7 Cara Menjaga Luka Pembedahan Agar Cepat Sembuh

Penjagaan luka selepas pembedahan seperti luka bersalin, luka apendiks, luka cyst dan lain-lain lagi, adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Ini kerana jika luka tersebut tidak dijaga rapi ia mungkin akan dijangkiti oleh kuman.

Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau jika tidak berhati-hati dan menjaga luka dengan baik.

Pembedahan

 

Kenapa Luka Lambat Sembuh?

Banyak faktor yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh. Antara sebab luka pembedahan lambat sembuh disebabkan oleh cara membersihkan luka yang tidak betul. Tindak balas tubuh badan pesakit untuk cepat sembuh juga antara sebab luka pembedahan lambat sembuh.

Antara golongan pesakit yang berisiko tinggi luka pembedahan lambat sembuh dan berisiko mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan adalah :-

  • Warga Emas (orang yang berumur lebih 60 tahun)
  • Pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kekurangan nutrisi seimbang
  • Pesakit yang kurang Vitamin C
  • Pesakit kronik seperti pesakit diabetes, pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi & kimoterapi
  • Pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan steroid
  • Penghisap rokok

Luka pembedahan yang lambat sembuh, berkemungkinan akan dijangkiti kuman dan membuatkan keadaan luka tersebut menjadi lebih teruk dan bernanah di bahagian dalam.

 

7 Tips Penjagaan Luka Selepas Pembedahan

 

1. Bergerak seawal yang mungkin

Walaupun selepas pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Jadi, bagi yang bersalin secara pembedahan jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.

 

2. Minum banyak air

Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda. Kalau anda kurang minum air nanti anda mungkin mendapat sembelit (sukar membuang air besar). Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

Drinking Water

 

3. Jangan ambil ubat lain

Pengambilan apa-apa ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana kemungkinan besar ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.

 

4. Ambil Suplimen

Pengambilan suplimen seperti multivitamin, vitamin B, zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar menambah suplimen zink, vitamin C dan protein tambahan kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

 

5. Pastikan luka kering dan bersih

Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru.

 

6. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan

Lazimnya anda yang menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik dengan perlahan- lahan dan sangat digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut kemampuan anda. Jangan paksa diri anda tau

 

7. Minta bantuan ahli keluarga

Anda bukanlah superwoman/superman. So, janganlah segan untuk meminta bantuan ahli keluarga anda.

 

Apa akan terjadi jika luka pembedahan dijangkiti kuman?

Luka pembedahan yang kecil lebih mudah dan cepat sembuh. Namun bagi luka pembedahan yang besar (major surgery), mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Jadi, risiko untuk dijangkiti kuman lebih tinggi. Antara tanda-tanda luka sudah dijangkiti kuman ialah :-

  • Luka membengkak
  • Rasa sakit
  • Warna luka berubah menjadi lebih gelap
  • Bernanah

Bila luka pembedahan dah mula dijangkiti kuman, masalah yang lebih besar akan berlaku. Dan terpaksa menanggung sakit akibat jangkitan. Bertindaklah supaya luka pembedahan anda lebih cepat sembuh dan elakkan daripada dijangkiti kuman.

Untuk mengelakkan luka pembedahan lambat sembuh dan dijangkiti kuman, pastikan tips yang saya kongsikan di atas tadi dibuat sepenuhnya. Dan pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan seimbang supaya tubuh badan anda lebih mudah bertindakbalas untuk proses penyembuhan.

 

Bagaimana Set Pembedahan Shaklee boleh membantu anda yang baru selesai pembedahan?

1. Vivix

Mengimpak mekanisma utama penuaan selular. Satu-satunya suplemen yang boleh membaiki sel sehingga ke peringkat DNa. Sangat disarankan pengambilannya, terutamanya bagi pesakit-pesakit kronik.

Vivix shaklee

2. Energize Soy Protein ( ESP)

ESP merupakan protein yang berasaskan dari soya yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain ia diperbuat dari soya non-Gmo yang berkualiti, ia juga mempunyai protein lengkap dan terbaik serta rendah indeks glisemik.

ESP membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.

ESP Shaklee

3. Vitalea

Vitalea merupakan multivitamin yang tertua di dunia. Ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

Biasanya orang yang baru menjalani pembedahan akan berpantang daripada makan macam-macam makanan. Jadi bagi mengelakkan mereka daripada kekurangan nutrisi, Vitalea amat membantu untuk melengkapkan keperluan zat tersebut setiap hari.

Vitalea Shaklee

4. Sustainable Release Vita C (Vitamin C)

Vitamin C membantu membaik pulih tisu, penyembuhan luka, serta menigkatkan sistem imun pesakit. Sebiji Vitamin C Shaklee, mngandungi 500mg akan dilepaskan secara berterusan selama 5 jam, iaitu menyamai 7 biji buah oren

Ia juga membantu pembentukan kolagen dalam badan serta turut membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita.

vitamin C Shaklee

5. B Complex

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B Complex yang sangat penting untuk keperluan badan. Mampu mengatasi kelesuan pada tubuh, penting untuk kesihatan mental bagi mengelakkan kemurungan dan juga bertindak sebagai penenang. Ia juga penting untuk saraf.

Mereka yang baru lepas menjalani pembedahan, biasanya akan berasa lesu dan lemah akibat kesan daripada ubat bius yang digunakan semasa pembedahan. Jadi, mereka sangat perlukan B Complex untuk mencegah kelesuan dan mengelakkan kemurungan akibat kesakitan yang dialami. Apabila kita gembira, luka kita juga akan cepat sembuh.

B complex shaklee

6. Zink Complex

Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun – semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka. Zink Complex Shaklee lebih mudah diserap oleh tubuh dan akan mempercepatkan proses baik pulih luka anda.

Zink Complex

7. Ostematrix

Membekalkan kalsium yang mencukupi untuk badan, di samping membantu pesakit agar sentiasa sihat kerana ia juga berfungsi mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan mengurangkan masalah sembelit.

Ostematrix

 

Pilihan Set Pembedahan

1. Vivix + ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex + Ostematrix

2. Vivix

3. ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex

4. ESP + Zink Complex / Vitalea + Vitamin C

Set mana yang bagus untuk saya? Sudah tentu set no 1. Tetapi jika anda ada masalah budget, anda boleh pilih set yang lain.

Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Pesanan Kak Ni jagalah luka pembedahan anda baik-baik. Pastikan ia tidak dapat jangkitan kuman. Kerana bila kuman dah jangkiti, amat susah kerana luka anda akan dicuci dan dijahit semula (bagi sesetengah kes) yang akan menyebabkan anda mengalami kesakitan banyak kali.

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/601116424898

17 Amalan Berpantang Selepas Bersalin Secara Traditional

Amalan berpantang secara tradisional

Dalam post kali ini, Kak Ni nak berkongsi amalan-amalan berpantang orang Melayu bagi yang bersalin. Maklumlah Kak Ni dah berpengalaman berpantang bersalin sebanyak 3 kali. Kak Ni berharap post ini membantu ibu-ibu muda yang akan bersalin nanti. Pastikan ilmu cukup agar kita berpantang dengan selesa dan betul agar kesihatan di masa tua terjaga.

Sebelum Kak Ni berkongsi dengan lebih lanjut, Kak Ni nak menerangkan bahawa penjagaan orang Melayu semasa berpantang adalah untuk membantu memulihkan keadaan ibu yang keletihan dan lemah selepas melahirkan bayi. Selalunya masa berpantang kita perlu berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas,  memakan jamu dan banyak lagi. Bawah ini ialah Kak Ni akan terangkan dengan lebih lanjut amalan-amalan berpantang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu:

1. Berurut

Berurut bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yang tegang dan juga putus selepas melahirkan bayi. Selain itu, berurut juga dapat membuang angin dan memecahkan lemak yang terkumpul. Proses sengkak semasa berurut ialah ‘mengangkat’ salur peranakan ke tempatnya dan dapat menyingkirkan darah kotor yang masih ada dalam rahim.

2. Mandian Herba

Antara dedaun herba yang perlu direbus untuk dijadikan herba mandian ialah daun nangka, daun pandan, daun inai dan serai wangi adalah antara bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak bagi menyegarkan lagi tubuh ibu. Pada zaman moden ini daun-daun herba ini juga boleh didapati dalam bentuk herba yang dikeringkan atau dalam bentuk serbuk. Mandian herba ini dilakukan pada waktu pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.Mandi herba

3. Bertungku

Amalan bertungku masyarakat Melayu hampir sama seperti teknik ‘hot stone massage’ di kalangan masyarakat Barat. Ia biasa dilakukan sebelum memakai bengkung. Sebiji batu sungai atau tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain akan dituam ke seluruh bahagian badan. Ia adalah amalan yang baik semasa dalam pantang. Bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.form-5

4. Berbengkung

Seluruh badan ibu akan disapu dengan herba dan dibalut dengan kain bengkung yang diperbuat daripada kain kapas dari paras bawah dada hingga bawah punggung setiap hari sepanjang tempoh berpantang.berbengkung

5. Bertangas

Terdapat 5 jenis tangas iaitu tangas duduk, tangas kering, tangas basah, tangas wangi dan tangas rempah. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan ramuan herba yang berlainan.

6. Tapel

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung. Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis. Tapel dapat mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / stretch mark, membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut. Tapel juga menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya dan menegangkan kulit perut yang menggeleber.

Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Jika ibu menjalani pembedahan Caesarean, pastikan luka pada perut telah diyakini kering dan tidak bermasalah. Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.

7. Param

Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan. Pada asasnya, param terdiri daripada beras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi. Param dapat membantu melancarkan peredaran darah, mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan, memberi kehangatan dan kesegaran kepada tubuh dan menjaga kecantikan luaran kulit

8. Pilis

Pilis pula adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi. Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kencur, kunyit, kenanga,daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya. Seperti param, pilis juga seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang. Pilis dapat meredakan pening kepala, melancarkan peredaran darah, menyegarkan mata, memberi keselesaan pada ubun, mengurangkan rasa pitam / ‘gelap mata’ / pandangan kabur dan mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi.

9. Kepala beralas semasa tidur

Tidur yang tidak menggunakan bantal ketika pantang, akan mengakibatkan seorang mengalami sakit kepala. Darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. Manakala tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang.

10. Memakai sarung kaki/ ‘stoking’

Semasa berpantang, anda perlu memakai sarung kaki. Ia bertujuan supaya kaki tidak sejuk dan dimasuki angin yang akan membuatkan badan berangin. Jika badan dimasuki angin, kesihatan ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Stoking hendaklah tidak terlalu ketat agar peredaran darah ibu berjalan lancer.005

11. Memakai baju tebal dan berlengan panjang

Semasa dalam pemulihan diri, badan anda amat lemah dan mudah dimasuki angin. Elok memakai baju tebal dan berlengan panjang serta tidur dengan udara yang cukup nyaman.  Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar badan tidak masuk angin.

12. Mandi secara duduk dan mandi air panas

Semasa berpantang anda tetap perlu mandi. Ibu hendaklah mandi dengan air panas dan duduk di bangku. Mandi air panas dapat mengelakkan ibu dari sejuk dan dapat mengeluarkan angin dalam badan, manakala mandi secara duduk bertujuan untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

13. Kaki rapat semasa tidur 

Untuk memastikan peranakan sembuh semula ibu hendaklah merapatkan kaki ketika tidur. Ibu juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu. Jika ibu mempunyai pembantu, biarkan dia menguruskan bayi dan rumah tangga. Ibu boleh duduk berehat untuk memulihkan tenaga kembali supaya badan kembali sihat dan bertenaga.

14. Duduk bersimpuh

Tidak mengira ibu bersalin secara normal atau pembedahan, ibu perlu duduk bersimpuh dan merapatkan dua belah lutut adalah baik bagi yang dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

15. Makan jamu

Pelbagai jenis rempah dan herba digabungkan dalam bentuk jamu. Bagaimanapun, ibu yang menyusukan bayi digalakkan berhati-hati kerana memberi kesan kepada susu dan juga kesihatan bayi (terutama bayi yang ada demam kuning yang juga dikenali sebagai “Jaundis”. Oleh yang demikian, memakan jamu disarankan selepas habis tempoh berpantang.jamu

16. Pantang makan dan makan makanan seimbang

Ibu pantang hendaklah makan makanan yang seimbang. Ibu dalam pantang hendaklah mengelakkan makanan yang berbisa, sejuk, angin dan gatal. Contohnya, ikan keli, sembilang dan pari adalah ikan yang mengandungi bisa yang boleh menyebabkan turun darah dan bentan. Oleh itu ibu dalam pantang harus elakkan diri dari makan ikan ini. Sayur-sayuran sejuk dan angin seperti terung, petola, kangkung harus dielakkan kerana ia boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

17. Mengambil vitamin / suplimen

Ibu dalam pantang memerlukan bantuan suplimen agar luka bersalin cepat sembuh dan sembuh sepenuhnya. Protein, vitamin C, vitamin B, zink dan banyak lagi diperlukan tubuh agar luka bersalin cepat sembuh dan emosi ibu stabil dan tenang. Berikut ialah vitamin yang ada dalam Set Berpantang Shaklee serta fungsinya:

  • Vitalea (multivitamin) – membekalkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Oleh kerana ibu dalam pantang tidak dapat makan banyak jenis makanan, maka mengambil multivitamin sangatlah digalakkan agar tubuh mendapat semua nutrisi, vitamin dan mineral agar ibu sihat kembali.
  • Sustainable Release Vita-C (vitamin C) – vitamin C penting agar luka ibu cepat sembuh dan menguatkan antibodi ibu dan bayi dari jangkitan penyakit seperti demam, selsema dan batuk. Memakan ESP dan vitamin C secara konsisten boleh mengurangkan ‘strechmark’ bagi ibu bersalin.
  • Energize Soy Protein (ESP) – ESP membekalkan sumber protein yang selamat kepada ibu. Ia juga memeriah dan membanyakkan susu ibu. Ibu tidak lagi runsing apabila susu banyak dan bayi kenyang. Memakan ESP dan vitamin C secara konsisten boleh mengurangkan ‘strechmark’ bagi ibu bersalin.
  • B-Complex – membekalkan vitamin B kepada tubuh ibu dan memberikan rasa tenang kepada ibu.
  • Ostematrix – membekalkan kalsium, Vitamin D dan magnesium yang secukupnya kepada ibu. Kalsium yang cukup penting bagi ibu menyusu dan dapat mengelakkan osteoporosis dihari tua kelak. Ostematrix juga dapat mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu dalam pantang.
  • Alfafa Complex – Milk booster kepada ibu. Juga pengganti kepada Kacip Fatimah. Disarankan makan selepas berpantang kerana ia tidak sesuai bagi sesetengah bayi yang mengalami demam kuning “Jaundis”.
  • Omega Guard – Membekalkan Omega 3 yang baik untuk perkembangan otak bayi. Amat digalakkan makan bagi ibu yang menyusukan anak.

PicsArt_10-31-03.56.11

Diharap informasi diatas bermanfaat untuk ibu-ibu. Selamat mencuba!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898