Kelebihan Herb-Lax dan siapakah yang perlukan Her-Lax?

Apa itu Detox?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Detox juga penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau suplimen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
Herb-Lax Shaklee Detox Secara Berkesan
Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi seperti di bawah:
1. Senna Leaves
Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
2. Buckhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
3. Licorice Root
Membantu proses detoksifikasi.
4. Fennel Seeds
Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
5. Anise seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
6. Rhubarb root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
7. Blue Malva Flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
8. Culver’s root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
9. Alfalfa leaves
Membersihkan usus, darah dan hati.
Kelebihan Herb-Lax
1. Membantu pembersihan najis yang tersekat
2. Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
3. Membantu masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
4. Membantu mengempiskan perut
5. Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
Siapakah yang perlu amalkan Herb-Lax
1. Pengamal tegar ubat tahan sakit
2. Individu yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
3. Individu yang banyak jerawat
4. Pesakit gout
5. Individu yang membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen
Herb-Lax sesuai diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas dan dijadikan sebagai minuman teh herba.
Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Jaga kesihatan ya 🙂
Salam sayang
Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

Author: rahsiavitaminterbaik

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua Nama saya Murni dan boleh panggil saya dengan gelaran Kak Ni. Saya merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee and ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Pengalaman Makan Produk Shaklee Pertama sekali saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee ketika saya dalam pantang anak pertama saya iaitu pada Mac 2014. Ketika itu saya membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea). Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi saya terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Saya juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi saya cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain. Pengedar Shaklee dan Impian Saya Sehingga kini, saya adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini. Saya juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran. Impian saya untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki saya bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui saya. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi . Setelah daftar ahli, anda akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z. Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini. Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi saya di http://www.wasap.my/601116424898

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *