Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee

Sebelum ini Kak Ni ada menceritakan tentang punca pasangan sukar mendapat zuriat dan amalan yang boleh membantu pasangan mendapatkan zuriat. Salah satu amalan yang pasangan suami isteri boleh mencuba ialah dengan mengamalkan pemakanan suplimen/ vitamin. Set Kesuburan Shaklee ini terdiri daripada Set Suami dan Set Isteri. Ia adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan meningkatkan fungsi pembiakan  dalam tubuh.

 

Set Kesuburan Suami

Set Kesuburan Suami terdiri daripada:

  • Zinc Complex / Vitalea
  • Vitamin E Complex 

Vita-Lea (Multivitamin) atau Zinc Complex

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum. Dalam Vitalea atau Zinc Complex mengandungi zink yang merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, kekurangan sperma dan penyakit prostat. Vitalea Shaklee

Vitamin E Complex

Vitamin E yang juga dikenali sebagai ‘Vitamin Cinta’ dapat menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen selenium yang terdapat dalam Vitamin E Complex Shaklee dapat membantu hubungan seksual bagi lelaki. 

Vitamin E ShakleeSet Kesuburan Isteri

Set Kesuburan Isteri terdiri daripada:

  • GLA Complex
  • Omega Guard
  • B-Complex

 

GLA Complex

GLA Complex sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. GLA Complex juga mengandungi Vitamin E yang membantu memerangi radikal bebas dan menghalang ovum teroksida di dalam Rahim. Biji borage yang terdapat dalam GLA Complex mampu membetulkan hormon yang tidak seimbang dan membetulkan kitaran haid. Ia juga melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut dan memperbaiki masalah haid tidak teratur.

GLA Complex Shaklee

 Omega Guard

Omega Guard adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia. Ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 adalah asid lemak penting. Namun ia tidak dapat dihasilkan badan kita. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Asid lemak Omega 3 boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita. Omega Guard

B-Complex 

B – Complex membantu memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress. Tubuh dan otak yang stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan. B6 dalam B-Complex juga penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan. Selain itu B-Complex Shaklee juga mengandungi asid folik yang diperlukan sepanjang kehamilan bagi membantu kehamilan yang sihat dan mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

 B complex shaklee

 

Vitamin Tambahan Untuk Kesuburan Suami Isteri

 Energize Soy Protien (ESP) 

Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein.

 

Sustainable Release Vita-C (Vitamin C) 

Vitamin C membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan.

vitamin C Shaklee

Alfalfa Complex

Alfafa Complex sangat baik diamalkan oleh wanita kerana ia membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur dan PMS atau senggugut (makan Alfalfa bersama Ostematrix). Ia juga bertindak sebagai Kacip Fatimah yang mengetat dan membersihkan vaniga. Di samping itu, ia mengatasi masalah rasa sakit kepada isteri ketika hubungan seks.Alfafa Shaklee

Vivix

Resveratrol yang terdapat dalam Vivix membantu melindungi Ovum telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hidup, membesar dan disyenawakan. Selain itu, Vivix juga memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, setiap pasangan mempunya punca ketidaksuburan yang berlainan. Pasangan dikehendaki berjumpa doctor atau pakar untuk mengetahui punca ketidaksuburan tersebut. Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee dapat membantu menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung. JIka anda mengalami masalah ketidaksuburan ini,hubungilah Kak Ni,kita boleh bincang dan dapatkan penyelesaian yang terbaik untuk anda dan pasangan anda.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

 

Author: rahsiavitaminterbaik

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera semua Nama saya Murni dan boleh panggil saya dengan gelaran Kak Ni. Saya merupakan salah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee and ibu kepada tiga orang anak yang comel dan tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Pengalaman Makan Produk Shaklee Pertama sekali saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee ketika saya dalam pantang anak pertama saya iaitu pada Mac 2014. Ketika itu saya membeli Set Berpantang Shaklee (ESP, B-complex, Sustainable Release Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Vitalea). Hal ini kerana ketika berpantang anak pertama, luka Episiotomi saya terbuka dan mengalami jangkitan kuman. Episiotomi ini adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Saya juga mengalami sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, setelah makan Set Berpantang Shaklee dan diikuti penjagaan yang betul dan ubat doktor, luka Episiotomi saya cepat sembuh dan saya tidak lagi mengalami sembelit. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak mencuba produk Shaklee yang lain seperti Herbal Blend, Alfafa Complex, Collagen Shaklee, Mealshakes dan lain-lain. Pengedar Shaklee dan Impian Saya Sehingga kini, saya adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan produk Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif produk ini. Saya juga membuat keputusan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan orang ramai tentang penjagaan kesihatan dan kesihatan. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya berpuashati dengan konsultasi yang diberikan dan servis penghantaran. Impian saya untuk menjadi ibu, isteri dan pengedar sah Shaklee sepenuh masa pada masa akan datang. Doakan agar rezeki saya bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Mudahnya Jana Pendapatan dengan Shaklee Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Anda hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee melalui saya. Kos daftar ahli sangatlah murah iaitu hanya RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) berbanding dengan kebaikan yang akan anda perolehi . Setelah daftar ahli, anda akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan khas yang terdiri daripada pengedar-pengedar Shaklee yang berpengalaman dan anda akan dikongsikan dan diajarkan cara menjana pendapatan dari A to Z. Bagi anda yang hanya berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan untuk makan sahaja (tidak berminat untuk buat berniaga), anda juga berpeluang untuk masuk dalam kumpulan lain jika anda berminat. Perkongsian tentang produk Shaklee akan dikongsikan dalam kumpulan ini. Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi saya di http://www.wasap.my/601116424898

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *