12 Kebaikan Herbal Blend Shaklee

Apakah itu Herbal Blend Shaklee

Krim Herbal Blend Shaklee sudah berada di pasaran sejak 15 tahun dan ia terbukti selamat dan berkesan . Ia bebas paraben dan steroid, diperbuat daripada shea butter. Shaklee menggunakan African Shea Butter yang kaya dengan natural moisturizer. Shea butter selamat digunakan ke atas bayi kerana ia adalah bebas toksin dan cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif. Herbal Blend Shaklee

 

4 Bahan Utama Dalam Herbal Blend Shaklee

  1. Horse Chestnut / Buah berangan 

Buah ni kita selalu jumpa di Utara Malaysia, biasanya mereka suka disalai dengan biji kopi dan makan . Membantu melawan tanda-tanda penuaan  pada kulit, ciri-cirinya yang anti radang seperti mengurangkan bengkak, lebam di kulit, dan memperbaiki lebam dan kebiruan pada kulit akibat kapilari darah pecah di bawah kulit.

 

  1. Sage

Herba ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembaharuan sel-sel. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan kalsium serta antioksidannya membantu memerangi radikal bebas pada kulit.

 

  1. Rosemary

Rosemary merupakan sumber zat besi , kalsium, dan vitamin B6 yang menyokong tahap kolagen yang sihat . Kaya dengan mangan dan mineral yang membantu mengurangkan kedutan dan mengelakkan kulit menjadi rosak. Apabila adanya radikal bebas pada kulit kita ia bukan sahaja merosakkan kulit malah membawa kedutan, tona tidak sekata serta kendur.

 

  1. Yarrow 

Yarrow ini pula mengandungi bahan anti radang dan anti septik. Di mana, ia dapat memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan . Ia boleh dipraktikkan bagi kegunaan luar , menyembuhkan luka , luka terbakar , ulser , alahan kulit  dan juga bengkak .

4 Bahan Utama Herbal Blend

 

Siapa yang Sesuai Menggunakan Herbal Blend Cream

✔ Bayi

✔ Lelaki mahupun wanita

✔ Pesakit Ekzema ( masalah kulit )

✔ Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi

✔ Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut

✔ Mereka yang sering demam

✔ Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal

✔ Warga emas`

✔ Mereka yang mempunyai masalah demam campak, alahan dan sebagainya

Mahalkah Herbal Blend ini?
Harga runcit untuk 1 tiub Herbal Blend Shaklee hanyalah RM39.75. Harganya murah, Selamat, halal dan merupakan krim serba guna yang mesti ada dalam setiap rumah.

 

12 Kebaikan Herbal Blend Shaklee

  1. Gigitan nyamuk

Krim ni juga bertindak sebagai krim penghalang ggigitan nyamuk. Ia nya sesuai bagi sesiapa yang suka menjalankan aktiviti di hutan dan yang nak bawa anak-anak pulang ke kampung. Caranya menggunakannya mudah sahaja, hanya sapukan Herbal Blend Shaklee ini di seluruh badan terutamanya bahagian yang terdedah dengan nyamuk. Ini adalah salah satu cara bagi mengelakkan dari digigit nyamuk. Bahagian yang dah kena gigitan nayamuk juga boleh disapu. Rasa gatal dan bengkak gigitan nyamuk akan cepat hilang.

  1. Terkena minyak panas atau melecur

Korang pernah tak kalau menggorang ikan di dapur, tiba-tiba sahaja meletup minyak panas tu ke tangan korang atau ke muka korang. Jangan gelabah, terus ambil Herbal Blend Shaklee dan sapu kat pipi tu, tak pedih pun rasa sejuk sebab ada mint

  1. Luka

Kadang-kadang anak-anak kita bermain basikal atau dengan kawan-kawan, ada terjauh dan terluka. Cuci luka bagi bersih dulu, lepas tu sapu krim ni, berdenyut je sikit, nanti luka tu cepat kering dan kulit akan bercantum dengan cepat.

  1. Jerawat yang tidak banyak

Kalau korang ada jerawat kat muka sebiji-dua biji, boleh je sapu krim Herbal Blend Shaklee ni dimuka. Walaupun arahan dia tak kata boleh sapu dimuka tetapi Kak Ni pernah cuba, jerawat hilang dan parut jerawat pun makin berkurangan. Kena rajin-rajin sapu, baru jerawat kering. Selain itu, korang juga boleh ambil Set Kecantikan Shaklee (nak makan pun boleh, nak luaran pun boleh). Korang boleh hubungi Kak Ni ya kalau nak tahu lebih lanjut.

  1. Bibir kering Merekah

Bila musim panas je sesetengah orang bibir die akan merekah dan kering. Sesetengah bibir orang pula kering kera kurang minum air. , lagi yang kurang minum air. Alang-alang dah beli krim Herbal Blend Shaklee ni, korang sapu je kat keliling bibir tu nipis-nipis je. Kalau masuk mulut krim ni macam mana pulak? Jangan risau, sebab tu la saya pilih krim yang tak gunakan bahan kimia, jadi tidak merbahaya

  1. Gatal-gatal

Kak Ni pernah berkebunkat tepi rumah, lepas habis berkebun, tiba-tiba je habis gatal satu badan. Jangan panik, korang mandi dulu, kemudian sapu Herbal Blend Shaklee di tempat yang gatal tu. Nak sapu satu badan pun boleh.Tapi kalau gatal tak hilang jugak, sila jumpa doktor ya, sebab krim ni bukan la ubat, tapi krim serbaguna yang dapat membantu kurangkan rasa gatal.

  1. Kulit kering

Untuk yang mempunyai jenis kulit kering krim Herbal Blend Shaklee memang sesuai kerana ia memberikan sedikit kelembapan kepada kulit. Bila disapu pada kulit, kulit akan menjadi lembap dan makin lembut.

  1. Tumit merekah

Sesetengah orang ketika berpantang mengalami kulit merekah. Ada juga yang mengalami kulit mereka ketika usia sudah lanjut. Ada juga yang kakinya akan merekah jika memijak simen. Individu demikian perlu memakai selipar jepun di rumah. Jika keluar rumah, mereka perlu memakai kasut dan sarung kaki nak tutup tumit merekah. Namun Herbal Blend mampu menghilangkan tumit yang merekah jangkamasa yang singkat dengan syarat konsistan dan rajin sapu tumit kaki dengan Herbal Blend Shaklee.

  1. Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit alahan kulit. Kebanyakan ibu-ibu yang mana anaknya ada masalah Ekzema akan membeli krim Herbal Blend ini. Herbal Blend ini diperbuat dari bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia yang sesuai digunakan pada bayi yang ada masalah kulit seperti yang ekzema. Walaupun anak-anak terjilat atau pegang pipi mereka, krim Herbal Blend Shaklee ini tidak beracun. Sapu krim nipis-nipis (Tidak di sarankan utuk Ekzema berair)

  1. Ruam /melecet

Kebiasaannya bayi yang akan alami ruam lampin sampaikan kulitnya menjadi kemerah-merahan hingga melecet. Sapu Herbal Blend Shaklee di sekitar ruam secara nipis-nipis setiap kali membersihkan serta menukar lampin. Untuk orang dewasa yang ada masalah ruam pun perlu lalukan cara yang sama juga

11.Chickenpox / Cacar air

Chickenpox atau cacar air boleh sembuh dengan cara tradisional iaitu daun bambu. Namun pada zaman sekarang ini,bagi sesetengah tempat daun bambu sukar dicari. Oleh yang demikian, krim Herbal Blend ini boleh digunakan sebagai pengganti kepada daun bambu.  Sapu krim Herbal Blend Shaklee satu badan dari awal sampai tapak cacar dia kering, pada masa yang sama parut cacar yang kecil akan cepat hilang dan yang ibu-ibu/ kawah yang lain ambil masa yang lebih untuk hilang.

  1. Demam

Zaman sekarang ini ramai yang gunakan pelekat gel di dahi untuk turunkan suhu badan. Alang-alang ada Herbal Blend Shaklee di rumah, sapu sahaja krim ini disendi-sendi badan ke atas orang yang demam. Krim Herbal Blend Shaklee ini membantu menurunkan suhu badan dari luaran. Jika demam terlalu panas, disarankan berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian.

 

Maklum balas/ Feedback Pelanggan Tentang Herbal Blend

Feedback Pelanggan - Herbal Blend - 1

 

Feedback Pelanggan - Herbal Blend - 2

Moga artikel diatas bermanfaat untuk semua. Jika hendak mencuba Herbal Blend Shaklee boleh hubungi Kak Ni ya.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898