Kenapa saya perlu pilih Alfafa Complex Shaklee?

Sebelum nak mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan alfafa dan kenapa Alfafa Shaklee lebih baik dari yang lain di pasaran, jom kita kenal dulu apa itu Alfafa dan sejarah alfafa.
Asal Usul Alfafa
Alfalfa atau nama lainnya ialah Medicago Sativa yang sangat terkenal sejak beratus tahun kerana manfaatnya yang sangat banyak.
Alfalfa adalah berasal dari perkataan Arab “Alfa Alfa”. Alfa datang dari perkataan “Alfun” yang bermaksud Seribu. Jadi “Alfa Alfa” bermaksud beribu-ribu.
Orang zaman dahulu menggunakan perkataan Alfa Alfa sebagai menggambarkan tumbuhan herba ini mengandungi sangat banyak khasiat kebaikan untuk manusia.
Akhirnya lahirlah nama Alfafa untuk menamakan tumbuhan dengan beribu kebaikan yang juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Menarik betul asal usul Alfafa ni kan?
Alfafa istimewa berbanding tumbuhan lain kerana akarnya yang menjunam jauh sehingga mencapai 20 kaki ke dalam tanah. Oleh sebab itu, Alfafa dapat menyerap banyak zat dan mineral dari tanah ke dalam seluruh bahagian pokoknya terutama daunnya.
Kenapa saya perlu pilih Alfafa Complex Shaklee?
Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr Shaklee pada tahun 1950. Ia diperbuat daripada tanaman Alfalfa secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos (baja bebas bahan kimia).
Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
Daun Alfalfa untuk produk Alfafa Complex Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan (kaya dengan klorofil). Batang dan akar akan dibuang.
Daun-daun ini kemudiannya dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.
Setelah itu, daun-daun yang dikeringkan tadi akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti untuk memastikan kualiti produk Alfafa Complex Shaklee yang berkualiti tinggi.
Ia juga tidak mengandungi  perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan.
Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee
Banyak betul kelebihan Alfafa Complex Shaklee ni, berikut ialah antara kebaikan utama Alfafa Complex Shaklee:
1. Mencuci hati, darah dan usus.
Alfafa Complex Shaklee bersifat alkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan mengurangkan alahan
2. Membantu memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
4. Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
5. Mengurangkan lemak dan kolesterol
Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa Complex Shaklee akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
6. Melawan tumor
30-50 tablet Alfafa Complex Shaklee dapat mengalkalikan badan yang dapat memperbaiki sel-sel kanser serta melawan tumor
7. Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
8. Mencegah dan merawat arthritis. Dapat juga melegakan kesakitan akibat arthitis.
9. Membantu melegakan sakit-sakit sendi dan belakang
10. Memberi kelegaan senggugut semasa haid/ datang bulan
11. Merawat athma
12. Mencuci usus bagi membuang toksik
13. Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
14. Membantu masalah keputihan pada wanita
15. Membesarkan dan menegangkan payudara
16. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para wanita
17. Membetulkan urat selepas bersalin
18. Milk booster, membanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu badan. Alfafa Complex Shaklee juga tidak menyebabkan bayi cirit birit atau panas.
Kandungan Alfafa Complex Shaklee
Terdapat banyak vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Complex Shaklee. Antaranya ialah Vitamin A, E, B6, K, D, Kalsium, Zat besi, Kalium, Fosforus, Sodium, Magnesium.
Selain itu, Alfalfa Complex Shaklee juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur.
Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
Satu Botol Alfafa Complex Shaklee
Ada 2 pilihan Alfafa Complex Shaklee:
1. Botol besar yang mengandungi 700 biji. Maximum boleh makan 10 biji sehari. Jadi boleh tahan dalam 2.5 – 5 bulan jika korang makan secara konsisten.
2. Botol kecil yang mengandungi 330 biji. Maximum boleh makan 10 biji sehari. Jadi boleh tahan dalam 1.5 – 3 bulan jika korang makan secara konsisten.
Korang boleh pilih mana-mana berdasarkan budget korang ya
Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Jaga kesihatan ya 🙂
Salam sayang
Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

Author: rahsiavitaminterbaik

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua Nama saya Murni dan boleh panggil saya dengan gelaran Kak Ni. Saya merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee and ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Pengalaman Makan Produk Shaklee Pertama sekali saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee ketika saya dalam pantang anak pertama saya iaitu pada Mac 2014. Ketika itu saya membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea). Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi saya terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Saya juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi saya cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain. Pengedar Shaklee dan Impian Saya Sehingga kini, saya adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini. Saya juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran. Impian saya untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki saya bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui saya. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi . Setelah daftar ahli, anda akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z. Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini. Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi saya di http://www.wasap.my/601116424898

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *