15 Cara Berkesan Menghilangkan Strech Mark di Badan

Ibu yang melahirkan anak merasa sakit yang amat ketika hampir melahirkan anak. Perut akan berasa kejang dan bahagian belakang juga berasa sakit seperti senggugut yang kritikal dalam jangka masa yang agak lama. Selepas bersalin, semua itu berbaloi dan bertukar gembira bila dapat menatap dan memeluk si comel bayi. Namun perasaan sedikit risau tentang pertambahan berat badan, perut buncit dan parut regangan atau ‘stretch mark’ selepas turut dihantui ibu-ibu.

Stretch mark selalunya tertumpu di kawasan sekitar perut, punggung, peha, dan payurada. Stretch mark adalah garisan-garisan putih yang muncul pada kulit. Selalunya stretch mark ini akan menyerang wanita hamil kerana kulit merenggang akibat rahim mengembang dengan kadar yang agak cepat. Perubahan hormon sewaktu mengandung menyebabkan garisan stretch mark akan berwarna merah, ungu atau merah jambu. Kawasan badan yang sering timbul stretch mark adalah perut, peha, payudara, lengan dan  punggung. Ibu-ibu jangan risau ya, boleh cuba cara-cara bawah ini untuk menghilangkan strech mark.

Cara menghilangkan stretch mark selepas bersalin dengan pantas dan berkesan

1. Minyak Zaitun
Gunakan minyak zaitun asli kerana ia diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E. Lumurkan minyak zaitun pada kawasan yang mempunyai kesan stretch mark dan urut perlahan-lahan. Amalkan sebelum tidur setiap hari agar kesemua vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.

2. Madu
Madu mengandungi pelbagai ciri antiseptik yang dapat membantu memulihkan kulit daripada parut stretch mark. Sapukan madu asli pada strech mark. Urut perlahan-lahan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari.

3. Aleo Vera
Aloe vera berfungsi merawat dan memperbaiki kulit. Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark dan biarkan ia selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

4. Lemon dan Timun
Lemon mengandungi Vitamin C yang dapat membantu memperbaiki kulit. Timun dapat melembapkan kulit. Kisarkan jus lemon dan timu dan sapukan pada stretch mark dan biarkan ia kering. Elakkan menyapu dibahagian yang luka kerana lemon menyebabkan luka iritasi (pedih tau!). Kemudian, bilas dengan air. Amalkan selalu tips ini.

5. Putih Telur
Putih telur kaya dengan protein yang membantu merawat komposisi kulit dan kandungan lainnya turut membantu meremajakan serta mencerahkan kesan parut pada kulit. Pukul sebiji telur putih dengan garfu dan sapukan di stretch mark. Selepas kering bilaskan dengan air.

6. Gula
Gula putih, gula merah, atau gula organik yang dijadikan skrub membantu membuang kulit-kulit mati pada kulit. Campurkan gula dengan sedikit minyak zaitun sehingga menjadi pes yang kental dan bertekstur. Kalau tak ada minyak zaitun, anda boleh mencampurkan gula dengan bahan lain seperti garam atau serbuk kopi dengan cara yang sama.

7. Cocoa Butter
Kandungan potasium, mangan dan Vitamin E dalam cocoa butter membantu melembutkan dan melembapkan kulit. Ia juga mengurangkan masalah strech mark. Sapu cocoa butter dua kali sehari pada kulit, hasilnya pasti membuatkan anda gembira.

8. Ubi kentang
Ubi kentang mengandungi phytochemicals, polyphenols,dan carotenoids yang membantu memperbaiki tekstur kulit.. Potongkan sebiji kentang kepada 2 bahagian. Sapukan isi kentang kepada bahagian tubuh yang terdapat parut stretch mark. Biarkan sehingga jus kentang meresap sepenuhnya ke dalam tubuh kemudian bilaskan dengan air suam. Amalkan 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan dengan cepat.

9. Skrub Kopi
Ambil serbuk kopi dan lalukan skrub pada bahagian strech mark sekali sehari ketika mandi. Skrub membuatkan kulit lebih halus dan anjal. Parut-parut juga akan pudar dan hilang secara semula jadi.

10. Air Putih
Ambil 10-12 gelas air setiap hari untuk mengekalkan kekal hidrasi dan melindungi dari toksin. Mengekalkan keanjalan kulit anda. Elakkan tea, kopi dan soda.

11. Pakai korset
Korset atau bengkung ini boleh dipakai selepas bersalin. Bengkung akan membantu menegangkan kulit yang kendur selepas bersalin. Jangan abaikan pemakaian bengkung ini. Ibu bersalin jika mahu bentuk badan macam anak dara, kenalah berdisiplin untuk memakai bengkung selepas bersalin.

12. Elakkan pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung

13. Minum ESP
ESP adalah supplement tambahan berasaskan soya yang berkualiti, bebas bahan racun, nonGMO dan rendah GI. Protein mampu memulihkan kulit kita agar nampak seperti remaja. ESP juga membaiki sel kulit kita yang rosak serta menghasilkan sel kulit baru. Stretch mark akan berkurangan jika ibu bersalin mengamalkan ESP.

14. Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit kita dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya. Ibu mengandung tidak boleh mengambil suplimen Vitamin E kerana antioksidan yang tinggi. Tetapi ibu mengandung boleh memicit Vitamin E dan sapukan pada kulit yang ada strech mark. Biarkan selama 40 minit dan kemudian basuh dengan air bersih. Lakukan 2 kali sehari iaitu selepas mandi strech mark akan hilang.

15. Vitamin C
Vitamin C membantu menyembuhkan luka-luka kulit dan tisu parut yang rosak itu.  Untuk menghilangkan strech mark, ibu hamil/ ibu bersalin digalakkan mengambil suplimen Vitamin C. Selain kulit cantik, kesihatan ibu juga akan meningkat lebih baik.

Korang berminat dengan ESP, Vitamin E dan Vitamin C Shaklee, jom order dengan Kak Ni! Konsultansi percuma Kak Ni bagi kat pelanggan Kak Ni yang disayangi

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni

Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

https://www.wasap.my/601116424898

Author: rahsiavitaminterbaik

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua Nama saya Murni dan boleh panggil saya dengan gelaran Kak Ni. Saya merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee and ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Pengalaman Makan Produk Shaklee Pertama sekali saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee ketika saya dalam pantang anak pertama saya iaitu pada Mac 2014. Ketika itu saya membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea). Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi saya terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Saya juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi saya cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain. Pengedar Shaklee dan Impian Saya Sehingga kini, saya adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini. Saya juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran. Impian saya untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki saya bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui saya. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi . Setelah daftar ahli, anda akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z. Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini. Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi saya di http://www.wasap.my/601116424898

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *