15 Cara Berkesan Menghilangkan Strech Mark di Badan

Ibu yang melahirkan anak merasa sakit yang amat ketika hampir melahirkan anak. Perut akan berasa kejang dan bahagian belakang juga berasa sakit seperti senggugut yang kritikal dalam jangka masa yang agak lama. Selepas bersalin, semua itu berbaloi dan bertukar gembira bila dapat menatap dan memeluk si comel bayi. Namun perasaan sedikit risau tentang pertambahan berat badan, perut buncit dan parut regangan atau ‘stretch mark’ selepas turut dihantui ibu-ibu.

Stretch mark selalunya tertumpu di kawasan sekitar perut, punggung, peha, dan payurada. Stretch mark adalah garisan-garisan putih yang muncul pada kulit. Selalunya stretch mark ini akan menyerang wanita hamil kerana kulit merenggang akibat rahim mengembang dengan kadar yang agak cepat. Perubahan hormon sewaktu mengandung menyebabkan garisan stretch mark akan berwarna merah, ungu atau merah jambu. Kawasan badan yang sering timbul stretch mark adalah perut, peha, payudara, lengan dan  punggung. Ibu-ibu jangan risau ya, boleh cuba cara-cara bawah ini untuk menghilangkan strech mark.

Cara menghilangkan stretch mark selepas bersalin dengan pantas dan berkesan

1. Minyak Zaitun
Gunakan minyak zaitun asli kerana ia diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E. Lumurkan minyak zaitun pada kawasan yang mempunyai kesan stretch mark dan urut perlahan-lahan. Amalkan sebelum tidur setiap hari agar kesemua vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.

2. Madu
Madu mengandungi pelbagai ciri antiseptik yang dapat membantu memulihkan kulit daripada parut stretch mark. Sapukan madu asli pada strech mark. Urut perlahan-lahan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari.

3. Aleo Vera
Aloe vera berfungsi merawat dan memperbaiki kulit. Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark dan biarkan ia selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

4. Lemon dan Timun
Lemon mengandungi Vitamin C yang dapat membantu memperbaiki kulit. Timun dapat melembapkan kulit. Kisarkan jus lemon dan timu dan sapukan pada stretch mark dan biarkan ia kering. Elakkan menyapu dibahagian yang luka kerana lemon menyebabkan luka iritasi (pedih tau!). Kemudian, bilas dengan air. Amalkan selalu tips ini.

5. Putih Telur
Putih telur kaya dengan protein yang membantu merawat komposisi kulit dan kandungan lainnya turut membantu meremajakan serta mencerahkan kesan parut pada kulit. Pukul sebiji telur putih dengan garfu dan sapukan di stretch mark. Selepas kering bilaskan dengan air.

6. Gula
Gula putih, gula merah, atau gula organik yang dijadikan skrub membantu membuang kulit-kulit mati pada kulit. Campurkan gula dengan sedikit minyak zaitun sehingga menjadi pes yang kental dan bertekstur. Kalau tak ada minyak zaitun, anda boleh mencampurkan gula dengan bahan lain seperti garam atau serbuk kopi dengan cara yang sama.

7. Cocoa Butter
Kandungan potasium, mangan dan Vitamin E dalam cocoa butter membantu melembutkan dan melembapkan kulit. Ia juga mengurangkan masalah strech mark. Sapu cocoa butter dua kali sehari pada kulit, hasilnya pasti membuatkan anda gembira.

8. Ubi kentang
Ubi kentang mengandungi phytochemicals, polyphenols,dan carotenoids yang membantu memperbaiki tekstur kulit.. Potongkan sebiji kentang kepada 2 bahagian. Sapukan isi kentang kepada bahagian tubuh yang terdapat parut stretch mark. Biarkan sehingga jus kentang meresap sepenuhnya ke dalam tubuh kemudian bilaskan dengan air suam. Amalkan 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan dengan cepat.

9. Skrub Kopi
Ambil serbuk kopi dan lalukan skrub pada bahagian strech mark sekali sehari ketika mandi. Skrub membuatkan kulit lebih halus dan anjal. Parut-parut juga akan pudar dan hilang secara semula jadi.

10. Air Putih
Ambil 10-12 gelas air setiap hari untuk mengekalkan kekal hidrasi dan melindungi dari toksin. Mengekalkan keanjalan kulit anda. Elakkan tea, kopi dan soda.

11. Pakai korset
Korset atau bengkung ini boleh dipakai selepas bersalin. Bengkung akan membantu menegangkan kulit yang kendur selepas bersalin. Jangan abaikan pemakaian bengkung ini. Ibu bersalin jika mahu bentuk badan macam anak dara, kenalah berdisiplin untuk memakai bengkung selepas bersalin.

12. Elakkan pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung

13. Minum ESP
ESP adalah supplement tambahan berasaskan soya yang berkualiti, bebas bahan racun, nonGMO dan rendah GI. Protein mampu memulihkan kulit kita agar nampak seperti remaja. ESP juga membaiki sel kulit kita yang rosak serta menghasilkan sel kulit baru. Stretch mark akan berkurangan jika ibu bersalin mengamalkan ESP.

14. Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit kita dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya. Ibu mengandung tidak boleh mengambil suplimen Vitamin E kerana antioksidan yang tinggi. Tetapi ibu mengandung boleh memicit Vitamin E dan sapukan pada kulit yang ada strech mark. Biarkan selama 40 minit dan kemudian basuh dengan air bersih. Lakukan 2 kali sehari iaitu selepas mandi strech mark akan hilang.

15. Vitamin C
Vitamin C membantu menyembuhkan luka-luka kulit dan tisu parut yang rosak itu.  Untuk menghilangkan strech mark, ibu hamil/ ibu bersalin digalakkan mengambil suplimen Vitamin C. Selain kulit cantik, kesihatan ibu juga akan meningkat lebih baik.

Korang berminat dengan ESP, Vitamin E dan Vitamin C Shaklee, jom order dengan Kak Ni! Konsultansi percuma Kak Ni bagi kat pelanggan Kak Ni yang disayangi

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni

Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

https://www.wasap.my/601116424898

Mealshake ialah multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak malah seisi keluarga

Ada tak yang nak cari multivitamin tetapi tak nak pil, susah nak telan pil, tak suka rasa vitamin yang tak sedap. Kalau ada Kak Ni sarankan korang cuba Mealshake. Mealshake ialah multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak malah seisi keluarga. Bawah ni Kak Ni ceritakan lebih lanjut tentang Mealshake dan kebaikannya

7 Kebaikan Mealshake

Nutrisi Lengkap
Mealshake menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Mealshake kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. Mealshake mengandungi 10 kali ganda kalsium berbanding susu lembu

Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

Kaya dengan serat dan bagus untuk detox
Kaya dengan serat yang membantu untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

Mengandungi Acacia Gum
Mealshake mengandungi Acacia gum atau arabic gum atau lebih dikenali sebagai Al-Manna. Arabic gam mempunyai kandungan prebiotik semulajadi yang tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terkandung dalam susu ibu. Prebiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan merencatkan pertumbuhan fungus di dalam usus dan mengatasi masalah sembelit.

Kelebihan Mealshake

-Rasa vanila yang sedap
-Bau dan aroma yang menyelerakan
– Rendah lemak dan rendah glisemik
-Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan seisi keluarga
– Rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber, mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesan bayi dalam kandungan dan kanak-kanak
– Mealshake memberikan tenaga dan menguatkan sistem imunisasi kanak-kanak
– Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
-Meningkatkan selera makan anak
– Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai atau tidak suka makan suplimen berbentuk pil
– Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak

Siapa yang sesuai mengambil Mealshake Shaklee?
– Kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas
– Anak-anak yang kurang selera makan
– Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
– Ibu menyusukan anak yang ingin menguruskan badan
-Orang dewasa yang selalu tak sempat breakfast
-Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
-Warga emas
– Kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang berat badan
– Kanak-kanak dan oran dewasa yang kurang selera makan
– Mereka yang mempunyai masalah asma
-Mereka yang mengalami masalah sembelit
– Kanak-kanak yang kerap demam dan sakit

Berapa lama Mealshakes tahan

Satu botol Mealshakes boleh tahan selama 1-2 bulan ikut penggunaan individu.

Jom order Mealshakes sekarang! Konsultansi percuma Kak Ni bagi kat pelanggan Kak Ni yang disayangi 🙂

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni

Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

https://www.wasap.my/601116424898

Susah nak minum susu, tak suka bau susu, tak konsisten minum, sakit-sakit badan, selalu tak lawas, sakit lutut, sakit sendi, sakit gigi?

Siapa kat sini susah nak minum susu, tak suka bau susu, tak konsisten minum, sakit-sakit badan, selalu tak lawas, sakit lutut, sakit sendi, sakit gigi, ibu hamil/pantang/menyusukan anak tapi tak minum susu, gusi berdarah, kejang otot, rambut kasar, tumit kaki pecah atau kasar, kuku rapuh, selalu kebas kaki atau tangan dan kulit kering?

Kalau korang dalam salah satu kategori ini korang perlu ambil Ostematrik (kalsium). Ramai yang takut makan pil kalsium takut terkena batu karang dan sebagainya. Tapi Ostematrix bukan sekadar kalsium. Jom lihat apa yang ada dalam Ostematrix.

Kandungan dalam Ostematrix:

Kalsium
Kalsium dari sumber semulajadi yang mudah diserap badan. Kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Magnesium
Ion positif yang penting untuk tubuh kita kerana ia bagus untuk komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menghalang endapan kalsium,
Melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu

Vitamin D
Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.

Boron
Boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis mengembalikan  metabolisme tulang

Mangan, Tembaga & Zink – Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Kenapa saya pilih Ostematrix

Mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin
Mudah diserap badan
Tidak berbau
Tidak mempunyai rasa
Tiada perasa tiruan
Tiada pemanis
Tiada pewarna
Tiada bahan pengawet tambahan

16 Kebaikan Ostematrix Shaklee

1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
2. Mengelakkan penyakit tulang rapuh atau lebih dikenali sebagai osteoporosis
3. Mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas atau sesemut pada kaki dan badan
4. Mengurangkan stress
5. Menstabilkan tekanan darah
6. Melegakan period pain atau senggugut
7. Membantu dalam masalah gastrik
8. Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf serta merehatkan otot sewaktu kontraksi
9. Mengurangkan risiko praeklampsia
10. Membantu mengurangkan sakit tulang belakang
11. Membantu melegakan sembelit dengan melembutkan najis
12. Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
13. Membantu masalah kolestrol serta mengurangkab risiko penyakit jantung
14. Membantu mengatasi sakit kepala atau migrain
15. Membantu masalah buasir
16. Mencantikkan kulit kerana ia mengurangkan masalah kurang lawas

Siapa yang sesuai mengambil Ostematrix

-Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat
-Mereka yang tidak suka minum susu
-Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu
-Ibu hamil
-Mereka yang mengalami masalah sembelit
-Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi
-Mereka yang kerap lesu/letih
– Mereka yang selalu kekejangan otot

Harga Ostermatrix

Satu botol Ostematrix terdapat 120 biji yang tahan selama 3-4 bulan. Sebiji Ostematrix berharga lebih kurang RM0.51. Kalau korang makan 3 biji sehari yang bersamaan dengan 3 gelas susu, maksudnya sehari korang hanya habiskan RM1.53. Agak-agak sekotak susu berapa harga ya. Berbaloi kan

Jom order Ostematrix sekarang! Konsultansi percuma Kak Ni bagi kat pelanggan Kak Ni yang disayangi 🙂

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni

Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

https://www.wasap.my/601116424898

Susu badan merudum gunakan cara Power pumping untuk menambahkan susu badan

 

Boleh dikatakan ramai ibu menyusu akan mengalami masalah susu berkurangan atau merudum. Kak Ni pun pernah mengalaminya. Saat kita terlalu stress dan sibuk, kadang- kadang kita tak sempat mengepam susu ikut jadual biasa menyebabkan susu merudum dan berkurangan. Stress dan letih bekerja juga antara faktor susu boleh berkurangan.  Ada sesetengah ibu menyusu berjaya meningkatkan pengeluaran susu melalui pemakanan yang boleh meningkatkan susu, tetapi ada sesetengah susu ibu tetapi sedikit. Jika ini berlaku, maka ibu boleh buat “Power Pumping”.
Apakah itu power pumping?
“Power Pumping” ialah cara yang selamat untuk meningkatkan “demand” susu. Dengan “Power Pumping” sesi mengepam ditambah dan perlu dilakukan secara konsisten sehingga susu bertambah seperti biasa. Hanya perlukan usaha dan sedikit kesabaran.
Siapa yang sangat digalakkan buat “Power Pumping”?
1. Ibu yang susunya merudum disebabkan pelbagai faktor seperti datang bulan, stress, jarang mengepam dan lain-lain
2. Ibu yang telah berhenti menyusukan anaknya tetapi ingin menyusukan kembali anaknya
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat supaya menjadi Ibu Susuan.
Bagaimana nak buat power pumping?
Korang boleh buat “Power Pumping” dengan menggunakan Single pump atau Doublr pump. Boleh tak ada masalah, ikut budget masing-masing. Berikut ialah cara buat “Power Pumping” :
Single Pump
Pam 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri (jumlah kedua-dua payurada ialah 20 minit)
Rehat 5 minit
Sambung pam 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri (jumlah kedua-dua payurada ialah 20 minit)
Rehat 5 minit
Sambung pam 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri (jumlah kedua-dua payurada ialah 20 minit)
Proses ini berterusan selama 1 jam
Double Pump
Pump 20 minit kedua-dua belah payudara serentak.
Rehat 10 minit
Sambung pam 10 minit lagi kedua-dua belah payurada
Rehat 10 minit
Sambung pam 10 minit lagi kedua-dua belah payurada
Proses ini juga berterusan selama 1 jam.
Kak Ni sangat galakkan korang buat “Power Pumping” pada awal pagi sekitar pukul 2-3 pagi kerana pada waktu itu hormon oxytoxin yang dirembeskan adalah yang paling banyak. Masa buat “Power Pumping”, jangan pula korang kecewa kalau susu yang keluar hanyalah setitis dua susu ataupun yang paling menyedihkan hanya pam keluar angin je. Insyallah kalau korang bersabar, dalam masa 2 minggu, susu badan akan meriah. Tetapi kalau korang tak larat nak bangun 2-3 pagi, boleh je buat pada bila-bila masa yang sesuai.
Kalau ikutkan pengalaman Kak Ni, hasil pengambilan Set Menyusu Shaklee plus “Power Pumping”, susu cepat meriah dalam masa 1 minggu je. Masa pam korang kena tenang, fikir benda yang manis-manis belaka. Kalau susah snagat nak tenang, korang zikir atau mengaji atau boleh juga lihat gambar/video anak-anak kesayangan. Insyallah, susu banyak keluar.
Selain tu, korang juga kena check kondisi pam korang masih kuat “suction” atau lemah. Kalau “suction” lemah, cari “spare parts” ganti atau tukar kepada pam baru. Hal ni pernah juga terjadi kepada Kak Ni sendiri, pelik betul kenapa dah 1 minggu bila pam susu, separuh je yang dapat. Bila tukar “parts” pam yang rosak tu, susu kembali banyak. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.
Kalau korang masih tidak dapat susu meriah, korang patut cuba Set Menyusu Shaklee. Kak Ni akan berikan konsultansi percuma cara nak pam, “Power Pumping” dan lain-lain khas untuk pelanggan tersayang Kak Ni.
Selamat Mencuba ya 🙂
Salam sayang
Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

Kelebihan Herb-Lax dan siapakah yang perlukan Her-Lax?

Apa itu Detox?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Detox juga penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau suplimen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
Herb-Lax Shaklee Detox Secara Berkesan
Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi seperti di bawah:
1. Senna Leaves
Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
2. Buckhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
3. Licorice Root
Membantu proses detoksifikasi.
4. Fennel Seeds
Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
5. Anise seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
6. Rhubarb root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
7. Blue Malva Flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
8. Culver’s root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
9. Alfalfa leaves
Membersihkan usus, darah dan hati.
Kelebihan Herb-Lax
1. Membantu pembersihan najis yang tersekat
2. Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
3. Membantu masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
4. Membantu mengempiskan perut
5. Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
Siapakah yang perlu amalkan Herb-Lax
1. Pengamal tegar ubat tahan sakit
2. Individu yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
3. Individu yang banyak jerawat
4. Pesakit gout
5. Individu yang membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen
Herb-Lax sesuai diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas dan dijadikan sebagai minuman teh herba.
Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Jaga kesihatan ya 🙂
Salam sayang
Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

Kenapa saya perlu pilih Alfafa Complex Shaklee?

Sebelum nak mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan alfafa dan kenapa Alfafa Shaklee lebih baik dari yang lain di pasaran, jom kita kenal dulu apa itu Alfafa dan sejarah alfafa.
Asal Usul Alfafa
Alfalfa atau nama lainnya ialah Medicago Sativa yang sangat terkenal sejak beratus tahun kerana manfaatnya yang sangat banyak.
Alfalfa adalah berasal dari perkataan Arab “Alfa Alfa”. Alfa datang dari perkataan “Alfun” yang bermaksud Seribu. Jadi “Alfa Alfa” bermaksud beribu-ribu.
Orang zaman dahulu menggunakan perkataan Alfa Alfa sebagai menggambarkan tumbuhan herba ini mengandungi sangat banyak khasiat kebaikan untuk manusia.
Akhirnya lahirlah nama Alfafa untuk menamakan tumbuhan dengan beribu kebaikan yang juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Menarik betul asal usul Alfafa ni kan?
Alfafa istimewa berbanding tumbuhan lain kerana akarnya yang menjunam jauh sehingga mencapai 20 kaki ke dalam tanah. Oleh sebab itu, Alfafa dapat menyerap banyak zat dan mineral dari tanah ke dalam seluruh bahagian pokoknya terutama daunnya.
Kenapa saya perlu pilih Alfafa Complex Shaklee?
Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr Shaklee pada tahun 1950. Ia diperbuat daripada tanaman Alfalfa secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos (baja bebas bahan kimia).
Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
Daun Alfalfa untuk produk Alfafa Complex Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan (kaya dengan klorofil). Batang dan akar akan dibuang.
Daun-daun ini kemudiannya dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.
Setelah itu, daun-daun yang dikeringkan tadi akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti untuk memastikan kualiti produk Alfafa Complex Shaklee yang berkualiti tinggi.
Ia juga tidak mengandungi  perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan.
Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee
Banyak betul kelebihan Alfafa Complex Shaklee ni, berikut ialah antara kebaikan utama Alfafa Complex Shaklee:
1. Mencuci hati, darah dan usus.
Alfafa Complex Shaklee bersifat alkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan mengurangkan alahan
2. Membantu memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
4. Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
5. Mengurangkan lemak dan kolesterol
Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa Complex Shaklee akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
6. Melawan tumor
30-50 tablet Alfafa Complex Shaklee dapat mengalkalikan badan yang dapat memperbaiki sel-sel kanser serta melawan tumor
7. Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
8. Mencegah dan merawat arthritis. Dapat juga melegakan kesakitan akibat arthitis.
9. Membantu melegakan sakit-sakit sendi dan belakang
10. Memberi kelegaan senggugut semasa haid/ datang bulan
11. Merawat athma
12. Mencuci usus bagi membuang toksik
13. Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
14. Membantu masalah keputihan pada wanita
15. Membesarkan dan menegangkan payudara
16. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para wanita
17. Membetulkan urat selepas bersalin
18. Milk booster, membanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu badan. Alfafa Complex Shaklee juga tidak menyebabkan bayi cirit birit atau panas.
Kandungan Alfafa Complex Shaklee
Terdapat banyak vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Complex Shaklee. Antaranya ialah Vitamin A, E, B6, K, D, Kalsium, Zat besi, Kalium, Fosforus, Sodium, Magnesium.
Selain itu, Alfalfa Complex Shaklee juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur.
Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
Satu Botol Alfafa Complex Shaklee
Ada 2 pilihan Alfafa Complex Shaklee:
1. Botol besar yang mengandungi 700 biji. Maximum boleh makan 10 biji sehari. Jadi boleh tahan dalam 2.5 – 5 bulan jika korang makan secara konsisten.
2. Botol kecil yang mengandungi 330 biji. Maximum boleh makan 10 biji sehari. Jadi boleh tahan dalam 1.5 – 3 bulan jika korang makan secara konsisten.
Korang boleh pilih mana-mana berdasarkan budget korang ya
Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Jaga kesihatan ya 🙂
Salam sayang
Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves

7 Cara Menjaga Luka Pembedahan Agar Cepat Sembuh

Penjagaan luka selepas pembedahan seperti luka bersalin, luka apendiks, luka cyst dan lain-lain lagi, adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Ini kerana jika luka tersebut tidak dijaga rapi ia mungkin akan dijangkiti oleh kuman.

Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau jika tidak berhati-hati dan menjaga luka dengan baik.

Pembedahan

 

Kenapa Luka Lambat Sembuh?

Banyak faktor yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh. Antara sebab luka pembedahan lambat sembuh disebabkan oleh cara membersihkan luka yang tidak betul. Tindak balas tubuh badan pesakit untuk cepat sembuh juga antara sebab luka pembedahan lambat sembuh.

Antara golongan pesakit yang berisiko tinggi luka pembedahan lambat sembuh dan berisiko mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan adalah :-

  • Warga Emas (orang yang berumur lebih 60 tahun)
  • Pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kekurangan nutrisi seimbang
  • Pesakit yang kurang Vitamin C
  • Pesakit kronik seperti pesakit diabetes, pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi & kimoterapi
  • Pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan steroid
  • Penghisap rokok

Luka pembedahan yang lambat sembuh, berkemungkinan akan dijangkiti kuman dan membuatkan keadaan luka tersebut menjadi lebih teruk dan bernanah di bahagian dalam.

 

7 Tips Penjagaan Luka Selepas Pembedahan

 

1. Bergerak seawal yang mungkin

Walaupun selepas pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Jadi, bagi yang bersalin secara pembedahan jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.

 

2. Minum banyak air

Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda. Kalau anda kurang minum air nanti anda mungkin mendapat sembelit (sukar membuang air besar). Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

Drinking Water

 

3. Jangan ambil ubat lain

Pengambilan apa-apa ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana kemungkinan besar ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.

 

4. Ambil Suplimen

Pengambilan suplimen seperti multivitamin, vitamin B, zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar menambah suplimen zink, vitamin C dan protein tambahan kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

 

5. Pastikan luka kering dan bersih

Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru.

 

6. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan

Lazimnya anda yang menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik dengan perlahan- lahan dan sangat digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut kemampuan anda. Jangan paksa diri anda tau

 

7. Minta bantuan ahli keluarga

Anda bukanlah superwoman/superman. So, janganlah segan untuk meminta bantuan ahli keluarga anda.

 

Apa akan terjadi jika luka pembedahan dijangkiti kuman?

Luka pembedahan yang kecil lebih mudah dan cepat sembuh. Namun bagi luka pembedahan yang besar (major surgery), mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Jadi, risiko untuk dijangkiti kuman lebih tinggi. Antara tanda-tanda luka sudah dijangkiti kuman ialah :-

  • Luka membengkak
  • Rasa sakit
  • Warna luka berubah menjadi lebih gelap
  • Bernanah

Bila luka pembedahan dah mula dijangkiti kuman, masalah yang lebih besar akan berlaku. Dan terpaksa menanggung sakit akibat jangkitan. Bertindaklah supaya luka pembedahan anda lebih cepat sembuh dan elakkan daripada dijangkiti kuman.

Untuk mengelakkan luka pembedahan lambat sembuh dan dijangkiti kuman, pastikan tips yang saya kongsikan di atas tadi dibuat sepenuhnya. Dan pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan seimbang supaya tubuh badan anda lebih mudah bertindakbalas untuk proses penyembuhan.

 

Bagaimana Set Pembedahan Shaklee boleh membantu anda yang baru selesai pembedahan?

1. Vivix

Mengimpak mekanisma utama penuaan selular. Satu-satunya suplemen yang boleh membaiki sel sehingga ke peringkat DNa. Sangat disarankan pengambilannya, terutamanya bagi pesakit-pesakit kronik.

Vivix shaklee

2. Energize Soy Protein ( ESP)

ESP merupakan protein yang berasaskan dari soya yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain ia diperbuat dari soya non-Gmo yang berkualiti, ia juga mempunyai protein lengkap dan terbaik serta rendah indeks glisemik.

ESP membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.

ESP Shaklee

3. Vitalea

Vitalea merupakan multivitamin yang tertua di dunia. Ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

Biasanya orang yang baru menjalani pembedahan akan berpantang daripada makan macam-macam makanan. Jadi bagi mengelakkan mereka daripada kekurangan nutrisi, Vitalea amat membantu untuk melengkapkan keperluan zat tersebut setiap hari.

Vitalea Shaklee

4. Sustainable Release Vita C (Vitamin C)

Vitamin C membantu membaik pulih tisu, penyembuhan luka, serta menigkatkan sistem imun pesakit. Sebiji Vitamin C Shaklee, mngandungi 500mg akan dilepaskan secara berterusan selama 5 jam, iaitu menyamai 7 biji buah oren

Ia juga membantu pembentukan kolagen dalam badan serta turut membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita.

vitamin C Shaklee

5. B Complex

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B Complex yang sangat penting untuk keperluan badan. Mampu mengatasi kelesuan pada tubuh, penting untuk kesihatan mental bagi mengelakkan kemurungan dan juga bertindak sebagai penenang. Ia juga penting untuk saraf.

Mereka yang baru lepas menjalani pembedahan, biasanya akan berasa lesu dan lemah akibat kesan daripada ubat bius yang digunakan semasa pembedahan. Jadi, mereka sangat perlukan B Complex untuk mencegah kelesuan dan mengelakkan kemurungan akibat kesakitan yang dialami. Apabila kita gembira, luka kita juga akan cepat sembuh.

B complex shaklee

6. Zink Complex

Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun – semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka. Zink Complex Shaklee lebih mudah diserap oleh tubuh dan akan mempercepatkan proses baik pulih luka anda.

Zink Complex

7. Ostematrix

Membekalkan kalsium yang mencukupi untuk badan, di samping membantu pesakit agar sentiasa sihat kerana ia juga berfungsi mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan mengurangkan masalah sembelit.

Ostematrix

 

Pilihan Set Pembedahan

1. Vivix + ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex + Ostematrix

2. Vivix

3. ESP + Vitalea + Vitamin C + B Complex + Zink Complex

4. ESP + Zink Complex / Vitalea + Vitamin C

Set mana yang bagus untuk saya? Sudah tentu set no 1. Tetapi jika anda ada masalah budget, anda boleh pilih set yang lain.

Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Pesanan Kak Ni jagalah luka pembedahan anda baik-baik. Pastikan ia tidak dapat jangkitan kuman. Kerana bila kuman dah jangkiti, amat susah kerana luka anda akan dicuci dan dijahit semula (bagi sesetengah kes) yang akan menyebabkan anda mengalami kesakitan banyak kali.

 

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/601116424898

Tanda Rahim Jatuh dan Bagaimana Set Menaikkan Rahim Jatuh Shaklee Membantu

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps adalah perkara yang sangat digeruni oleh wanita, ini kerana rahim ialah mahkota wanita yang Allah berikan khas untuk wanita sahaja. Peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil. Ia boleh berlaku di ebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.

Rahim jatuh boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa. Biasanya pada peringkat pertama ni, ramai yang tak tahu rahimnya sedang jatuh. Peringkat kedua pula apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj. Pada peringkat ini ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda rahim jatuh yang akan Kak Ni kongsikan di bawah.

Namun apabila masuk peringkat ketiga, keadaan sudah sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil “Tombong”. Allahuakhbar! Kita doa kepada Allah swt dijauhkan daripada rahim jatuh ni.

Orang tua zaman dulu selalu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat. Ye, ini kerana kita orang perempuan ini tak de la kuat sangat berbanding lelaki. Orang tua dulu-dulu pesan macam tu sebab nak suruh kita jaga benda-benda kewanitaan kita ni la, antaranya ialah rahim bagi mengelakkan rahim jatuh. Jom kita lihat punca-punca rahim turun.

Rahim Jatuh

 

Punca-punca rahim turun

1. Jatuh terhentak yang kuat.

2. Angkat benda yang berat.

3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin.

4. Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari.

5. Obesiti/ kegemukan

6. Pergerakan yang lasak.

Hati-hati ya sahabat-sahabat sekalian, kena jaga pergerakan dan aktiviti harian kita. Bawah ni pula tanda-tanda peranakan kita jatuh, minta simpang sekali lagi.
Tanda-tanda peranakan jatuh
  1. Rasa berat disekitar kawasan ari-ari. Rasa ada benda yang bergayut di kawasan tersebut. Rasa ada benda nak terkeluar di kawasan area pembukaan faraj
  2. Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin
  3. Kencing rasa tidak lawas. Walaupun dah ke tandas, tetapi rasa macam ada lagi air kencing yang nak keluar. Apabila diteran tidak keluar pun air kencing tu.
  4. Senak/ sakit apabila bersama suami.
  5. Sakit pinggang seperti sakit melingkar kawasan pinggang dan ari-ari.
  6. Waktu petang (lepas asar) rasa nak demam, kaki dan tangan sejuk walaupun cuaca panas ketika itu.
  7. Peha dan betis rasa kebas-kebas.
  8. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal
  9. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
Jika ada mengalami simptom di atas, ada 2 cara untuk kesan peranakan/rahim jatuh
2 Cara mengesan peranakan / rahim jatuh
1. Kedudukan Baring
Letakkan ibu jari kita kat dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.
2. Kedudukan Mencangkung
Semasa memasukkan jari ke dalam ‘kilang’ dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ibu dapat mencapainya dgn mudah, bermakna peranakan ibu sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada samada daging terkeluar.
Kesan akibat peranakan jatuh
1. Sakit perut yang luar biasa.

2. Keluar cecair dari rahim.

3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.

4. Sakit pada ari-ari.

5. Sakit pada dinding faraj.

6. Sakit ketika ‘bersama’ suami.

7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.

8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

 

Set Menaikkan Rahim Jatuh Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. ESP yang kaya dengan protein akan menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia menjadikan otot rahim menjadi kuat dan berfungsi dengan baik.

ESP Shaklee

Alfalfa Complex

Alfafa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden. Pengambilan Alfalfa dengan dos dan aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat. Insyallah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, kecuali ibu mengandung kerana alfalfa panas dan akan membahayakan kandungan. Insyallah dengan mengamalkan set ini secara konsisten akan dapat membantu menaikkan peranakan yang jatuh dan menguatkan rahim sekaligus mengelakkan rahim kita jatuh lagi.

Alfafa Shaklee

Berapa harga Set Menaikkan Rahim Jatuh Shaklee?

Satu botol ESP dapat tahan selama 1-2 bulan manakala satu botol kecil Alfafa Complex dapat tahan sehingga 4 bulan (bergantung kepada penggunaan). Harga Set Menaikkan Rahim Jatuh Shaklee ialah RM230 sahaja.

Namun jika anda menjadi ahli akan dapat harga istimewa iaitu jimat sehingga 25% dan kos menjadi ahli hanyalah RM79.50 (msahaja seumur hidup. Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap! Pesanan Kak Ni jagalah rahim anda kerana ia adalah anugerah Allah yang tak ternilai. Duit sikit boleh dicari, kehilangan rahim memang tiada penggantinya.

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898

Set Ramadhan Shaklee Bantu Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Pejam celik pejam celik, sekarang dah bulan Rejab, lagi beberapa bulan Ramadhan nak tiba. Bulan Rejab dan Syaaban ni, kebiasaannya kebanyakan wanita akan berpuasa qada’ menggantikan puasa yang tertinggal Ramadhan lepas. Tidak kurang juga ramai yang berpuasa sunat untuk melatih diri berpuasa menjelang Ramadhan nanti.
Kenapa Set Ramadhan Shaklee?

Di sini Kak Ni nak kongsikan kebaikan Set Ramadhan Shaklee dan macam mana ia membantu kita untuk berpuasa.

Set Ramadhan Shaklee ini sangat membantu kita untuk berpuasa dengan lebih bertenaga, mengelakkan badan letih lesu akibat dari dehidrasi, serta membantu badan memperolehi nutrisi harian yang mencukupi walaupun sedang berpuasa.

Set Ramadhan Shaklee ini terdiri daripada 4 produk utama iaitu Energizing Soy Protein, Performance Drink Orange, Meal Shakes dan Lecithin. Berikut ialah kebaikan setiap satu produk:

1. Energized Soy Protien (ESP)

ESP ialah sumber protien yang berasaskan soya yang selamat kerana ia menggunakan soya Non-GMO. ESP diperlukan untuk menjaga kecantikan dan  sel-sel dalam tubuh sesaorang. Sel adalah ibarat batu-bata pada sebuah dinding. Kekuatan sesebuah dinding itu terletak pada kualiti setiap unit batu bata tersebut. Begitu dengan tubuh kita, mestilah bermula dengan sel-sel, unit terkecil dalam tubuh kita.

ESP juga berkhasiat memberi rasa kenyang, mengelakkan sakit perut disebabkan gastrik, keracunan makanan dan angin yang kerap terjadi sepanjang berpuasa.

ESP Shaklee

2. Mealshake

Mealshake mengandungi 24 vitamin dan mineral lengkap untuk memberikan tenaga yang lebih di siang hari dan mengelakkan kelesuan akibat kekurangan vitamin dalam badan.

Rasanya yang sangat enak seperti aiskrim memberikan aroma baru pada yang mengamalkannya.

Mealshake ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Jadi kalau korang nak bantu anak-anak korang berpuasa boleh berikan Mealshake supaya cukup keperluan makanannya ketuka berpuasa.

Mealshake

 

3. Performance Drink (PD)

PD berfungsi untuk menghilang dahaga ketika berpuasa. Menurut kajian klinkal, PD membantu untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

PD juga sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Bayangkan PD mampu membantu kepada korang dan keluarga korang menjalani ibadah puasa sepenuhnya.

Performance Drink

4. Lecithin

Bila kita puasa kita akan makan macam-macam makanan yang sedap. Lecithin bertindak sebagai pengemulsi minyak. Jadi walaupun makan macam-macam tidaklah kita risau sangat lemak yang akan bertapa dalam badan nanti.

Lecithin

 

Siapakah yang memerlukan Set Ramadhan Shaklee

Set Ramadhan Shaklee ini boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat, dari yang muda sehinggalah warga emas.

Malah, amat sesuai diamalkan untuk kanak-kanak yang sedang belajar berpuasa juga. Untuk kanak-kanak, memadai pengambilan Meal Shakes dan Performance Drink.

Lebih penting, set Ramadhan Shaklee ini sangat digalakkan untuk ibu-ibu yang sedang hamil ataupun sedang menyusu bayi. Ia sangat membantu ibu-ibu menyusu (terutama ibu-ibu yang mengepam susu) mengekalkan penghasilan susu ibu sepanjang berpuasa.

Berikut ialah senarai individu yang sangat digalakkan mengambil Set Ramadhan Shaklee:

1. Orang yang sedang menjalankan ibadah berpuasa.

2. Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan.

3. Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.

4. Individu yang memerlukan lebih tenaga.

5. Individu yang kurang minum air.

6. Individu melakukan aktiviti lebih tenaga seperti ahli sukan, yang bekerja berat

7. Individu yang perihatin terhadap kesihatan dengan mementingkan

8. Individu yang selalu kena berjemur dibawah matahari seperti pekerja di bahagian pembinaan

Insyallah dengan Set Ramadhan Shaklee, anda akan lebih bertenaga, kurang lesu sepanjang berpuasa dan masih dapat melakukan ibadah solat sunat seperti Tarawih, Tahajud dan sebagainya.

Jika anda menjadi ahli akan dapat harga istimewa iaitu jimat sehingga 25% dan kos menjadi ahli hanyalah RM79.50 (Semenanjung Malaysia) sahaja seumur hidup. Berminat? Boleh whatsapp Kak Ni ya, Kak Ni bagi konsultansi percuma dan lengkap!

Salam sayang

Murni Yahya @ Kak Ni
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Damansara Perdana,Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Pinggiran Subang, Rawang dan Batu Caves
https://www.wasap.my/01116424898