantu proses penyebaran sel-sel kanker dengan cara memberi makan sel-sel kanker tersebut.

8. Microwave Popcorn
Para peneliti menemukan bahawa kantung popcorn mengandung berbagai zat kimia yang dapat menyebabkan terjadinya kanker hati, kanker pankreas, kemandulan, dan berbagai jenis tumor lainnya. Selain itu, zat kimia yang terdapat pada popcorn yaitu diasetil juga dapat menyebabkan terjadinya kanker dan kerosakan sel paru. Malah zat kimia pada popcorn itu sendiri iaitu karsinogenik boleh menyebabkan kanker.Popcorn

9. Salmon atau ikan Yang diternak
Walaupun ikan merupakan salah satu jenis makanan yang sehat, akan tetapi ikan yang diternak mungkin berbahaya karena berbagai makanan yang ikan konsumsi, berbagai zat kimia dan pestisida, serta berbagai bahan karsinogenik lain yang terdapat di dalamnya.

10. Minuman Bersoda
Minuman bersoda mengandung banyak gula, pewarna buatan, dan zat kimia yang semuanya dapat meningkatkan risiko kanker. Selain itu, minuman bersoda juga membuat tubuh anda lebih asam, yang baik bagi perkembangan sel-sel kanker.

11. Gula Halus
Gula halus tidak hanya dapat meningkatkan kadar insulin, tetapi juga merupakan sumber makanan utama bagi sel-sel kanker sehingga dapat membantu perkembangan sel kanker.
Sel-sel kanker lebih menyukai pemanis fruktosa seperti sirup jagung yang tinggi fruktosa, karena lebih mudah dan lebih cepat dicerna oleh sel kanker.

Gula Halus

12. Pemanis Buatan
Banyak orang menggunakan pemanis buatan untuk menurunkan berat badan atau karena menderita diabetes dan harus menghindari konsumsi gula. Akan tetapi, berdasarkan berbagai penelitian, pemanis buatan yang terdapat pada minuman bersoda atau pemanis kopi dapat menyebabkan peningkatan berat badan. Selain itu, pemanis buatan pun membuat anda semakin ingin makan pelbagai jenis makanan manis. Zat kimia (aspartam) yang digunakan untuk membuat pemanis buatan pun beracun bagi tubuh dan dapat menyebabkan terjadinya kanker. Aspartam boleh ditemukan pada berbagai makanan rendah lemak, termasuk diet soda. Selain kanker, aspartam juga dapat menyebabkan kelainan bawaan pada bayi dan berbagai gangguan jantung

13. Makanan yang Diawetkan
Berbagai jenis makanan yang diawetkan, baik dengan cara diasinkan, diasamkan (acar), atau diasapi (smoked beef) dapat meningkatkan risiko terjadinya kanker lambung.

Di atas ini ialah antara makanan yang menyebabkan penyakit kanser. Kak Ni berharap artikel ini bermanfaat kepada kita semua dan tidak mengambil makanan ini selalu dan dengan kerap demi menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga tersayang. Ada lebih baik jika kita semua mengambil makanan yang segar, tanpa diawet, diubahsuai dan organik.

Jika ada antara pembaca artikel ini yang menghidapi penyakit kanser dan masih mencari-cari bagaimana cara untuk mengubati penyakit kanser, boleh baca artikel selanjutnya di sini atau hubungi Kak Ni terus di nombor di bawah.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898