7 Cara Menjaga Luka Pembedahan Agar Cepat Sembuh

Penjagaan luka selepas pembedahan seperti luka bersalin, luka apendiks, luka cyst dan lain-lain lagi, adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Ini kerana jika luka tersebut tidak dijaga rapi ia mungkin akan dijangkiti oleh kuman.

Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau jika tidak berhati-hati dan menjaga luka dengan baik.

Pembedahan

 

Kenapa Luka Lambat Sembuh?

Banyak faktor yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh. Antara sebab luka pembedahan lambat sembuh disebabkan oleh cara membersihkan luka yang tidak betul. Tindak balas tubuh badan pesakit untuk cepat sembuh juga antara sebab luka pembedahan lambat sembuh.

Antara golongan pesakit yang berisiko tinggi luka pembedahan lambat sembuh dan berisiko mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan adalah :-

  • Warga Emas (orang yang berumur lebih 60 tahun)
  • Pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kekurangan nutrisi seimbang
  • Pesakit yang kurang Vitamin C
  • Pesakit kronik seperti pesakit diabetes, pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi & kimoterapi
  • Pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan steroid
  • Penghisap rokok

Luka pembedahan yang lambat sembuh, berkemungkinan akan dijangkiti kuman dan membuatkan keadaan luka tersebut menjadi lebih teruk dan bernanah di bahagian dalam.

 

7 Tips Penjagaan Luka Selepas Pembedahan

 

1. Bergerak seawal yang mungkin

Walaupun selepas pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Jadi, bagi yang bersalin secara pembedahan jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.

 

2. Minum banyak air

Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda. Kalau anda kurang minum air nanti anda mungkin mendapat sembelit (sukar membuang air besar). Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

Drinking Water

 

3. Jangan ambil ubat lain

Pengambilan apa-apa ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana kemungkinan besar ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.

 

4. Ambil Suplimen

Pengambilan suplimen seperti multivitamin, vitamin B, zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar menambah suplimen zink, vitamin C dan protein tambahan kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

 

5. Pastikan luka kering dan bersih

Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru.

 

6. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan

Lazimnya anda yang menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik dengan perlahan- lahan dan sangat digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut kemampuan anda. Jangan paksa diri anda tau

 

7. Minta bantuan ahli keluarga

Anda bukanlah superwoman/superman. So, janganlah segan untuk meminta bantuan ahli keluarga anda.

 

Apa akan terjadi jika luka pembedahan dijangkiti kuman?

Luka pembedahan yang kecil lebih mudah dan cepat sembuh. Namun bagi luka pembedahan yang besar (major surgery), mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Jadi, risiko untuk dijangkiti kuman lebih tinggi. Antara tanda-tanda luka sudah dijangkiti kuman ialah :-

  • Luka membengkak
  • Rasa sakit
  • Warna luka berubah menjadi lebih gelap
  • Bernanah

Bila luka pembedahan dah mula dijangkiti kuman, masalah yang lebih besar akan berlaku. Dan terpaksa menanggung sakit akibat jangkitan. Bertindaklah supaya luka pembedahan anda lebih cepat sembuh dan elakkan daripada dijangkiti kuman.

Untuk mengelakkan luka pembedahan lambat sembuh dan dijangkiti kuman, pastikan tips yang saya kongsikan di atas tadi dibuat sepenuhnya. Dan pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan seimbang supaya tubuh badan anda lebih mudah bertindakbalas untuk proses penyembuhan.

 

Bagaimana Set Pembedahan Shaklee boleh membantu anda yang baru selesai pembedahan?

1. Vivix

Mengimpak mekanisma utama penuaan selular. Satu-satunya suplemen yang boleh membaiki sel sehingga ke peringkat DNa. Sangat disarankan pengambilannya, terutamanya bagi pesakit-pesakit kronik.

Vivix shaklee

2. Energize Soy Protein ( ESP)

ESP merupakan protein yang berasaskan dari soya yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain ia diperbuat dari soya non-Gmo yang berkualiti, ia juga mempunyai protein lengkap dan terbaik serta rendah indeks glisemik.

ESP membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.

ESP Shaklee

3. Vitalea

Vitalea merupakan multivitamin yang tertua di dunia. Ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

Biasanya orang yang baru menjalani pembedahan akan berpantang daripada makan macam-macam makanan. Jadi bagi mengelakkan mereka daripada kekurangan nutrisi, Vitalea amat membantu untuk melengkapkan keperluan zat tersebut setiap hari.

Vitalea Shaklee

4. Sustainable Release Vita C (Vitamin C)

Vitamin C membantu membaik pulih tisu, penyembuhan luka, serta menigkatkan sistem imun pesakit. Sebiji Vitamin C Shaklee, mngandungi 500mg akan dilepaskan secara berterusan selama 5 jam, iaitu menyamai 7 biji buah oren

Ia juga membantu pembentukan kolagen dalam badan serta turut membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita.

vitamin C Shaklee

5. B Complex

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B Complex yang sangat penting untuk keperluan badan. Mampu mengatasi kelesuan pada tubuh, penting untuk kesihatan mental bagi mengelakkan kemurungan dan juga bertindak sebagai penenang. Ia juga penting untuk saraf.

Mereka yang baru lepas menjalani pembedahan, biasanya akan berasa lesu dan lemah akibat kesan daripada ubat bius yang digunakan semasa pembedahan. Jadi, mereka sangat perlukan B Complex untuk mencegah kelesuan dan mengelakkan kemurungan akibat kesakitan yang dialami. Apabila kita gembira, luka kita juga akan cepat sembuh.

B complex shaklee

6. Zink Complex

Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun – semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka. Zink Complex Shaklee lebih mudah diserap oleh tubuh dan akan mempercepatkan proses baik pulih luka anda.

Zink Complex

7. Ostematrix

Membekalkan kalsium yang mencukupi untuk badan, di samping membantu pesakit agar sentiasa sihat kerana ia juga berfungsi mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan mengurangkan masalah sembelit.

Ostematrix

 

Pilihan Set Pembedahan

1. Vivix + ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex + Ostematrix

2. Vivix

3. ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex

4. ESP + Zink Complex / Vitalea + Vitamin C

Set mana yang bagus untuk saya? Sudah tentu set no 1. Tetapi jika anda ada masalah budget, anda boleh pilih set yang lain.

Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Pesanan Kak Ni jagalah luka pembedahan anda baik-baik. Pastikan ia tidak dapat jangkitan kuman. Kerana bila kuman dah jangkiti, amat susah kerana luka anda akan dicuci dan dijahit semula (bagi sesetengah kes) yang akan menyebabkan anda mengalami kesakitan banyak kali.

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/601116424898

Author: rahsiavitaminterbaik

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua Nama saya Murni dan boleh panggil saya dengan gelaran Kak Ni. Saya merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee and ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Pengalaman Makan Produk Shaklee Pertama sekali saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee ketika saya dalam pantang anak pertama saya iaitu pada Mac 2014. Ketika itu saya membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea). Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi saya terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Saya juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi saya cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain. Pengedar Shaklee dan Impian Saya Sehingga kini, saya adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini. Saya juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran. Impian saya untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki saya bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui saya. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi . Setelah daftar ahli, anda akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z. Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini. Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi saya di http://www.wasap.my/601116424898

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *