Cara merawat dan mencegah gout dengan berkesan!

Hari ni Kak Ni nak cerita sedikit tentang sejenis penyakit yang selalu dihidapi oleh orang lelaki iaitu penyakit Gout.
Sakit ni bila terkena akan mengalir ait mata.  Susah nak kata tetapi hanya pesakit gout yang tahu betapa sengsaranya penyakit yang dialami. Bengkak sana sini, nak bergerak pun sikda. Sebelum Kak Ni ceritakan dengan lebih lanjut tentang rawatan Gout, Kak jelaskan dulu apa itu penyakit gout.
Apakah penyakit Gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun, bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Penyakit gout ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Ia berlaku di dalam 1% daripada populasi manusia. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.Gout

 

Apakah tanda pengidap penyakit gout?

Di dalam kes-kes serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan yang amat sangat.

Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki, sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga biasanya mengalami kekangan  sendi pada waktu pagi.

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

 

Komplikasi pesakit gout

Dalam jangkamasa panjang, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi serta kecacatan rupa atau kebengkokan (deformity) pada sendi-sendi ini.

Sekiranya kita lihat pesakit Gout ini, kita akan dapat lihat benjolan-benjolan  di bawah kulit pesakit. Benjolan ini dikenali sebagai ‘tophi’ atau ‘Rheumatoid nodules’. Ia juga disebabkan oleh pengumpulan asid urik. Ia biasanya terbentuk pada bahagian siku, cuping telinga, jari-jari tangan dan buku lali kaki. Ia juga boleh berkumpul membentuk ’batu karang’ dalam saluran air kencing. Selain itu, penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Apakah punca Gout?
Faktor penyebab utama gout di dalam 95% pesakit ialah faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.
Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan. Bila asid urik di mendap, lama-kelamaan akan jadi hablur garam yang mencetuskan rasa sakit sendi tu.
 Gout

Bagaimana cara rawat Gout?

Rawatan bagi pesakit Gout boleh dibahagikan kepada dua. Pertama semasa serangan Gout Akut, dan yang kedua iaitu, cara-cara mengelakkan serangan Gout.

Semasa serangan Gout Akut, pesakit akan diberikan sejenis ubat yang dikenali sebagai Colchicine dan juga ubat tahan sakit. Di samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki yang diserang perlu diangkat tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan. Pesakit perlu minum lebih air masak bagi mempercepatkan proses penyembuhan kerana lebihan asid urik akan dikumuhkan melalui air kencing.

Setelah serangan reda, pesakit akan diberi ubat yang dikenali sebagai Allupurinol (Zyloric) bagi mengawal kandungan asid urik di dalam badan.

 

Makanan yang harus dielakkan oleh pesakit gout

Terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi  kandungan Purine (sejenis asid amino) di mana boleh menyebabkan penghasilan asid urik yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat serangan Gout.

Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti:

  • Ikan – bilis, sardin, salmon, kembong
  • Isi Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab,  khinzir
  • Ibu roti
  • Organ dalaman seperti hati, buah pinggang jantung, otak
  • Kerang, kepah, ketam, udang galah
  • Kekacang – kacang panjang, kacang pea, kacang tanah
  • Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus, bunga kubis
  • Cendawan
  • Minuman beralkohol
  • Daging cincang, ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Roti dan bijirin

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ini tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka tidak boleh makan sesuatu sehinggalah mereka terkena serangan Gout ini setelah memakan makanan tersebut.

Pesakit yang menghidapi penyakit Gout disarankan supaya elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi kandungan Purine yang tinggi serta mengambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor.

10 Cara mencegah gout

 

1.Rehatkan sendi semasa serangan gout.

2. Ubat-ubatan anti-radang. Pesakit gout dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor bagi mendapat ubat yang bersesuaian. Doktor mungkin akan berikan pesakit gout colchicine, seroid dan banyak lagi.

3.  Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

4. Menjaga berat badan kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan

5. Mengelakkan minuman keras atau beralkohol

6. Mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

7. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

8. Minum banyak air

 

Kesan Penyakit Gout

Jika penyakit gout ini dibiarkan berlanjutan serangan sakit sendi yang berulang-ulang akan menyebabkan terjadinya kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Selain itu akan terhasil pembentukan batu karang yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan akan mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Selain mendapat rawatan daripada Doktor pesakit gout juga boleh mencuba rawatan alternatif dengan pengambilan supplement Shaklee. Tujuan rawatan yang diambil adalah penting untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan kekerapan serangan dan mengelakkan berlakunya komplikasi penyakit gout seperti yang Kak Ni ceritakan di atas.

Apakah suplimen yang sesuai untuk membantu pesakit gout?

1. Vivix

Vivix memperbaiki DNA dan membantu membaiki kerosakan dalam sel darah dengan menstabilkan asid urik kepada tahap yang normal. Ia mengurangkan inflamasi dengan cara membaiki sel yang rosak dan bengkak dan kemudian menghasilkan sel baru yang sihat.
Selain itu Vivix juga meningkatkan penghasilan tenaga supaya pesakit rasa bertenaga. Ia juga dapat membantu mengelakkan pengumpulan protein AGE (Advanced Glytacon End Product ) hasil pengikatan gula & protein berlebihan dalam badan yang mengundang penyakit salur darah. Pesakit gout mengalami kerosakan dalam sel darah, dan jika salur darah rosak maka pesakit gout akan menjadi lebih kritikal.
Vivix shaklee
2. Alfafa Complex
Alfafa membantu menyingkirkan toksik secara lembut dari badan secara semulajadi dan selamat dan dapat menyingkarkan asid urik dalam darah. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox.
Alfafa Shaklee
3. Omega guard
Kandungan Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yanh merupakan asid lemak 3 dalam Omega Guard mampu mengurangkan keradangan sendi dan memberi keselesaan kepada sendi ke arah lebih baik.
Omega Guard
 4. Performance Drink
Performance drink dapat membantu memelihara dan mengekalkan keseimbangan kandungan air dalam badan anda supaya tidak berlaku dehidrasi. Ia juga dapat menggantikan air yang hilang ini kerana pesakit gout perlu lebih kerap kencing bagi menyingkirkan asid urik.
 Performance Drink
Perlukah pesakit gout makan kesemua suplimen ini? Di sini Kak Ni nyatakan 3 pilihan kepada pesakit gout seperti di bawah.
Set 1: Vivix
Set 2: Alfafa Complex, Omega Guard dan Performance Drink
Set 3: Vivix, Alfafa Complex, Omega Guard dan Performance Drink
Set manakah yang bagus untuk pesakit gout? Set yang terbaik ialah set yang mengandungi Vivix (Set 1 atau Set 3) kerana ia memperbaiki sel dan DNA pesakit agar sembuh sepenuhnya. Namun jika anda ada masalah budget, anda boleh cuba Set 2 yang juga boleh membantu pesakit gout. Ianya juga berkesan cuma akan ambil sedikit masa. Lambat sikit berbanding Vivix.

Pesakit gout disarankan mendapatkan rawatan segera agar kerosakan sendi dapat dielakkan. Jom ikhtiar sembuhkan penyakit gout anda dengan Set Gout Shaklee!

Jika anda menjadi ahli akan dapat harga istimewa iaitu jimat sehingga 25% dan kos menjadi ahli hanyalah RM79.50 (Semenanjung Malaysia) sahaja seumur hidup. Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Author: rahsiavitaminterbaik

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua Nama saya Murni dan boleh panggil saya dengan gelaran Kak Ni. Saya merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee and ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Pengalaman Makan Produk Shaklee Pertama sekali saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee ketika saya dalam pantang anak pertama saya iaitu pada Mac 2014. Ketika itu saya membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea). Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi saya terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Saya juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi saya cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain. Pengedar Shaklee dan Impian Saya Sehingga kini, saya adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini. Saya juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran. Impian saya untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki saya bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui saya. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi . Setelah daftar ahli, anda akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z. Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini. Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi saya di http://www.wasap.my/601116424898

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *