Susu badan merudum gunakan cara Power pumping untuk menambahkan susu badan

 

Boleh dikatakan ramai ibu menyusu akan mengalami masalah susu berkurangan atau merudum. Kak Ni pun pernah mengalaminya. Saat kita terlalu stress dan sibuk, kadang- kadang kita tak sempat mengepam susu ikut jadual biasa menyebabkan susu merudum dan berkurangan. Stress dan letih bekerja juga antara faktor susu boleh berkurangan.  Ada sesetengah ibu menyusu berjaya meningkatkan pengeluaran susu melalui pemakanan yang boleh meningkatkan susu, tetapi ada sesetengah susu ibu tetapi sedikit. Jika ini berlaku, maka ibu boleh buat “Power Pumping”.
Apakah itu power pumping?
“Power Pumping” ialah cara yang selamat untuk meningkatkan “demand” susu. Dengan “Power Pumping” sesi mengepam ditambah dan perlu dilakukan secara konsisten sehingga susu bertambah seperti biasa. Hanya perlukan usaha dan sedikit kesabaran.
Siapa yang sangat digalakkan buat “Power Pumping”?
1. Ibu yang susunya merudum disebabkan pelbagai faktor seperti datang bulan, stress, jarang mengepam dan lain-lain
2. Ibu yang telah berhenti menyusukan anaknya tetapi ingin menyusukan kembali anaknya
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat supaya menjadi Ibu Susuan.
Bagaimana nak buat power pumping?
Korang boleh buat “Power Pumping” dengan menggunakan Single pump atau Doublr pump. Boleh tak ada masalah, ikut budget masing-masing. Berikut ialah cara buat “Power Pumping” :
Single Pump
Pam 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri (jumlah kedua-dua payurada ialah 20 minit)
Rehat 5 minit
Sambung pam 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri (jumlah kedua-dua payurada ialah 20 minit)
Rehat 5 minit
Sambung pam 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri (jumlah kedua-dua payurada ialah 20 minit)
Proses ini berterusan selama 1 jam
Double Pump
Pump 20 minit kedua-dua belah payudara serentak.
Rehat 10 minit
Sambung pam 10 minit lagi kedua-dua belah payurada
Rehat 10 minit
Sambung pam 10 minit lagi kedua-dua belah payurada
Proses ini juga berterusan selama 1 jam.
Kak Ni sangat galakkan korang buat “Power Pumping” pada awal pagi sekitar pukul 2-3 pagi kerana pada waktu itu hormon oxytoxin yang dirembeskan adalah yang paling banyak. Masa buat “Power Pumping”, jangan pula korang kecewa kalau susu yang keluar hanyalah setitis dua susu ataupun yang paling menyedihkan hanya pam keluar angin je. Insyallah kalau korang bersabar, dalam masa 2 minggu, susu badan akan meriah. Tetapi kalau korang tak larat nak bangun 2-3 pagi, boleh je buat pada bila-bila masa yang sesuai.
Kalau ikutkan pengalaman Kak Ni, hasil pengambilan Set Menyusu Shaklee plus “Power Pumping”, susu cepat meriah dalam masa 1 minggu je. Masa pam korang kena tenang, fikir benda yang manis-manis belaka. Kalau susah snagat nak tenang, korang zikir atau mengaji atau boleh juga lihat gambar/video anak-anak kesayangan. Insyallah, susu banyak keluar.
Selain tu, korang juga kena check kondisi pam korang masih kuat “suction” atau lemah. Kalau “suction” lemah, cari “spare parts” ganti atau tukar kepada pam baru. Hal ni pernah juga terjadi kepada Kak Ni sendiri, pelik betul kenapa dah 1 minggu bila pam susu, separuh je yang dapat. Bila tukar “parts” pam yang rosak tu, susu kembali banyak. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.
Kalau korang masih tidak dapat susu meriah, korang patut cuba Set Menyusu Shaklee. Kak Ni akan berikan konsultansi percuma cara nak pam, “Power Pumping” dan lain-lain khas untuk pelanggan tersayang Kak Ni.
Selamat Mencuba ya 🙂
Salam sayang
Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves